Thursday, 29 November 2012

~ MaLaM ItU pAsTi TiBa~ !!!! ^_^


 
Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang
selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan? Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.

Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.

Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.

Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.."

Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni: Buku yang sedang dibaca)

     ~Menyiapkan Diri untuk bertemu denganNYA~
            Bersediakah aku...????? :(


  ~MAYRA HAYFA~
-setenang tenang hati
 ialah dengan mengingati mati-
    SUBAHANALLAH ^--^
    ALHAMDULILLAH...:)

Sunday, 18 November 2012

~JAnGAn SeSali TaKdIr~



Hurmmm...kita nak borak2 tentang apa ye..??
Update2 jugak...tapi kene la yang bermanfaat dan dapat up-date  pemikiran kan...:DD
Haa...yang lebih penting...supaya kita sentiasa muhasabah diri kan...^_^

Kadang2 Allah sengaja mencipta pertemuan,
supaya kita lebih MENGENAL erti persahabatan ..
Dan kadang2 Allah sengaja memisahkan kita dengan orang yang kita sayang,
supaya dengannya kita lebih MENGHARGAI nikmat sebuah perkenalan..

P/s: Jangan pernah sesali takdir Illahi..Jika Dia menarik sesuatu dari kita,percayalah..bahawa Dia berkenan untuk menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita..InsyaAllah

Dalam petemuan yang tidak disangka....Hati tertarik pada seseorang...Berharap agar “si dia” menjadi orang pertama dan yang terakhir..:) Jika diizinkan dan ditakdirkan oleh Allah...^_^...Allah merancang dan kita juga merancang...tapi Allah lah sebaik-baik perancang...jadi jangan sesali setiap apa yang Allah tetapkan buat kita..(dalam je maksud tuuu) heheee..

Dalam perkenalan itu tercipta ukuwah..
Semoga ukuwah kita berpanjangan dan sentiasa diredhi Allah....Jika kita ditakdirkan untuk berpisah...jangan sesekali kita merasa sesal...kerana, perancangan Allah itu besar bukan...supaya kita lebih menghargai nikmat sebuah persahabatan...:)


****************************************
Aku tak merasa kaLah daLam peNantian ini,
aku haNya merasa LeLah yaNg teraMat saNgat..
seteLah sekiaN Lama aku meNunggu meNanti Jawabnya..
aKu mungKin beLum kaLah,
tapI mungkin aku akaN keCewa..
perLahan tapI pasti,
Rasa keCewa ini muLai aku rasaKan..
daN aku tak akaN pernaH Lari dariMu waLau rasa Luka ini masiH aDa....

~ Jangan terlalu asyik dengan cinta manusia dan cinta manusia hingga kita resah jadinya. Fikir dan bersedialah untuk cinta Allah. Bercinta dengan Allah, insyaAllah, tenang saja hati kita, tiada resah dan gelisah!~




~MAYRA HAYFA~
-          Setiap pertemuan pasti ada perpisahan-
                     Itu yang pasti

~Nota kuku~
   -Sentiasalah bersangka baik dengan Allah
   Kerana perancangan Allah itu sangat indah-
        Dan Cinta Allah yang kekal Abadi......

Saturday, 10 November 2012

~BiCaRa cInTaKu~



Assalamualaikum buat sahabat-sahabat....
Semoga sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu....:)
Hehe..selalu je bercerita tentang ‘cinta’ kan...(tak de la bosan sangat kan) hehee...
Tapi...’bicara cintaku’ nie lain sikit...’sentap’ banyak nie...:DD
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri...
InsyaAllah....hati tenang...jiwa selamat....hehe..:P


Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?

Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)

JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan percintaan.. Jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yg ternoda..

Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..

Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..



