Saturday, 29 September 2012

~WanItA MeNyEBAbKaAN LelAKi meNjADI LaLai~




ASSALAMUALAIKUM...

 
Lame kot  tak update blog...rindu~~~ J
buzy skit dengan praktikal n exam...:)

Hurmm...Terfikir dan tertanya-tanya..setuju ke dengan isu yang diperkatakan ‘wanita yang menyebabkan lelaki menjadi lalai’..?? pada pendapat saya la kan...semua nie bergantung pada diri kita sendiri..sekuat mana dan berapa tebalnya iman dalam diri kita...Sebab itu dalam Islam kita digalakkan menjaga batas pergaulan..unuk mengelakkan terjadinya perkara macam nie la..

Agak-agaknya kenapa ye wanita dikatakan penyebab lelaki menjadi lalai.. 
Haa...Mari kita lihat situasi pertama nie..

SITUASI 1 :

Suatu hari...ada seorang wanita bertanya kepada seorang ustaz dan meminta jalan penyelesaian yang terbaik untukknya,,,:D

Saya ada masalah tentang hubungan , saya menyukai seorang lelaki yang bernama ******** , saya mula menyukai dia semenjak dia menjadi imam dalam solat jemaah disuatu tempat , suara dia membaca ayat2 suci al-quran membuatkan saya jatuh cinta pada dia .

Dia juga mengajar al-quran pada saya . Saya simpan perasaan terhadap dia selama 3 bulan dan pada bulan 4 tadi , saya dan dia mula kenal, kami jarang berhubung sebab dia banyak menghabiskn masa dia di masjid dan surau sebab dia bilal dan kadangkala dia imam di surau . tetapi setelah saya menyuarakan yang saya mencintai dia , semenjak haritu dia jarang ke surau dan masjid , banyak habiskan masa dengn saya ,bile saya fikir balik , YA ALLAH , ape saya dah buat nie , saya rase bersalah sebab dia dah jarang ke surau kerana banyak habiskn masa dengn saya berbual kosong , saya bertanya pada dia , ape yg kite buat ni dah salah , kite dah lalai .

kami same2 akui , dia mengambil keputusan tinggalkan saya slame 3 bulan dan kemudian dia kembali semula , saya ingat dia sudah lupakan saya tetapi dia pula semakin berani suarakan tentang cinta dan sekarag kami pggil "abg syg" , dahulu tidak begitu , saya takot sangat ,saya kesiankan dia , dia baik orangnya . Saya tak nak rumitkan hal nie tapi jika saya dan dia putuskan hubungan nie , kami tak kan berhubung lagi , saya tak mahu kehilangan dia sebab saya fikirkan dia sesuai jadi imam buat saya dan anak2 saya , bagaimana saya nak lakukan ye ??

Hohooo..apa ye agak2 nya respon yang diberi....:DD

Bismillahirrahmanirrahim.....:)

Memang sudah jelas bahawa saudari adalah punca kepada ‘kekotoran jiwa’ lelaki itu. Kerana kehadiran saudari membuka pintu fitnah, iaitu dia semakin lalai dan jauh daripada Allah. Inilah yang sangat2 dikhuatiri dalam islam, apabila seorang lelaki terdedah kepada fitnah wanita. Maka pasti, syaitan akan segera mengheretnya ke dalam maksiat yang lebih besar.

Dari satu sudut yang lain, si lelaki juga silap kerana membiarkan dirinya hanyut dalam permainan cinta. Itu menunjukkan jati diri lelaki itu SANGAT LEMAH dan mudah ditewaskan dengan pukulan-pukulan cinta. Sedangkan godaannya tidak berat, tetapi hubungan perasaan itu membuatkan dia khayal dan lupa kepada Allah.

Maka, dalam hal ini kita perlu menyedari bahawa semua orang pernah melakukan dosa dan kesilapan. Semua orang termasuk ustaz pernah melakukan dosa dan kesilapan. Kita bukan manusia maksum. Sebaiknya kita segera bertaubat dan berikhtiar agar setiap dosa itu diampuni. Lalu kita menutup jalan maksiat itu seberapa segera.

