~Demi Dhuha~



Akhirnya ,saya dah habis baca buku novel Demi Duha  =)







Novel Islam yang ditulis oleh Muhammad Makhdlori, penulis dari Jawa Sedang ni sangat mengasyikkan. Best sangat! Bahasa yang mudah difahami walaupun orang seberang... Tapi, memang tak rugi beli. At least, ada something tertanam di jiwa lepas baca buku ni..^_^
Cerita ni nak bagi tau kita semua, yang solat dhuha ni sangatlah besar fadhilatnya dan kemujarabannya. Biasanya, solat dhuha memang sinonim dengan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusankan? Kalau setiap hari kita buat, Insya Allah, tak de masalah dalam kehidupan..


Sinopsis novel ni bermula dengan Pak Hamdal, seorang pencari barang terbuang. Dia hidup serba daif bersama isteri dan dua orang anaknya. Anak gadisnya sedang belajar di pesantren (madrasah Islam) dengan biasiswa, manakala anak lelakinya masih bersekolah menengah. Kehidupannya penuh dengan hinaan dan caci maki dari orang-orang sekeliling dek kerana kedaifannya. Tapi, Pak Hamdal tak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dia wajib menunaikan solat duha setiap hari, tandanya sebagai sedekah kepada 360 sendi tubuh kita...
Fuh, selepas baca tu...~perasaan sentap menerpa~!huhu.. Badan yang kita pinjam dan sewa dari Allah ni.....apa dah kita gunakan? Ada ke kita guna untuk tujuan kebajikan? Atau sekadar menghadiri konsert-konsert yang lara dan tak kira masa, pergi kelab, dan melepak tak tentu hala. Aduh. Kesian kat sendi-sendi badan kita ni. Kalau nak ikutkan, kita kena buat 360 kebajikan sebagai bayaran kepada sendi-sendi yang kita sewa ni, tapi solat duha dua rakaat sudah mencukupi sebagai sedekah kepada sendi-sendi kita, Insya Allah.. Paling penting, istiqomah. Sekurang-kurangnya, mulalah dengan dua rakaat pada hari Sabtu dan Ahad ke. Lama-lama, cuba buat setiap hari. Dari dua rakaat, naik empat rakaat, dan enam, lapan lalu dua belas rakaat. Masing-masing ada faedah yang tersendiri.
Pak Hamdal ni ketemu dengan ramai orang. Orang pertama ialah Iham, seorang pemuda yang terumbang-ambing hidupnya selepas kematian kekasihnya. Sejak dulu memang hidupnya bebas dan tak kisah halal dan haram, sementelah ibu bapanya juga tidak kisah bab-bab agama terutamanya solat. Sejak Ilham jumpa Pak Hamdal, dia terbuka pintu hati untuk berubah. Dia ambil keputusan untuk belajar di madrasah bersama kawan lamanya, Irham. Di situ, dia jatuh hati pada Marhamah, seorang ustazah yang cerdik pandai dan cantik. Tetapi, dia tidak berani mendekati gadis itu, sedari dirinya tidak layak untuk bergandingan bersama ustazah rupawan lagi bijaksana...
Semuanya berkenaan solat duha. Bila baca cerita  nie, memang buat saya terfikir lagi sekali, betapa besarnya Kuasa Allah Taala, mintalah macam-macam kat Allah, Insya Allah dia akan makbulkan andainya benda tu terbaik untuk kita. Yakin dengan Allah, bukan dengan makhluk. ..


Ada satu babak dalam novel ni, dompet yang dicuri oleh penyangak, ada dengan Pak Hamdal. PaK Hamdal terjumpa dompet tu di rumah sendiri. Masa tu tengah kalut duit upah Pak Hamdal dicuri penyangak tu. Isterinya tengah bercelaru. Dorang dua bergaduh tentang dompet yang dijumpai. Isterinya desak suruh suaminya ambik duit tu, untuk kegunaan mereka. Nak bayar study anak, nak beli makanan dan macam-macam. Pak Hamdal serba salah. Dalam masa yang sama, dia teringatkan kekuasaan Allah. Walaupun mereka miskin, tapi janganlah miskin hati. Bukan alasan miskin, untuk dia mencuri hak orang lain. Akhirnya, isterinya mengalah dan kesal dengan kata-katanya. Pak Hamdal ambik keputusan untuk pulangkan dompet tu pada tuan punya. Memang susah nak tetapkan hatikan, kalau diri memang tak duit, jumpa lak duit banyak tak tahu sapa punya...

Memang bestlah buku ni. Tips untuk murah rezeki juga ialah rajinkan bersolat duha. Bukan nak kata murah rezeki dari segi rumah besar, bisnes besar semua. Ye, ada juga yang Allah bagi macam tu. Tapi, ada juga yang miskin tapi murah rezeki. Murah rezeki ni luas maknanya - duit sentiasa cukup, makan pun cukup, hati sentiasa gembira dan tenang, keluarga bahagia, sentiasa diberi petunjuk pada Allah, urusan dunia dan akhirat dipermudahkan. Haaa banyaklah! Bukan tertumpu pada sesuatu benda sahaja...:)
Novel ni juga mengajar kita supaya tak berdendam. Sentiasalah memaafkan orang lain walaupun sejahat mana fitnah orang tu terhadap kita. Yelah. Bila dorang menghina kita, bermakna dorang tu menghina Allah, berhadapan dengan Allah sebenarnya. Hmm, nak tetapkan kekuatan hati bukannya senang. Kita ni manusia yang lemah, sure ada rasa dendam dan nak tengok orang tu dapat balasan setimpal. Tapi, ingatlah, Allah nampak semuanya. Walaupun sebesar zarah sekalipun, kebajikan mahupun kejahatan. Kita aje la pilih nak yang mana...
Tak rugi pun buat solat dhuha nie..banyak kelebihannya tanpa kita sedari...Dari pengalaman saya sendiri yang sentiasa melakukan solat sunat dhuha nie..memang banyak kelebihannya..saya dapat rasai ketenangan ketika masalah ketika diuji olehNYA..dan dimurahkan rezeki dalam pelbagai perkara..tanpa saya sedari...Doakan saya semoga saya dapat  istiqamah dalam melakukan ibadat kepadaNYA...



                                                                 ~DOA DHUHA~

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh






SELAMAT MELAKUKAN IBADAH-IBADAH SUNAT...
SEMOGA ISTIQAMAH DALAM MELAKUKANNYA....
INSYAALLAH..:)

~MAYRA HAYFA~
-yang mengejar untuk meraih keredhaanNYA...-

0 comments