~MAYRA HAYFA~
-Cinta Ilahi cinta yang hakiki-


-nota sikuku-
~~~: Ya  Allah, kami sering terjatuh dalam mengejar cinta MU...
Puas sudah kami berusaha, tetapi tidak ketemu, mengapa Ya Allah??
Mungkinkah disebabkan dosa-dosa kami yang menyebabkan terhijabnya hati kami
untuk merasa nikmatnya cintaMU?
Bantulah kami Ya Allah, kami tak mampu meneruskan hidup tanpa cintaMU...
Tariklah, cabutlah daripada hati kami dosa-dosa yang membelenggu diri kami ini sebelum
Engkau menarik nyawa kami~~~

                                                              Ighfir zunubana, Ya Allah.......


~AkU TeLaH DiSuNtinG~



ASSALAMUALAIKUM....^_^
Lame kott tak update blog....:)
fokus-fokus studyyyy!! (ye2 je kan)..hehee..:P
rinduuuuu nak update blogg...

Aku Telah Disunting...
Menjadi tajuk blog pilihanku...
Terasa diri semakin hampir disuntingJ
Dan.....
Muhasabah diri sentiasa menjadi pelengkap hidupku~~~
InsyaAllah...

Bila cakap pasal kahwin.. semua suka..
lagi-lagi kawin awal. sweetnyeee~~ ade lagi la yangg lebih sweet. ...
iaitu mati awal. ^_^
Sweet sangat..~~~

aku telah diSUNTING oleh MALAIKAT MAUT.
aku bakal berNIKAH dengan KEMATIAN.
lebih terharu,,,aku bakal berCERAI dengan DUNIA yang kukejar.
MAHARku adalah NAZAK dan SEPERSALINAN KAPAN PUTIH.
PELAMINku diwangikan dengan GAHARU CENDANA.
disaat itu aku akan diARAK dengan laungan AZAN.
berAKADkan TALKIN,berWALIkan LIANG LAHAD,berSAKSIkan NISAN.
pada MALAM PERTAMA,aku akan diserikan dengan persoalan MUNKAR DAN NANKIR.

itulah cerita pernikahan AKU dan KAMU.inilah PERNIKAHAN YANG PASTI.
hanya menunggu masa.adakah kita telah bersedia???

Rasa sedih menyelubungi diri apabila teringat akan umi , abi, dan adik beradikku serta sahabat2 yang sangat aku sayangi yang bakal aku tinggal kan..:(
Mungkin tidak terluah dengan kata-kata...tetapi..kalian sentiasa didalam doaku...
Hanya Allah saja yang tahu perasaanku...
Sedih yang teramat sangat...dan hanya kepadaNYA tempat aku mengadu dan bercerita...

Bukan nye tidak bersedia untuk disunting oleh  ‘seseorang’...
tapi hati nie rasa ditarik untung disunting olehNYA dahulu...
rase takut menyelubungi diri ...
kerana menyedari bahawa diri ini tidak layak lagi untuk mencapai syurgaMU...
apatah lagi diri ini yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...
Dan sentiasa memohon keampunan dan mencari keredhaanMU...

Diri ini sangat berharap bahawa  sentiasa dibawah perlindungan rahmat dan kasih sayangMU...
Semoga kita semua  tergolong dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.....:)
Buat keluargaku yang teramat aku sayangi.....
Diri ini sentiasa berdoa dan berharap agar kita semua akan berkumpul  bersama-sama
di syurga kelak... <3

Buat keluarga dan sahabat-sahabat..
Masih sempat lagi untuk kita muhasabah diri...Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat...Kasih sayang Allah itu besar kan...:)
Jika teringat kembali..kenalan-kenalan yang telah ‘disunting’ lebih awal dari kita..
Adakah mereka  sempat bertaubat???.telah kah mereka bersedia untuk pergi dulu..?..Nauzubillah....Semoga kita mengambil ikhtibar dari setiap apa yang berlaku...Bersyukur lah kita kepada Allah kerana
masih lagi bagi peluang kepada kita yang jahil nie dengan memanjangkan umur kita untuk terus melakukan lebih lagi amal ibadat dan terus menuntut ilmu...malah kita akan diberi ‘hadiah yang besar’ di akhirat kelak....InsyaAllah....^_^
Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman..
Dan dapat mengapai syurgaMU.....


        ~MAYRA HAYFA~
  -Dengan mengingati mati
InsyaAllah...Hati menjadi tenang-

       -Nota Kakikukakiku-
~Dunia hanyalah pentas pinjaman
         Akhirat yang kekal abadi~