Untuk menutup pintu dosa itu cuma dua. Sama ada bernikah terus. Maka hubungan itu sudah menjadi halal. Atau berhenti berhubung. Apabila hati sudah saling mencintai, maka sebaiknya terus berkahwin. Itulah yang terbaik. Jika masih terdapat halangan. Maka perlu diputuskan hubungan. Dan sepatutnya si lelaki perlu lebih kuat dalam situasi ini.

Namun, kerana saudari yang terlebih dahulu mengucapkan SAYANG dan meluahkan perasaan. Wajar juga saudari yang bertegas untuk memutuskan hubungan. Maksudnya, berhentilah berutus SMS dan berbual di talian. Kerana itu sebenarnya adalah dosa2 yang menghampiri zina. Suara wanita yang berbual mesra dengan nada yang lembut itu adalah dosa2 yang menyebabkan hati lelaki sangat terganggu. Malah ia mengotori jiwanya dan kesucian hatinya.

Ramai lelaki yang baik, menjadi rosak kerana tertipu dengan fitnah wanita. Ramai wanita yang baik, ditipu oleh lelaki yang liar. Namun, semuanya adalah permainan SYAITAN. Syaitan memang mahu melihat anak adam rosak dan terheret ke dalam neraka bersamanya. Oleh itu, istighfar dan hati2lah dengan tipudaya syaitan ini. Kerana yang rugi adalah kita juga...

Maka, cepat2nya bertaubat. Segera menjaga hati, zikir dan taubat. Segera berpuasa sunat dan menutup mata dari memandang aurat2 atau menonton filem2 percintaan. Kerana semua itu menggoda kepada maksiat. Kembalikan jati diri lelaki itu ke tempatnya. Mintalah dia melazimi masjid dan surau. Agar Allah menyegerakan kebaikan untuk anda berdua. InsyaAllah....

Saya sangat setuju dengan respon yang diberi oleh ustaz...Kita tak tahu jodoh kita dengan siapa...jadi..dengan menjalinkan perhubungan yang tidak halal itu..menjadikan penantian kita sangat sia-sia dan hanya mendatangkan dosa...Jodoh itu adalah ketetapan ALLAH S.W.T. Tiada siapa tahu siapakah jodohnya atau bilakah jodohnya akan datang dalam hidupnya. Sepanjang penantian ini, isilah kehidupan kita dengan perkara yang bermanfaat...^_^

Pada pendapat saya juga..tak perlu lah kita tergesa2 dalam meluahkan perasaan dan terlalu mengikut hawa nafsu...terdapat banyak cara dalam meluahkan perasaan... Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa- doa selepas solat dan dalam sujud. ALLAH itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji- NYA kerana kita adalah orang yang beriman... Tiada penawar terbaik untuk mengatasi kesedihan kecuali solat. Kerana ia menjadi doa dan itulah kekuatan dan merupakan jambatan yang menghubungkan permohonan kita dengan ALLAH S.W.T..:)

Mohon maaf jika silap bicara dalam coretan kali ini...berharap dengan coretan kali ini dapat kita perbaiki kelemahan dan bermuhasabah diri...:)..Segala ujian yang didatangkan kepada kita adalah untuk kita merenung kembali kesilapan-kesilapan yang kita lakukan...kerana kita manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan....Bersangka baiklah terhadap Allah..^_^

Nota Buat Musimah Yang Teristimewa
^_-_^
Wahai muslimah, jangan sampai dirimu jadi racun kepada lelaki yang baik....
Jangan sampai engkau DIPERALATKAN atau DIEKSPLOITASI oleh SYAITAN untuk meruntuhkan keimanan lelaki.....
Awasi dirimu, batasi suaramu, lindungi kecantikanmu daripada merobek dan merosakkan jatidiri lelaki. .....
Sesungguhnya sebesar-besar fitnah bagi lelaki adalah Wanita. Semoga anda menjadi penenang dan pendamai kepada suami apabila berkahwin nanti.......
Bukan menjadi duri dalam daging kepada lelaki sebelum berkahwin.......
p/s : Kadang kala ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.
         Kita menangis dan    tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar.
         Rupa-rupanya ALLAH   hendak hadiahkan kita pelangi....
         Bersangka baiklah pada Allah...Janji ALLAH itu Pasti..!!!!


~MAYRA HAYFA~
--- Ujian mengajar kita
     erti kehidupan sebenar---
  ^_^