~Hidup Bahagia Dengan Poligami~



ASSALAMUAILAIKUM...:)



Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Sehingga saat ini, poligami merupakan isu fikah yang kontroversi dan tidak kurang pula yang menentangnya. Sistem perkahwinan yang membolehkan lelaki bernikah melebihi satu pasangan ini pernah dipraktikkan Rasulullah pada zamannya.

Al-Quran, surah al-Nisak ayat 3, dianggap memberikan legitimasi bagi mengamalkan poligami. Selain bukti daripada wahyu Allah, analisis penulis turut memberikan alasan logik lain bagi membolehkan poligami. Namun, selapang mana hati menerima kenyataan amalan poligami, adakalanya ia tidak dapat memenangi semua pihak.

Buku yang disusun dengan kemas dan mudah dibaca ini bakal mengubah persepsi dan pandangan pembaca terhadap poligami serta membimbing pengamalnya ke arah kebaikan. Penulis juga mengupas beberapa isu berkaitan dan menyertakan panduan bagi mengamalkan poligami secara harmonis dan bahagia.

Dr. Basri bin Ibrahim adalah pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia. Beliau juga adalah seorang pengamal poligami.

Untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang isu poligami boleh la beli buku nie....^)^



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 POLIGAMI???Pernah ditanya tentng isu nie..mula2 rase ble jugak..sebab macam xsampai masa je lagi nak fikir fasal nie...haha.. Walaupun baru baca sikit novel Fatimah Syahra Sebarkan Cinta-MU..Terdetik untuk post tentang poligami..Banyak persoalan yang sering menjadi tanda tanya...^_^

Kalau ditanya siapa yang rela berpoligami..Tentulah kebanyakan jawapan 'tidak mungkin'..Kebanyakan wanita akan mengatakan mereka lebih rela menerima takdir bercerai daripada takdir berpoligami..! Sejauh mana pun mereka tidak rela manerima takdir berpoligami tapi mereka tidak boleh lari daripada Qada’ dan Qadar Allah.. Saya sangat respect pada wanita-wanita yang sanggup menerima takdir berpoligami...:) <3 
..Saya sendiri berharap supaya saya tabah dan cekal dalam menjalani hari-hari mendatang walaupun pahit harus ditelan..Ujian yang Allah datangkan adalah untuk mendekatkan diri  kita kepadaNYA...Supaya tidak lupa kepada PenciptaNYA..Setiap masalah pasti ada jalan keluar..Marilah kita memohon petunjuk daripadaNYA..

 
Lelaki dan Poligami...biasanya satu isu yang memang sensitif dan tidak habis-habis di perkatakan oleh semua orang kan. Kalau dengar je poligami, mesti orang perempuan dah nak marah bila suami mereka nak berpoligami. Betul kan? sebelum nak ulas lebih lanjut..saya nak bagi tau, penulisan ni merupakan pandangan saya sebagai seorang wanita terhadap lelaki dan poligami. Hanya ingin berkongsi sahaja...segala khilaf harap maaf~ :)

Sebelum tu..kita lihat dulu hukum berpoligami. Poligami diharuskan dalam Islam berdasarkan ayat Al-Quran (Surah Nisa': 3) maksudnya :


" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain ) : dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman "

 
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 179


Kalau mengikut sunnah, Rasulullah s.a.w juga berkahwin lebih daripada seorang. Antara sebab atau hikmah Allah s.w.t mengharuskan poligami ialah :

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi   keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Oleh itu, kaum wanita jangan cepat marah dan melenting bila sebut tentang poligami kerana poligami ini diharuskan dalam Islam dan perkara yang harus, kita tidak boleh menjadikannya haram. Pada masa kini, di Malaysia terutamanya..saya dapati ramai lelaki yang berpoligami tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik seperti mana yang sepatutnya, secara langsung mereka turut menganiayai wanita yang mereka kahwini. Oleh sebab itu, ramai wanita yang bila dengar sahaja perkataan poligami, dah mula melenting dan tidak suka. Semua ini disebabkan kesan dan pengaruh persekitaran di Malaysia yang mana mereka yang mengamalkan poligami tidak menjalankannya mengikut aturan Islam. Seolah-olah poligami itu hanya untuk kepentingan lelaki sahaja dan perempuan pula menjadi tempat untuk memuaskan hawa nafsu.

Berbalik kepada antara sebab-sebab Islam mengharuskan poligami, kita dapat lihat ada konsep yang baik disitu. Kemungkinan seseorang suami mempunyai nafsu yang luar dari kebiasaan dan untuk mengelakkan terjebak dalam maksiat, maka sebab itu Islam mengharuskan poligami. Supaya keturunan dapat dijaga. Begitu juga dapat melindungi kaum wanita iaitu janda. Poligami itu sebenarnya bukanlah suatu yang perlu kita tolak terus, kerana kita perlu ingat Islam tidak mengharamkannya. Kita akan berdosa bila kita terlalu benci kepada poligami..setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmah disebaliknya.

