~DEnyUT kaSIH MEdIK~



Selesai sudah pembacaan novel Denyut Kasih Medik...Best sangat...!hehee..^_^
Mengaplikasikan perawatan mengikut ajaran islam adalah yang terbaik..!!

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Nantikan satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

***

Saya bersetuju dengan ulasan Dr Basil Towil, Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Serdang yang mencadangkan agar novel ini dijadikan rujukan bagi para doktor, staf hospital dan pelajar perubatan dalam konteks memahami cara aplikasi syariat di hospital.

Bahkan bagi saya, pelajar perubatan , orang awam juga sama ada lelaki dan perempuan, tua atau muda wajar membacanya kerana ia turut menceritakan tentang pelaksanaan syariat ketika sedang sakit.

Antara isu-isu yang menarik perhatian saya ialah solat ketika sakit . Penggunaan ubat yang mengandungi lemak babi (clexane), solat jama’ atau qadha bagi pegawai perubatan yang terlibat dalam operasi pembedahan, merancang kehamilan, misteri air selusuh dan lain-lain.

Menariknya novel ini mengandung unsur aqidah, syariat dan akhlak yang luhur serta turut memuatkan info-info fiqh yang penting, tips kesihatan, hadith dan nota kaki bagi istilah-istilah perubatan dan agama yang perlu kepada huraian dan maksud.

Tetapi dialog yang paling menarik perhatian saya ialah ketika watak Dr Muslih diarahkan berpindah ke Kota Sabak tanpa kompromi oleh Timbalan Pengarah Hospital. Dr Muslih :

    “Dr Rujiah, sekarang doktor mempunyai kedudukan dan kuasa. Doktor boleh buat keputusan sesuka hati tanpa memikirkan orang lain. Tapi ingat, di akhirat nanti semua pangkat ini akan hilang. Kami semua akan menuntut keadilan kelak. Allah Maha Adil!”



Sekiranya anda seorang yang sentiasa merungut tentang kerja anda dan memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak solat, tidak belajar agama, tidak luangkan sedikit masa untuk dekatkan diri pada Allah, buku ini adalah buku motivasi yang terbaik bagi anda. Bayangkan, walaupun Dr Muslih, watak utama dalam cerita ini terpaksa bekerja 48 jam (atau lebih) berturut-turut, dia masih sempat meluangkan masa membaca tafsir Al-Quran dari tafsir kecil yang sentiasa berada di dalam poketnya di waktu ada kelapangan. Dan apabila tidak ada tugas, sempat hadiri kuliah...


 
antara pengisian dalam novel ni...

Kena jadi doktor pelatih dulu juga dikenali sebagai Doktor HO (Houseman)....setiap satu ward..kena jalani latihan selama 4 ke 5 bulan... lepas tu baru dapat tittle Doktor MO (Medical Officer) dan kemudiannya naik menjadi pakar..

Waktu kerja doktor tak tentu masa...lagi-lagi bila kena on call...baru nak suap makanan dah kena panggil...solat susah nak dapat pada awal waktu...hujung-hujung...kalau tak sempat terpaksa jamak..
Sungguhpun sibuk...Doktor Muslih tidak pernah abaikan solat...dia akan cuba cari masa untuk menunaikan solat...tak kisah kalau tak sempat makan ataupun rehat...




 
Banyak isu-isu semasa diceritakan....kisah mat rempit....pengguguran bayi..pembuangan bayi....rokok...dadah..cinta monyet...dan juga cinta dalam Islam dan lain-lain lagi..

cuba tengok gambar di atas, ada kongsikan info tentang darah haid dan darah berpenyakit bagi orang perempuan..


 
tips mencari jodoh...

Saya suka sangat cara Doktor Muslih berkahwin dengan isterinya...percaya tak..sebelum kahwin..dia tak pernah lihat wajah isterinya dengan jelas...ada pun gambar sangat kabur..

Dia tidak kisah akan fizikal..rupa mahupun berbezaan umur....yang dia kisahkan adalah agamanya...

Masa bertunang pun..dia tak melihat wajah tunangnya....masa berhubung pun hanya melalui email...itu pun berbincang tentang persiapan kahwin dan semua email-email itu akan di CC kan pada orang yang mereka percaya...

Setelah akad nikah dilafazkan baru lah Doktor Muslih lihat isterinya.....

Hmmmm..... rasanya zaman sekarang ni ada tak pasangan yang macam ni...? huhu..(^_^)


*       *         *          *          *            *            *             *           *             *          *


Saya sebagai ‘student nurse’ dan selalu posting di hospital..turut memahami kesibukan kerja doktor di hospital..Kami yang sering membantu doktor turut merasai kesibukan itu..Kami yang hanya ‘student nurse’ tidak boleh banyak berkata-kata dan merungut..kami harus patuh dan mematuhi setiap arahan yang diberi tanpa boleh memberi bantahan walaupun terdapat kesilapan pada arahan itu.selama berposting kebanyakan doktor merawat pesakit dengan hanya mengikut protokol...tak salah kan kalau dikaitkan dengan ajaran islam.Sangant terkilan..semoga dapat dijauhkan daripada semua itu....:(..Berharap agar setiap apa yang dilakukan mendapat keredhaanNYA..Amin...:)

21/7/2012 bermula hari pertama posting untuk semester 4 tahun 2..Ditempatkan di Hospital HSNZ & Kuala Berang selama 2 bulan...Semoga pada bulan Ramadhan yang mulia ini sambil berposting, memberi peluang yang lebih lagi untuk mengejar ganjaran daripadaNYA...Ya Allah...permudahkan lah segala perancangan dan urusanku untuk mencapai MardhatillahMU...Semoga Ramadhan tahun nie dapat selalu pergi solat Terawih..^_^

Yang Baik kita jadikan PEDOMAN......
Yang Buruk kita jadikan SEMPADAN.......

 Memohon maaf jika terkasar bahasa atau tersalah bicara..^_^

~Mayra Hayfa~
 -Hidup Tidak selalu Indah-
+Indahkan Hidup dengan mengabdikan diri kepadaNYA..+

0 comments