Sunday, 7 May 2017

#Wanita Sensitif?

Assalamualaikum 😍
#1000am

Selamat Pagi.Sebelum tidur semalam scroll fb, jumpa satu page ni sangat cantik susunan ayatnya.
Bukan untuk difahami,,perasaan pandai menghargai sendiri itu, lebih baik daripada diminta dihargai =)

 

Kadang orang tanya, kenapa perempuan ni cepat sensitif? 
Sifat itu pun bukan dibuat-buat, 
DIA yang hadirkan, semua mempunyai hikmah yang kita tak pernah tahu.
Dalam Al-Quran pun Allah ada banyak sentuh cerita tentang wanita  >_<



Setiap hari ada peluang untuk kita terus berubah.
Bukan saja-saja Allah memanjangkan umur kita sehingga ke hari ni.
Selain untuk taat dan patuh pada perintah DIA, memohon ampun kepadaNYA.
Kerana kita manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. 


 

Pupuk dalam diri supaya cinta dan kasih sayang kerana DIA. 
Kerana mereka semua pinjaman, hanya sementara.
Kita hadirkan rasa cinta, sayang, menghargai itu kepada DIA melebihi segalanya =)

nukilan santai 😚

#InspirasiHatiπŸ’•

Kasih Sayang Hanya Pinjaman ~


#2258pm

 

Demi Masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


 


Kadang terleka ,
kelalaian mengelilingi diri.
Hidup sekadar hidup.
Dapat makan, minum cari rezeki seharian hanya untuk 'hidup' .
Tidak pernah terdetik atau terfikir, amalan yang perlu dibawa kesana kelak.
Hanya mimpi indah yang mendambakan syurga itu indah tanpa amalan yang perlu dibawa.


 


Kehidupan mula kosong, apabila duit, kereta dan rumah mewah dimiliki tapi jiwa tidak tenang.
Jiwa masih lagi terasa kosong walaupun kehidupan mewah dimiliki.
Satu saat bila dipanggil olehNya, setiap lontaran soalan buat kita, tidak mampu dijawab.
Bukan malu yang perlu hadapi, tapi siksaan yang amat pedih.


 
Antara amalan bacaan yang agak 'power', boleh amalkan πŸ˜‰


Biarlah didunia kita malu untuk bertanya, bersusah-susah dahulu.
Moga di sana 'akhirat' kelak kita dapat berehat selamanya.
Jiwa yang tidak mampu dimiliki sepenuhnya kecuali DIA.
Pencipta kita yang Maha Mengasihani yang terlalu baik meminjamkan kita secebis kasih sayang untuk kita berkongsi dengan orang lain. Masa juga hanya pinjaman.

 
πŸ˜œπŸ’ takde kejee namanya haha

Nukilan santai, moga bermanfaaat. 😘
Antara pic2 yang dimuatkan bakal di delete!
Storage penuh dahh πŸ™‡
So kita keep sikit dalam blog,
Generasi seterusnya bakal throwback moment and story πŸ™ŠπŸ˜‰
Doakan hihi

 
Perkongsian Bersama, boleh sama-sama amalkan jugak! =)

#InspirasiHatiπŸ’•

Wednesday, 3 May 2017

#WeddingOnApril 2017




Assalamualaikum πŸ˜‰

Hari ni pm shift, task dekat secondary je.
So relax la sikit, even kat rhesus tadi agak jona πŸ™Šhihi
Tak sabar nak tunggu pukul 10pm, balik tidur! >_<
Terus buka entry =D

29/4/17 hari tu attend kenduri di kuala selangor, kawan baik husband! #next


Happy for them! 
Tahniah korang. Detik yang ditunggu tunggu.
Mesti penat menghitung hari kan haha 🀣


Yeay!! 
Nanti boleh travel 
*honeydeww sama sama haha πŸ˜†πŸ˜œ
Suka tengok gambar ni even pengantin perempuan tengah sibuk membebel sorang2 haha
*maaf atinn!* πŸ™ˆ


 

Jika lihat pada pengiraan umur,
Kehidupan kita masih panjang.
Dengan memegang amanah dan tanggungjawab yang lebih 
besar sebagai pasangan dan ahli baru dalam keluarga yang tidak pernah kita kenal sebelum ni.
Moga terus kuat dan lebih banyak sabar! 
* credit to me * Hihi


 

