Saturday, 21 July 2012

~Manfaat Al-Quran Selepas kita Wafat~


~Perkongsian Bersama~


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya."



Dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku diwaktu siang hari."



Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"



Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dankekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"



Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"



Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.



"Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.



Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kamitidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua karena anak kamu telah mempelajar Al-Qur'an."

Marilah kita menjadi orang yang akan dicari oleh Al-Quran kelak... 
Dengan membaca Al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan
Hati turut menjagi tenang...Subhanallah...
Mukjizat Al-Quran.....


             ~MAYRA HAYFA~

 -  AL-Quran peneman hidupku
         sepanjang masa-
           InsyaAllah...
                ^__^

Wednesday, 18 July 2012

~DEnyUT kaSIH MEdIK~



Selesai sudah pembacaan novel Denyut Kasih Medik...Best sangat...!hehee..^_^
Mengaplikasikan perawatan mengikut ajaran islam adalah yang terbaik..!!

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Nantikan satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

***

Saya bersetuju dengan ulasan Dr Basil Towil, Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Serdang yang mencadangkan agar novel ini dijadikan rujukan bagi para doktor, staf hospital dan pelajar perubatan dalam konteks memahami cara aplikasi syariat di hospital.

Bahkan bagi saya, pelajar perubatan , orang awam juga sama ada lelaki dan perempuan, tua atau muda wajar membacanya kerana ia turut menceritakan tentang pelaksanaan syariat ketika sedang sakit.

Antara isu-isu yang menarik perhatian saya ialah solat ketika sakit . Penggunaan ubat yang mengandungi lemak babi (clexane), solat jama’ atau qadha bagi pegawai perubatan yang terlibat dalam operasi pembedahan, merancang kehamilan, misteri air selusuh dan lain-lain.

Menariknya novel ini mengandung unsur aqidah, syariat dan akhlak yang luhur serta turut memuatkan info-info fiqh yang penting, tips kesihatan, hadith dan nota kaki bagi istilah-istilah perubatan dan agama yang perlu kepada huraian dan maksud.

Tetapi dialog yang paling menarik perhatian saya ialah ketika watak Dr Muslih diarahkan berpindah ke Kota Sabak tanpa kompromi oleh Timbalan Pengarah Hospital. Dr Muslih :

    “Dr Rujiah, sekarang doktor mempunyai kedudukan dan kuasa. Doktor boleh buat keputusan sesuka hati tanpa memikirkan orang lain. Tapi ingat, di akhirat nanti semua pangkat ini akan hilang. Kami semua akan menuntut keadilan kelak. Allah Maha Adil!”



Sekiranya anda seorang yang sentiasa merungut tentang kerja anda dan memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak solat, tidak belajar agama, tidak luangkan sedikit masa untuk dekatkan diri pada Allah, buku ini adalah buku motivasi yang terbaik bagi anda. Bayangkan, walaupun Dr Muslih, watak utama dalam cerita ini terpaksa bekerja 48 jam (atau lebih) berturut-turut, dia masih sempat meluangkan masa membaca tafsir Al-Quran dari tafsir kecil yang sentiasa berada di dalam poketnya di waktu ada kelapangan. Dan apabila tidak ada tugas, sempat hadiri kuliah...


 
antara pengisian dalam novel ni...

Kena jadi doktor pelatih dulu juga dikenali sebagai Doktor HO (Houseman)....setiap satu ward..kena jalani latihan selama 4 ke 5 bulan... lepas tu baru dapat tittle Doktor MO (Medical Officer) dan kemudiannya naik menjadi pakar..

Waktu kerja doktor tak tentu masa...lagi-lagi bila kena on call...baru nak suap makanan dah kena panggil...solat susah nak dapat pada awal waktu...hujung-hujung...kalau tak sempat terpaksa jamak..
Sungguhpun sibuk...Doktor Muslih tidak pernah abaikan solat...dia akan cuba cari masa untuk menunaikan solat...tak kisah kalau tak sempat makan ataupun rehat...




 
Banyak isu-isu semasa diceritakan....kisah mat rempit....pengguguran bayi..pembuangan bayi....rokok...dadah..cinta monyet...dan juga cinta dalam Islam dan lain-lain lagi..

cuba tengok gambar di atas, ada kongsikan info tentang darah haid dan darah berpenyakit bagi orang perempuan..


 
tips mencari jodoh...

Saya suka sangat cara Doktor Muslih berkahwin dengan isterinya...percaya tak..sebelum kahwin..dia tak pernah lihat wajah isterinya dengan jelas...ada pun gambar sangat kabur..

Dia tidak kisah akan fizikal..rupa mahupun berbezaan umur....yang dia kisahkan adalah agamanya...

Masa bertunang pun..dia tak melihat wajah tunangnya....masa berhubung pun hanya melalui email...itu pun berbincang tentang persiapan kahwin dan semua email-email itu akan di CC kan pada orang yang mereka percaya...

Setelah akad nikah dilafazkan baru lah Doktor Muslih lihat isterinya.....

