Monday, 25 June 2012

~Hidup Bahagia Dengan Poligami~



ASSALAMUAILAIKUM...:)



Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Sehingga saat ini, poligami merupakan isu fikah yang kontroversi dan tidak kurang pula yang menentangnya. Sistem perkahwinan yang membolehkan lelaki bernikah melebihi satu pasangan ini pernah dipraktikkan Rasulullah pada zamannya.

Al-Quran, surah al-Nisak ayat 3, dianggap memberikan legitimasi bagi mengamalkan poligami. Selain bukti daripada wahyu Allah, analisis penulis turut memberikan alasan logik lain bagi membolehkan poligami. Namun, selapang mana hati menerima kenyataan amalan poligami, adakalanya ia tidak dapat memenangi semua pihak.

Buku yang disusun dengan kemas dan mudah dibaca ini bakal mengubah persepsi dan pandangan pembaca terhadap poligami serta membimbing pengamalnya ke arah kebaikan. Penulis juga mengupas beberapa isu berkaitan dan menyertakan panduan bagi mengamalkan poligami secara harmonis dan bahagia.

Dr. Basri bin Ibrahim adalah pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia. Beliau juga adalah seorang pengamal poligami.

Untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang isu poligami boleh la beli buku nie....^)^



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 POLIGAMI???Pernah ditanya tentng isu nie..mula2 rase ble jugak..sebab macam xsampai masa je lagi nak fikir fasal nie...haha.. Walaupun baru baca sikit novel Fatimah Syahra Sebarkan Cinta-MU..Terdetik untuk post tentang poligami..Banyak persoalan yang sering menjadi tanda tanya...^_^

Kalau ditanya siapa yang rela berpoligami..Tentulah kebanyakan jawapan 'tidak mungkin'..Kebanyakan wanita akan mengatakan mereka lebih rela menerima takdir bercerai daripada takdir berpoligami..! Sejauh mana pun mereka tidak rela manerima takdir berpoligami tapi mereka tidak boleh lari daripada Qada’ dan Qadar Allah.. Saya sangat respect pada wanita-wanita yang sanggup menerima takdir berpoligami...:) <3 
..Saya sendiri berharap supaya saya tabah dan cekal dalam menjalani hari-hari mendatang walaupun pahit harus ditelan..Ujian yang Allah datangkan adalah untuk mendekatkan diri  kita kepadaNYA...Supaya tidak lupa kepada PenciptaNYA..Setiap masalah pasti ada jalan keluar..Marilah kita memohon petunjuk daripadaNYA..

 
Lelaki dan Poligami...biasanya satu isu yang memang sensitif dan tidak habis-habis di perkatakan oleh semua orang kan. Kalau dengar je poligami, mesti orang perempuan dah nak marah bila suami mereka nak berpoligami. Betul kan? sebelum nak ulas lebih lanjut..saya nak bagi tau, penulisan ni merupakan pandangan saya sebagai seorang wanita terhadap lelaki dan poligami. Hanya ingin berkongsi sahaja...segala khilaf harap maaf~ :)