Lepas kenduri terus pergi pwtc, pesta buku!
Sempat jumpa dj ikim ni =)
Siap dapat buku dan cd free lagi.
 * hadiah kahwin katanya hehe
>_< 
Kalau dah sampai pwtc korang 
pergi la jalan jalan cari booth buku kat El Hikmah,
banyak buku yang menarik kat sana.
#suggestjee hihi



 

Thanks husband, 
sanggup berpenat melayan wife awak ni. 
Start dia cakap ' lama dah tak jalan kaki jauh macam ni, penat juga ye ' .
 Alahaiii  tetibe kesian kat dia.  
 Tapi oklaa ada isteri teman xdela penat sangatt 
*Ehh dia, menyempat je haha  

Takpe la bukan selalu pun kan penat macam ni, nanti balik kita rehat ye 
*jawapan cliche wife dia* haha πŸ˜‚ 



  Sibling my Bff. 
Even tak jumpa my bff, kakak2 dia pun boleh laa..
😘❤️




Terima kasih lagii buat awak yang berjaya melayan isteri yang asyik nak menang ni je 🀣.
 Even sy tau awak sampai πŸ’†‍♂️ melayan perangai wife awak ni haha
-
Kadang rasa jugak sebersalah sebab macam terlalu menyusahkan je. 
Tapi sebersalah tu selalu datang lepas semua dah settle 
*sy dah dapat apa yang sy nak haha πŸ˜£πŸ˜‚
* maaf lagi *



Yeayyy! 
Lagi happy bila dapat grab dua buku ni.
Korang tau kot mana buku mira n mana buku husband. 
Sebab kami memang berbeza sangat dalam bab memilih buku ni πŸ’ haha

#Breath by Dr Beni
#One pint Frust by WhiteCoat

Next 30/4/17 tu kami ada satu lagi kenduri kat jengka fuad aka sata! 
Kawan time sekolah rendah lagi. Kawan yang agak baik, banyak tolong 
*even tak berapa ingat apa yang dia pernah tolong dulu * haha πŸ˜†

Sebelum ke kenduri ni la tragis sikit. Nasib la ada husband yang teman cari baju untuk pergi kenduri ahad tu. Actually mira bawa baju cukup cukup je time pergi kl hari tu. 
Baju tidur untuk malam tu dan baju untuk pergi wedding nasrul & atin je. 

Malam sebelum majlis tu, lepas bincang semula, tetibe husband tukar plan dia cakap nak join jugak kenduri ahad tu kat jengka. Husband dah cancel program dia. Mira macam krik krik la sekejap sebab tak bawak baju lebih pun haha  πŸ˜‚. Sebab plan asal nak balik kuantan dulu lepas majlis kat kuala selangor tu  >_<

" Husband dengan cool dia cakap takpe lah nanti kita pergi cari baju " . Mira cuma cakap ok jela. Taksangka nak cari baju malam tu memang menguji hati dan perasaan betul 😭. Lagipun tak pernah kot cari baju dalam masa singkat macam tu, dah la jenis memilih *mengaku * 🀦‍♀️

Lama kot, lepas round pwtc, pusing pulak sunway sampai pukul 12 tengah malam cari baju,tak jumpa yang berkenan! nak give up dah time tu rasanya sebab penat sesangatt.
lastt pergi area danau kota cari baju haha. Beli la baju dengan rasa terpaksa even tak berkenan * dah sampai tahap otak tak mampu lagi nak berfikir * haha 
dah settle tu terus gerak ke jengka, pukul 2 pagi baru check in, penat giloss T_T

  

Tahniah sata dan pasangan. Moga berbahagia bersama selamanya. 
Akhirnya ikut jugak jejak langkah kawan ko ni kan  #Ehhh haha 
* baju express 🀷‍♀️ *

 

Antara kawan kawan yang suka kenakan orang haha serius laa 
perangai still macam dulu  lagi. 
Mohon kahwin cepatt πŸ˜†πŸ€£




Even perangai macam ape je time sekolah dulu, 
korang memang terbaik. 
Still sama sama sampai sekarang. 
Tiap kali raya pun mesti jumpa. Susah senang bersama πŸ‘πŸ»πŸ‘ŒπŸ»
*mohon kahwin awal jugak semua haha *

Thanks for reading! 
kalau jumpa part typo tu tutup mata jela ye haha >_<


*awak mohon baca ni* PENTING! HAHA
" Berharap entry baru nanti boleh update dengan IP7 pulak " πŸ™ˆπŸ€£πŸ˜†