Hmmmm..... rasanya zaman sekarang ni ada tak pasangan yang macam ni...? huhu..(^_^)


*       *         *          *          *            *            *             *           *             *          *


Saya sebagai ‘student nurse’ dan selalu posting di hospital..turut memahami kesibukan kerja doktor di hospital..Kami yang sering membantu doktor turut merasai kesibukan itu..Kami yang hanya ‘student nurse’ tidak boleh banyak berkata-kata dan merungut..kami harus patuh dan mematuhi setiap arahan yang diberi tanpa boleh memberi bantahan walaupun terdapat kesilapan pada arahan itu.selama berposting kebanyakan doktor merawat pesakit dengan hanya mengikut protokol...tak salah kan kalau dikaitkan dengan ajaran islam.Sangant terkilan..semoga dapat dijauhkan daripada semua itu....:(..Berharap agar setiap apa yang dilakukan mendapat keredhaanNYA..Amin...:)

21/7/2012 bermula hari pertama posting untuk semester 4 tahun 2..Ditempatkan di Hospital HSNZ & Kuala Berang selama 2 bulan...Semoga pada bulan Ramadhan yang mulia ini sambil berposting, memberi peluang yang lebih lagi untuk mengejar ganjaran daripadaNYA...Ya Allah...permudahkan lah segala perancangan dan urusanku untuk mencapai MardhatillahMU...Semoga Ramadhan tahun nie dapat selalu pergi solat Terawih..^_^

Yang Baik kita jadikan PEDOMAN......
Yang Buruk kita jadikan SEMPADAN.......

 Memohon maaf jika terkasar bahasa atau tersalah bicara..^_^

~Mayra Hayfa~
 -Hidup Tidak selalu Indah-
+Indahkan Hidup dengan mengabdikan diri kepadaNYA..+

Monday, 16 July 2012

~RaMAdHANkU~


Azamku pada Bulan Ramadhan pada tahun 2012..^_^

Sebelum memasuki bulan ramadhan lagi ku menanamkan azam dan persedian untuk dilakukan pada bulan ramadhan yang akan tiba..”BULAN RAMADHAN” adalah saat dan waktu yang lama dinantikan..Bulan yang sangat bermakna dan membawa rahmat..Ini lah waktu yang tepat untuk ku menanamkan azam dan muhasabah diri..Diri ini yang dipenuhi  dengan dosa dan kehinaan...Ingin sekali kembali mencapai MardhatillahNYA..Semoga diriku sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman..AMIN...^_^

 
Perancangan ini adalah sumber kekuatan pada Ramadhanku kali ini...
  
  • Nak habiskan 30 juzuk Al-Quran
  • solat terawih penuh  (jika diizinkan) J
  • Bersedekah kepada anak-anak yatim dan orang susah
  • Belanja sahabat-sahabat makan berbuka puasa (walaupun sekali) ^_^
  • Tidak tinggal solat sunat Dhuha sepanjang Ramadhan
  • Berbuka puasa bersama keluarga
  • Kurangkan membeli di bazar ramadhan (tahap kebersihan yang tidak diketahui)
  • Memberi bantuan kepada yang memerlukan dan saling tolong menolong J
  • Merapatkan silaturrahim (ukhwah fillah)
  • Sentiasa solat diawal waktu
  • Buat kuih raya bersama kakak dan adik-adik..hehe :)
  • Bangun tahajud sepanjang bulan ramadhan
  • Tidak keluar rumah atau kemana-mana jika  tanpa tujuan                                                  (Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.")  ^_^



 
Muhasabah diri...Setiap hari dipenuhi dengan melakukan amal ibadat..Walaupun Ramadhan ini ketika 'berposting"..InsyaAllah..Akanku manfaatkan dengan 'tentatif' sendiri yang telah dirancang...:)



~ kita Merancang Dan Allah Juga Merancang,,Sesungguhnya Allah Sebaik-Baik Perancang~
 <3 Ku Serahkan Segalanya KepadaMU >3

Segala pujian hanyalah untuk Allah S.W.T.. Selawat dan salam untuk para Nabi dan Rasul khususnya kepada Nabi Muhammad S.A.W  yang dicintai...
YA ALLAH..!! Permudahkan lah segala perancangan dan urusan ku untuk mencapai MardhatillahMU dan meraih syurgaMU...Tempatkan lah daku,kedua ibu bapaku, adik beradikku, sahabat-sahabatku,serta orang-orang yang soleh dikalangan orang-orang yang beriman yang meraih syurgaMU diakhirat kelak,,,
Berharap agar puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas..Tahun ini merupakan kali ke-2 posting ketika bulan puasa..Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi  dan tidak cepat mengeluh..Allah sentiasa bersama dengan orang-orang  yang sabar...InsyaAllah..Dimulakan dengan niat yang baik..Segala pekerjaan dan amalan yang dilakukan adalah suatu Ibadah..Semoga Allah memberkati kita pada RAMADHAN kali ini..Semoga diriku dapat meningkatkan Ibadah pada bulan yang mulia ini dan istiqamah dalam melakukannya..AMIN....:)

YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.


       ~MAYRA HAYFA~
       -Coretan Ramadhan-
              ^____^

~Berpuasa itu seharusnya menyuburkan kesabaran dan menguatkan iman, tidaklah bertujuan untuk meletihkan dan melemahkan badan. Maka usahlah bermalas-malasan, gunakanlah setiap kudrat yang ada untuk melakukan ibadah dan perkara kebaikan..
"Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka,"~