PeRcAyA Vs yAkIn



Alhamdulillah..Allah memilih dan mengerakkan hati saya untuk pergi ke majlis ilmu..
Lame dah kot tak berpeluang pergi majlis ilmu..bersyukur sangat2..
Sebab tu kita tak boleh hidup dalam dunia sendiri..asyik bagi reason..sibuk la..banyak kelas la..penat la..! .kita kene ingat..Allah tu tak pernah merasa penat..bagikita macam2..tapi kita tak bersyukur kan.. .asyik sibuk dengan keduniaan,,alpa dan leka dengan akhirat kelak..semoga kita dijauhkan dengan sifat itu..Amin.. ~peringatan buat diri juga~

Sedikit yang saya nak kongsi dan saya tertarik dengan isu nye..hehe..percaya dan yakin..apa yang sebenarnya kita faham?? Ok..kalau bagi dalam situasi faham sikit kan..hee.. Kita seringkali cakap yang kita percaya dengan sesuatu tu..tapi adakah kita yakin?? Sebagai contoh..kalau kita percaya.. kalau kita istiqamah dalam solat.,baca al-quran.,puasa sunat kita dapat pahala..kita percaya tu kan..?? tapi adakah kita yakin??adakah kita buat semua tu.? Disebabkan kita hanya percaya tapi tak yakin kita tak lakukan semua tu kan..

Ok la..dalam situasi nie jugak..nampak sangat kita percaya..tapi kita langsung tak yakin..heehe.. "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"

Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!

Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"

Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya." Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.

"Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?"

Semua orang menjawab, "Mahu!"

"Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"

Senyap. Tiada sesiapa menjawab.

"Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?" tanya penembak itu lagi.

Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudahnya.

Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.

~notanotasuarahati~
Apakah perbezaan antara percaya dengan yakin? Cuba kita sama-sama fikirkan dan kaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Sang Pencipta. Adakah kita hanya percaya tetapi tidak yakin, ataukah kita percaya dan yakin? Jom kita selidik dimana diri kita sekarang...:) ..
Ramai orang apabila ditanya adakah mereka percaya Allah itu wujud, mereka akn berkata mereka percaya..tetapi adakah mereka betul2 yakin bahawa Allah itu wujud? jawapannya lihatlah pada amal perbuatan mereka..jika mereka yakin Allah itu wujud, mereka tidak akn melakukan apa yg telah dilarang oleh Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat..

Sekadar perkongsian..Maaf dan teguran dipinta kalau tersalah cakap ke kan..hehe..Semoga bermanfaat dan menyedarkan kita...sebab hidup kita tak panjang..Allah boleh ambik nyawa kita bila2 je..kalau kita tak ada kesedaran dari awal..amat rugilah kita ..nauzubillahminzalik...


               ~MayRa HaYfA~
****Hidup berlandaskan hukum Allah..
  Kepercayaan dan keyakinan sentiasa disisi
       InsyaAllah..ketenangan menanti J ****
 





2 comments