#InspirasiHatiπŸ’•


Wednesday, 19 April 2017

#DuaMinggu✌️

Assalamualaikum!
Hari ni nak share story tentang 2 minggu ni je. Even jumaat ni baru sampai 2 minggu nak  update jugak >_< haha 

2 minggu ni,
Baru start keje kat hospital uia, still kat kuantan, sebelah kmc je  *tempat kerja lamaπŸ™Š

2 minggu ni,
Agak pasif, 
Tapi lappy pulak buat hal,
Tak boleh buka,
Tak boleh nak update blog!
Fon pulak taknak bagi kerjasama.
Lately asik hang je *merajuk mungkin sebab asyik mention nak fon baru πŸ˜£πŸ˜‚

2 minggu ni jugak,
Asyik dapat task kat resus je, so oklaa takut tu xde sangat sebab dah ada pengalamm sebelum ni, Cuma kena banyak belajar tentang sistem jela =)

                                                   

     Got ED department!
 *senyum*

                                            

So pengalaman takde sangat dalam 2 minggu ni, sebab patient pun on off lagi. So banyak perbincangan jela =)

 

Dah mula rasa takjadi nak pindah kat lain sebab suasana kat sini best, doc2 pun best.
 *nak try pujuk husband balik kerja kat kuantan  πŸ™ˆπŸ€£ * haha  
Cari rumah kat kuantan pleasee 
#mohonbaca πŸ™Š

                     

2 minggu ni  Baby comel ada dekat rumah so memang tak bosan la hehe
2minggu ni jugak husband tak balik πŸ˜†
Haha. 
Oklaa lagipun weekend memang ada program sendiri,
 so takdela bosan sangat hihi
Rindu tetap ada #EHhh haha 

 

#ProgramMilo

 

Puas hati la, even muka sedikit burn. 
Rest kat rumah dulu sebelum hiking next month πŸ™ŠπŸ˜œ

Thanks for reader πŸ‘¨‍🏫 
Next entry lepas dapat fon baru la kot haha πŸ˜†

#InspirasiHati πŸ’•

Thursday, 16 March 2017

~ PaStI TerJaDi ~

Pasti terjadi satu hari nanti. 
Mungkin hari ni kita masih berada pada tahap keselesaan hidup.
Peringatan daripada DIA dah lama tertulis, dan kita masih lagi dalam keseronokan dunia.

Moga  petunjuk dan cahaya-Nya sentiasa berada dekat dengan kita. Aamiin =)


" Terbelah "

Apabila langit terbelah.

Dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan,

Dan apabila lautan dijadikan meluap,

Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,

(Maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang telah dilalaikan(nya)

Wahai manusia!

Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Yang telah menciptakanmu,
lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan ( susunan tubuh) mu seimbang.

Dalam bentuk apa saja yang dikhendaki, Dia menyusun tubuhmu.

Sekali-kali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.

Dan sesungguhnya bahagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu).

Yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu).

Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Sesungguhnya orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan.

Dan sesungguhnya orang yang derhaka, benar-benar berada dalam neraka.

Mereka masuk kedalamnya pada hari pembalasan.

Dan mereka tidak mungkin keluar dari neraka itu.

Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

(Iaitu) pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain.
Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.

Surah Al-Infitar (S-82)

" Dikala aku alpa dan lalai, mohon ingatkan aku " -admin-

Moga bermanfaat 😊

#InspirasiHatiπŸ’•

Tuesday, 14 March 2017

~ vacay time #cameron ~

Alhamdulillah..

Done trip to cameron highlands!
Selalu vacay dengan kawan-kawan je..
Kali ni jalan-jalan dengan husband lainnya tu banyak haha πŸ˜‚ 
*jalan-jalan dengan kawan atau dengan husband yang best?! Haha



Time ni baru kat tapah hujan agak lebat la. 
Risau jugak sampai cameron nanti hujan, tak boleh nak pergi jalan-jalan sangat πŸ˜‚
Sampai cameron dalam pukul 7 lebih, dah maghrib. 