Akan tetapi, yang menyedihkan apabila seseorang suami memberikan alasan untuk berpoligami ialah untuk mengikut Sunnah Nabi. Ya, saya akui. Nabi berkahwin lebih dari satu. Tapi, yang saya agak kurang berpuas hati ialah "mengapa hanya mengikut sunnah nabi dengan hanya berpoligami je? kan sunnah nabi itu luas..takkan hanya tau berkahwin lebih dari seorang je?" Bila nak kahwin lebih dari satu, baru cakap nak ikut sunnah nabi..habis tu, sunnah-sunnah yang lain ada amalkan ke? Seolah-olah mahu berselindung di sebalik perkataan "sunnah". Fikirkan..

Kemudian, persoalan saya seterusnya ialah...jika seseorang yang ingin mengamalkan poligami tadi mengatakan ingin mengikuti sunnah nabi. Ia nya bagus lah, sebab kalau kita lakukan sunnah nabi, kita akan dapat pahala. Tetapi...kalau kita lihat kepada sejarah, isteri-isteri Nabi kebanyakannya ialah golongan janda. Yang saya tau, Aisyah sahaja yang masih anak dara. Oleh itu, kalau kita nak lihat pada masa kini di Malaysia, "berapa ramai yang sanggup mengambil janda untuk menjadi isteri?" jika benar nak ikut sunnah nabi iaitu dengan niat untuk melindungi dan menjaga kebajikannya serta anak-anaknya. Tapi, ramai pula yang mengamalkan poligami beristerikan anak dara. Saya tak cakap salah, tapi jika betul nak mengikut sunnah Nabi, kahwinlah dengan janda. Masih ramai janda di Malaysia yang tidak terbela nasib mereka dan anak-anak mereka. Berpoligami kerana sunnah atau kerana nafsu? Fikirkan..

 
Aturan Islam itu cukup cantik dan indah jika diamalkan. Tetapi, perbuatan umat Islam itu sendiri menyebabkan ia menjadi tidak cantik dan indah. Tapi, kaum lelaki perlu ingat..berpoligami bukan mudah..hal ini disebabkan, anda memikul kesemua dosa isteri-isteri anda. Kalau ada 4, 4 kepala la..tu belum masuk dosa anak-anak anda lagi dan juga dosa anda sendiri. Jika benar anda memahami konsep poligami, mungkin anda akan berfikir berkali-kali untuk berpoligami. Amat sedih apabila ada yang berpoligami dengan sebab nafsu semata-mata dan tidak faham konsep sebenar poligami serta tidak tahu tanggungjawab apabila berpoligami. Jika dilihat dari sudut nafsu semata-mata, mungkin nikmat tapi, jika dilihat dari sudut tanggungjawab, teramatlah berat. Oleh sebab itu, baca dan fahamilah ayat Al-Quran tadi..jika tidak mampu, cukuplah seorang sahaja untuk dijadikan teman sepanjang perjalanan untuk menuju syurgaNya..dan juga untuk menggapai redha dariNya.

Bila berpoligami pula, para suami perlu adil dari segi nafkah zahir dan batin kepada semua isteri. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya..dan zalim pula bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sebagai contoh, jika isteri pertama memiliki 5 orang anak dan isteri kedua tiada anak. Suami kena bagi nafkah yang lebih kepada isteri pertama kerana banyak tanggungannya berbanding isteri yang pertama. Bukan adil yang bermaksud kena beri sama rata. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w sendiri juga tidak mampu untuk adil terhadap kasih sayang nya..Rasulullah lebih menyayangi Saidatina Khadijah walaupun beliau sudah meninggal dunia dan baginda sudah berkahwin lain. Hal ini disebabkan kasih sayang sesuatu yang abstrak dan sukar untuk dibahagi secara adil..bukan saya mereka-reka cerita ye. Dan kesan apabila seseorang suami tidak adil : di dunia - akan menganiayai isteri. di akhirat - akan di bangkitkan dalam keadaan senget sebelah. Wallahu'alam.

 
Pada pendapat saya, seseorang lelaki yang ingin meneruskan niat berpoligami perlu mempersiapakan diri dengan kekuatan mental serta fizikal. Yang paling utama ialah ILMU AGAMA. Ya, ilmu agama..mungkin mereka perlu baca buku-buku yang berkaitan poligami dalam Islam dan meminta pendapat ustaz-ustaz yang bertauliah.Jangan membuat tuli tanpa ilmu di dada. Selangkah anda masuk ke alam poligami, maka tanggungjawab anda akan bertambah. Dah siap ke untuk membimbing 2, 3, atau 4 orang isteri menuju jalan Allah s.w.t. Kadang-kadang..1 pon tak mampu lagi kan. Ditambah pula dengan anak-anak..dah siap ke nak jadi seorang bapa yang adil kepada anak-anak dan mampu menjadi seorang guru kepada anak-anak sendiri? Fikirkan lah wahai kaum lelaki. Letakkan akal di hadapan setiap kali nak buat keputusan..dan bukannya nafsu di hadapan berbanding akal. 

