Sunday, 30 December 2012

~NiKMaT bERwUdHuk~



Bersyukurlah kita pada Allah..kerana dikurniakan nikmat sebagai seorang islam...dengan mudah untuk mendapat ganjaran daripadaNYA...contohnya dengan berwudhuk,,Islam itu sangat mudah..
Semoga dengan apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNYA...:)

1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?.Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu...^__^

~Notanotapilihan~’
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).


               ~mAyRA hAyFA~
-wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin
       solat diterima tetapi juga boleh
      menghapuskan doa-dosa selagi
         tidak melakukan syirik.


~IStIkhAraHKu~


Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA.

    Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
    meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
    istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
    dalam doa ku bersimpuh pasrah
    memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
    bila jawapan itu masih menggantung di langit
    maka turunkanlah
    bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
    maka keluarkanlah
    bila jawapan itu sulit ku raih
    maka mudahkanlah
    bila jawapan itu masih jauh
    maka dekatkanlah

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat

    “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

    Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutan-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.

Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan.

"Barang siapa MENUNJUKKAN pada KEBAIKAN ,
maka baginya PAHALA seperti orang yang MELAKUKANnya ." (HR.Muslim)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.

  Ingat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,

    عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
    Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

~notanotapenarikhati~
Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka...kita hanya merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat...walaupun kita tak tahu apa yang tertulis di hadapan..kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan....kita terjatuh berulang-ulang kali..kecewa berkali-kali...sedih menimpa-nimpa...tapi ingatlah itu semua diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat...kadang-kadang kita rasa kita dah hampir dengan kebahagiaan tu tapi tetiba je ia direntap kembali...bersabarlah kerana kita tidak mengetahui perancangan Allah..kita tak tahu masa depan kita...yakin dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita....:)

        ~MayRa HaYfA~
-istikhrah memohon petunjuk drpd
Allah adalah jawapan yang terbaik-

Sunday, 16 December 2012

~MuhAsaBaH diri~ :)

1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"
                                             
2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yang terbaik utk iman kau."

`Sekadar renungan. Fikir-fikir yer. =)`

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.Mohon maaf

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

~Notanotakisahrabiatuladawiyah~
Rabiah adalah seorang hamba Allah yang tidak akan terpedaya oleh tipu daya syaitan.Kerana telah banyak dibuktikan bahawa syaitan selalu dapat dikalahkan,hingga syaitan tersimpuh melutut dihadapanya.Bahkan Rabiah dapat merampas senjata syaitan yang digunakan untuk menggoda manusia. Syaitan tidak dapat menggoda dan memperdaya Rabiah kerana dia mempunyai kekuatan dan kehebatan yang jauh lebih besar daripada kepintaran dan kelicikan syaitan dihadapan Rabiah..Bolehkah/ mampukah kita mendapatkan ‘kekuatan’ seperti Rabiah apabila berhadapan dengan godaan syaitan??? Tepuk dada tanya iman....:)

           ~MAYRA HAYFA~
-Allah meminjamkan akal kepada
           kita supaya kita
     boleh berfikir disebalik
setiap perkara yang kita lakukan-

Monday, 10 December 2012

~DiMaNa CanTikNYa waNItA~ ?????



 perkongsian bersama..:) 


( aurat dan pakaian wanita….. )

Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai dilehernya, subang & perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki. 

Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut:
Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.
( An-Nur ) 

Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang berlaku kini dalam pawagam, bilik kuliah di universiti, auditorium, dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamudiketuk dengan tukul besi yang tajam di dalam kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya
 
Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syara’ seperti berikut: Pakaiannya hendaklah menutup seluruh tubuhnya melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafasirannya muka dan tangan
Pakaian yang dipakai itu janganlah dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “ Antara penghuni2 neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”

“Memakai baju tetapi masih bertelanjang” bermaksud pakaian jarang yang dipakai tidak melindungi aurat mereka. Suatu masa dahulu, beberapa orang wanita daripada Bani Tamin telah datang menziarahi Aisyah r.a. & dia telah berkata kepada mereka : “Jika kamu ialah orang yang beriman maka pakaian semacam ini tidak layak dipakai oleh wanita beriman.” Pada ketika yang lain pula apabila seorang pengantin perempuan memakai selendang jarang telah keluar menemuinya, dia berkata:”Seorang wanita yang berpakaian seperti ini tidak percaya kepada surah An-Nur dan Surah Al-Ahzab yang mengandungi banyak pengajaran berhubung dengan kesucian dan kesopanan hubungan lelaki dan wanita serta tentang jenis pakaian mereka.”

Pakaiannya tidak boleh terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali di bahagian yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki seperti seluar. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam tidak menyukai penganutnya yang cuba menyamai gaya orang bukan Islam. Islam menggalakkan penganutnya supaya mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sebab itulah orang Islam digalakkan supaya mempunyai pendirian sendiri yang berlainan daripada pendirian orang bukan Islam dalam pelbagai aspek. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang meniru sesuatu bangsa lain, maka ia adalah bangsa itu.” 

Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri diri daripada menunjukkan wajahnya seperti seorang penggoda.Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “ Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan buruk kepada kamu)…Al-Ahzab 32
Dia tidak menarik perhatian dengan lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya, atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” ( An-Nur: 31 )
Wanita pada zaman Jahiliyah pernah menghentak kaki apabila berjalan di hadapan lelaki supaya gelang locengnya akan berbunyi dah akan didengari oleh mereka. Al-Quran menegah perbuatan seperti ini kerana ia mungkin menggoda lelaki mata kerajang untuk mengekorinya dan ia juga menyampaikan niat jahat dalam hati wanita tersebut. Islam juga telah membuat garisan tentang penggunaan bau-bauan kerana di sini juga ia mempunyai maksud untuk menarik perhatian lelaki dengan menaikkan nafsu mereka.Hadith Nabi mengatakan: “Seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai, ia merupakan seorang penzina.”
Begitulah cara dan gaya wanita Islam mensyukuri kecantikan rupa paras dan fizikal yang dikurniakan Allah. Wanita Islam sepanjang masa ketika di luar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang baik., warak dan bertanggungjawab dan bukan sebagai jenis yang mudah dipermainkan dan menggoda. Oleh itu tidak sepatutnya wanita Islam mempamerkan kecantikan dan kejelitaan mereka dengan menceburi bidang peragaan atau memasuki pertandingan ratu cantik atau menyanyi atau menari atau bidang-bidang yang seumpamanya.

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan yang seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk mengedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bukanlah wanita biasa yang merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan gaya dan kecantikan mereka kepada orang lain.

~Notanotasikuka~
Dan sesungguhnya juga wanita itu diciptakan Allah penuh dengan keindahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana itulah ramai kaum Adam yang terpeda dan tergoda dan adakalanya juga semua kecantikan ini telah disalahgunakan oleh kaum Hawa itu sendiri.

Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkedut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal kerana segala-galanya akan di mamah usia ditelan masa. Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah  kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita.




~MAYRA HAYFA~
="Wanita hiasan dunia,
seindah hiasan
adalah wanita solehah."=