Cerita nie
mengisarkan tentang seorang muallaf..tersentuh apabila mendapat tahu seorang
muallaf ..Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam
ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam??? YA
ALLAH..KAU ampunilah aku..sesungguhnya aku tak layak meraih syurgaMU..aku juga
tidak mahu ke lembah nerakaMU..Kuatkan lah aku dalam menempuh ujian dariMU...Amin..Semoga
Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai
Islam. ..:(
Ceritanya bermula ......
Aku punya seorang rakan baik dari zaman
kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke
peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar
keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu
kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti
berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku
jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala
subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan
seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan
‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan
ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang
persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah
berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia
melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau
telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di
pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat
terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now
Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui
hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya
lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang
itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa
sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan…
Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari
mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan
kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan,
dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang
melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis
kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat
keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?
Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku
diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you
mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku
ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada
aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang
Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas
paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim
terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik
dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam
hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab
tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim
yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn
melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana
sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris
Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak
ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak
banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan
dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau
fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop
orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.
Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan
berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang
dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini.
Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang
sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini
telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan
kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
~Pertanyaanbuatdiri~
Hmm adakah kita ini benar2 ikhlas dengan Islam kita ?
Bagaimanakah dakwah kita pada sahabat-sahabat kita. ?? Tepuk dada tanya iman.
~MayRa hAyFa~ <3
Aku bersyukur dilahirkan
dengan nikmat sebagai seorang islam!!
Tetapi...adakah aku
benar-benar layak mendapatkan cintaNya..??
Aku yang seringkali
lalai menunaikan kewajipanku kepadaMU..
Kadangkala lalai dan
alpa dengan nikmat keduniaan yang mewah dimataku..
Berdakwah dimataku
kadangkala tidakku rasakan penting..tidakku rasakan berdakwah itu
perlu...namun.., setelah hatiku dicuit olehNYA,,kelainan yang teramatku
rasakan..Semoga Allah sentiasa mengampuni hambaNYA yang hina dan dipenuhi dosa
ini..:(