Kami terus pergi pasar malam! 
Pasar malam kat sini nampak best, tapi tak sure jugak apa yang menarik  sehingga menjadi tarikan pelancong tiap kali datang cameron highlands hihii 
*takde snap gambar pun πŸ˜…. Jalan-jalan cari makanan. Husband craving jagung katanya 😜



Lepas jalan-jalan kat pasar malam, cari tempat nak dinner pulak. 
Masing-masing teringin nak makan steamboat! 
Ambik yang untuk dua orang makan pun banyak sangat,
boleh sampai 4 orang makan Haha πŸ˜‚



Last, tak habis! 
Alhamdulillah kenyang sangat. 
Makanan tu boleh laa . tapi sedap lagi makan kat seoul garden haha #OOooppS  πŸ™ŠπŸ˜‚


*sebenarnya malam tu hati ni nak je search korean food 😒
tapi sebab dah tau jawapan yang bakal husband bagi, 
" takpayah nak makan benda yang mengarut2 la "
so better i batalkan je niat suci tu haha 


Dah pukul 11mlm, check in hotel! 
Cari pun last2 minit sebab malas nak fikir banyak, otak pun dah penat. 
Grab je hotel area tanah rata. 
I nak tidur hotel kat brinchang, husband taknak, dah penat katanya. 
Mana tak penat drive sensorang! Hahaa πŸ˜€πŸ˜†



Pagi tu kami checkout hotel area 11pagi. 
Tu pun dah kira lewat, nak jalan-jalan lagi. 
Breakfast dekat area  Brinchang


OldTown White Coffee πŸ’š
Cari sarapan dulu. 
Payah jugak kalau tak kena dengan selera tekak. 
Last-last pergi breakfast+lunch terus! 
Makanan kat sini best hihii


Nasib ler husband dapat wife macam ni, asyik ajak bergambar.
nak bagi alasan kena propa sikit =P 
"nanti kita dah jauh, rindu boleh selalu tengok gambar "
#Ehh haha



bila duduk sorang2 kadang terkeluar jugak pertanyaan like...
" betul ke dah kahwin ni ? "😝❤



Macam mak cakap la, time berdua ni la nak jalan-jalan.
Bila dah ada anak nanti lagi penat.
balik travel jauh-jauh, mandi boleh terus tidur.
dah ada anak nanti?  >'_'<
Sekarang boleh sama-sama survive lagi, boleh layan penat sendiri.
Hihii πŸ’–


InshaAllah
 New partner in my life this year and forever ever! πŸ’•πŸ’“



" Jom naik ni "
Husband jeling je sambil buat muka hahaa πŸ˜†πŸ˜


After breaklunch, 
kami cari starwberry Farm!
memang saje cari farm sebab nak kutip sendiri hihii
bila lagi kan =D


Strawberry kat sini tak boleh makan terus tau, 
kutip je boleh. 
Korang pandai-pandai la fikir kan.
even makan sebiji * curi-curi ambil*
takut nanti setahun tak tenang hidup hahaa


Dah penuh polistrine tu boleh pergi timbang dulu =)
Makan dengan coklat yang dicairka tu,
lagiiii la sedap! try lah =)


Strawberry Farm πŸ’“



Sekilo rm40.
Memang ler mahal.
Tapi jangan kedekut sangat, 
jalan jauh-jauh tak beli pape hikhik 😝


Sebelum balik tu, teman husband minum tea sambil ambil udara segar!
Bharat Tea 
* kalau tak silap, lupa pulak namanya haha =_=
 serius cantik sangat permandangan dekat sini.
Dua kali tenang kat sini..
1st dapat tengok partner sebelah
2nd dapat tengok pemandangan hijau ni hahaa πŸ˜πŸ˜‚



Jenis masing-masing nak menang.
Dapat pulak yang wife yang jenis baik sangat ni .
Benefitnya dapat husband yang jenis cool.
Kadang dia la yang mengalah dulu! haha
πŸ’•YOU



If i tell you i love you,
can i keep you forever? 
#EhhH haha
πŸ’“πŸ’‘πŸ˜



Walaupun kadang-kadang kami tak satu "geng",
Ada je benda yang tak puas hati.
*selalunya saja buat tak puas hati haha =P
yela, weekend je dapat jumpa,
So keluarkan jela perangai apa yang ada  >'_'<



Pano! 
Thanks husband.
Jarang dah rasa nak bergambar sorang,
bila dah ada partner yang sangat rapat ni πŸ˜‰πŸ˜œ  
* but for sure i can be your photo forever ever!
#Ehh haha πŸ˜†πŸ’—



Vacay this month.
Buat kami yang PJJ ni, 
memang terasa selalu nak pergi jalan-jalan berdua spend time!
kot la wife dia ni je yang rasa macam ni  >_< hahaa


Memorable moments in life are,
the ones we never took the time to plan  πŸ’˜



InshaAllah peneman selamanya dunia akhirat
πŸ’—πŸ˜‰
#InspirasiHatiπŸ’•