~ KeRuGiAn bAgI waNItA YaNg MenOLaK pErKahWiNAn~



 ASSALAMUALAIKUM....,,
Wink****
tak terlalu 'awal' kot nak post tentang nie...hehee.. ^-^
 untuk perkongsian bersama kita2...:)

Ukhti.. jika engkau masih Menanti...
Apabila datang kepadamu seorang lelaki untuk meminang dan engkau redha terhadap Agama dan Akhlaknya,maka terimalah.Bila engkau tidak menerimanya maka akan terjadi Fitnah dimuka Bumi dan akan Timbul kerusakan yang Merata dimuka Bumi "[Hr.Tarmidzi dan Ahmad]

Adakah ini yang Allah gariskan kerana Cinta kasih-Nya ??

~Ketika Seseorang Mempersulit apa Yang dimudahkan Oleh Allah,mereka Benar-benar mendapati Keadaan yang Sulit dan Nyaris tak menemukan jalan keluar~

Mereka yang menunda-nunda Pernikahan tanpa alasan Syar'i dan akhirnya mereka Takut melangkah disaat hati Merindukannya.
Ukhti Ingatlah Selalu,Rasulullah pernah Berpesan...
" Wahai Ali...Ada tiga Perkara Yang jangan Pernah engkau Menunda-nunda;Apabila sholat telah Tiba waktunya;Jenazah apabila siap Penguburannya;Perempuan apabila Telah datang laki-laki yang Sepadan Meminangnya."[Hr.Ahmad]

Sepertimana situasi pada masa kini , terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.Bila berkahwin,kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak...
(bukankah ‘membina masjid’ itu perkara yang disukai Allah) J

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maQam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:  "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin,ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maQam yang keempat.Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,berpuasa dan menjaga maruah,wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. ..:)

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. ..
(seperti mudah bukan mendapat ganjaran daripadaNYA) ^_^

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman,walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:  "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin.Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak.Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

~notanotaku~
Bersangka baik lah kita terhadap Allah...setiap perancangan Allah pasti ada  kesudahan yang baik..
Allah lah sebaik-baik perancang..Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..:)

~MAYRA HAYFA~
= Sesuatu perkara yang baik.
.tidak elok ditangguh-tangguhkan
       Apabila sampainya masa =

2 comments