Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon
diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati
mengenai jodoh yang menjadi misteriNYA.
Diatas Sajadah
malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia
Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah
mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku
bersimpuh pasrah
memohon
datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan
itu masih menggantung di langit
maka
turunkanlah
bila jawapan
itu masih terpendam di perut bumi
maka
keluarkanlah
bila jawapan
itu sulit ku raih
maka
mudahkanlah
bila jawapan
itu masih jauh
maka
dekatkanlah
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya
di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu
Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi
di dunia dan Akhirat
“Ya Allah, Tuhan
yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa
kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya
Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku
daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih,
memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak
mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika
masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik
disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga
dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah
agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang
terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya
Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki
jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutan-tuntutanMu yang
perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha
Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada
kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan
manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan
perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah,
temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah
bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan
Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam
menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan
Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan.
"Barang siapa MENUNJUKKAN pada KEBAIKAN ,
maka baginya PAHALA seperti orang yang MELAKUKANnya ."
(HR.Muslim)
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta
dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta
amat akrab dengan soal hati. Oleh
sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati
dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu,
jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah
anggota badan seperti lidah, tangan,
kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah
fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan
bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan
yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah
dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam mengambil sikap
berhati-hati menjaga hati, kita bukan
sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah,
jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina
daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan,
bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan
mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja
Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan
jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini
hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat
atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari
itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang
memelihara kesucian diri. Remaja yang
membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul
Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat
untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
Allah merasa takjub kepada pemuda yang
tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
~notanotapenarikhati~
Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka
percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak
dijangka...kita hanya merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya
Maha Hebat...walaupun kita tak tahu apa yang tertulis di hadapan..kita terpaksa
merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa
kemanisan dan kebahagiaan....kita terjatuh berulang-ulang kali..kecewa
berkali-kali...sedih menimpa-nimpa...tapi ingatlah itu semua diturunkan untuk
menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat...kadang-kadang kita rasa kita
dah hampir dengan kebahagiaan tu tapi tetiba je ia direntap
kembali...bersabarlah kerana kita tidak mengetahui perancangan Allah..kita tak
tahu masa depan kita...yakin dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun
itu bukan kehendak kita....:)
~MayRa HaYfA~
-istikhrah memohon
petunjuk drpd
Allah adalah jawapan
yang terbaik-