Satu cerita nie menceritakan tentang  Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra..dengan cerita nie harap kita dapat berfikir sejenak...
Takhrij hadith:
إِنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ خَطَبَ ابْنَةَ أَبِي جَهْلٍ عَلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ عَلَى مِنْبَرِهِ هَذَا وَأَنَا يَوْمَئِذٍ مُحْتَلِمٌ فَقَالَ إِنَّ فَاطِمَةَ مِنِّي وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا ثُمَّ ذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ فَأَثْنَى عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ قَالَ حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا

Terj:
"Sesungguhnya 'Ali bin Abu Thalib pernah meminang anak perempuan Abu Jahal (untuk dijadikan istri) disamping Fathimah 'alaihi salam, lalu kudengar Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam memberikan khuthbah kepada manusia tentang masalah itu di atas mimbar ini sedang aku saat itu sudah baligh, Beliau bersabda: "Sesungguhnya Fathimah adalah bagian dariku dan aku sangat khawatir dia terfitnah dalam agamanya". Kemudian Beliau menyebutkan kerabat Beliau dari Bani 'Abdu Syamsi seraya menyanjungnya dalam hubungan kekerabatannya yang baik kepada Beliau. Beliau melanjutkan: "Dia berbicara kepadaku lalu membenarkan aku serta berjanji kepadaku dan dia menunaikan janjinya kepadaku. Sungguh aku bukanlah orang yang mengharamkan suatu yang halal dan bukan pula menghalalkan apa yang haram akan tetapi, demi Allah, tidak akan bersatu putri Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam dengan putri musuh Allah selamanya" (HR Bukhari, kitab al-Khumus,no. 2879, kod lidwa)

Kefahaman Maqlubah (terpesong) dari hadith ini:

1. Kita sebagai mertua boleh menghalang menantu kita dari memadukan anak perempuan kita berdasarkan hadith ini.

2. hadith ni menjadi dalil, poligami semakin diperketat oleh RasuluLlah saw, bermula dengan poligami tanpa batas, kemudian dihadkan kepada 4, kemudian dengan hadith melarang Ali berpoligami, maka hukum penyudah bagi poligami ialah tidak lagi dibolehkan

3. Poligami kini bergantung kepada kesediaan dan kerelaan isteri pertama sahaja.

4. Kumpulan JIL (liberal) dan pendokong syaikh Muhammad Abduh menjadikan hadith ini sebagai hujah Nabi saw tidak sukakan poligami.

Cerita sebenar hadith ini:
1. Ia berlaku selepas Fathul Makkah, ketika Nabi saw sudah membuka semula kota Makkah. maka oleh kerana Abu Jahal telah mati ketika perang Badar, maka Ali merasa terpanggil utk menjadikan putri Abu Jahal sebagai isteri keduanya. ini kerana Abu Jahal adalah dari bangsa Quraish juga.

2. Pilihan Ali menunjukkan Ali sebenarnya bebas untuk berpoligami, cuma pilihannya tidak menepati apa yang Nabi saw kehendaki, yaitu Ali telah memilih calon musuh ketat Nabi saw, yakni Abu Jahal.

3. Larangan menantu dari berpoligami cuma khusus bagi Nabi saw sahaja, ini kerana Ali adalah dari ahlil bait., bukan sekadar menantu.

4. Dr Basri Ibrahim ketika mengulas hadith ini, larangan Ali memadukan Fatimah kerana tiga sebab:
a. Kerana pilihan Ali adalah putri kepada Abu Jahal, musuh utama Nabi saw
b. Fatimah adalah tempat Nabi bermanja kerana baginda kematian isteri kesayangannya Khadijah, dan beberapa anak perempuan baginda juga turut wafat. Maka status Fatimah adalah amat penting dalam kehidupan baginda.
c. baginda tidak mahu Fatimah dimadukan adalah special case. (Dr Basri Ibrahim, Hidup Bahagia dengan Poligami, PTS, 2008)

Rumusan:

1. Hadith larangan poligami ke atas Ali mempunyai rahsia tersendiri kerana kedudukan Fatimah dalam kehidupan baginda dan kedudukan Ali sebagai menantu dan ahlil baitnya

2. Pemilihan Ali tidak tepat, menyebabkan kemarahan RasuluLlah saw

3. Larangan ke atas pilihan Ali bukanlah dalil untuk menyatakan poligami cuba disekat oleh baginda. Ini cuma kes khusus dan terpencil khusus buat Nabi dan ahlil bayt

4. hukum poligami tidak terjejas dengan kes Ali dan Fatimah, bahkan kaum salaf mengamalkan poligami dan menyimpan hamba abdi perempuan dengan bebas.

5. Nabi saw sendiri memiliki 9 isteri menunjukkan sunnah amalan baginda lebih kuat dari sebuah hadith terpencil seperti ini. Abu Bakar memiliki jumlah 6 isteri, Umar al-Khattab memiliki 9 orang isteri, Uthman al-Affan, 7 isteri, manakala selepas kewafatan Fatimah, Ali menikahi 9 perempuan. (Tarikh Tabari, 1:3472)
 


Sekadar perkongsian untuk semua..kalau tersilap kata, harap dimaafi.. :)

والسلام


               ~Mayra Hayfa~
-Sekadar Pendapat & Perkongsian Bersama-

                         ^_^





 

0 comments