~ MaLaM ItU pAsTi TiBa~ !!!! ^_^
Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam
kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan
untuk orang-orang
selain darimu?
Bukankah
telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan
keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan? Apakah Malam
Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan
Sengsara?"
Wahai anak
Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam
kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan
orang-orang bijak mengeluh.
Apa
tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang
amat berbeza.
"Suatu
hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun
menghilang darimu.
Bila engkau
berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu
dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini
kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan
sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan
sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta
minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di
dalam dunia yang kelam gelap-gelita,lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah.
Pada saat
kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya
amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya
semuanya telah berakhir.
Itukah yang
kita mahukan?
Pastinya
tidak bukan?
Oleh itu
beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama
Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya
mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa
Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya
keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya
Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh
terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat
99-100)
Kemudian ia
menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai
Rabi'.."
Dan
disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya
sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal
menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan
kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis
kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya
kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya
Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
Kematian itu
pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan
tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan
tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui
jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan
Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan
berjalan di daratan?
Wahai orang
tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah
bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang
harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam
pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam
pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi
malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik
dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni: Buku
yang sedang dibaca)
~Menyiapkan Diri untuk bertemu denganNYA~
Bersediakah aku...????? :(
~MAYRA HAYFA~
-setenang tenang hati
ialah dengan mengingati mati-
SUBAHANALLAH ^--^
ALHAMDULILLAH...:)
0 comments