~UjiaN BuAtMu~ :)



Untuk diriku + dirimu = kita semua~:.

Assalamualaikum..
Rindu sangat nak update blog..tapi masa selalu cemburu...^_^
Dan...saya juga tak pandai nak kejar masa.,
sebab tu lah selalu tak cukup masa..hehe
eh3..sy bukan nak cerita tentang masa sebenarnya =-=
Haa..meh sini nak cerita sikit..hee

hoho!??? Sejak kebelakangan nie..selalu je rasa sakit2 and penat je..
Tak tahu la kenapa..kadang2 nak buat kerja pun malas..dulu tak macam tu pun..
Dah mula rasa lain..sebab sem lepas..lebih bersemangat n rajin je nak buat kerja..berbeza dengan sem nie..dan pernah saya cakap “kenapa sem nie aku rasa malas je ea”Alhamdulillah..sem lepas dpt score pointer..sem nie??? Tak tahu la..hope i get what i want J doakan ye..! terima kasih...hehe

Bila dah sakit...sakit dalaman ke luaran ke..sama je..cuma kadang2 tak nampak kan..hehe...kene muhasabah diri selalu tentang ujian yang diberi..kadang2 orang tanya..sakit apa??? Bkan nye tak nak jawab atau rahsia2,,tapiii,,tak nak bg kamu semua risau je,hope kamu2 faham yee,J..waktu tu macam2 ingat.. Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa..:(

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba… 


Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenal lah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta? Hehe..:) Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik. Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah.

Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”.. Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita..
Haa..ada jugak hikmah ziarah orang sakit..tapi kita bukan meminta untuk diziarah kan..Aturan Allh tu cantik sangat  Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang."  (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku), Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!” Ok la..sampai sini la dulu yee..Harap jika salah teguran dipinta..jangan segan2..:) Doakan saya cepat sembuh yee..nak sangat bersemangat belajar macam dulu..and i get what i want! Amin...^_^ ..istighfar dan berzikir selalu...InsyaAllah,,,hati tenang dan redha akan ujian yang diberi tanpa ada segelumit perasaan mengeluh atau marah2..<3

Maaf kan saya sahabat andai saya banyak menyakiti hati kalian..nak sangat jaga hati kalian tetapi.. kadangkala saya tidak berdaya..:( jangan juga disebabkan perkara yang remeh temeh menyebabkan hubungan kita renggang..mesti sebak kan jika tiba2 rakan kita menjauhi diri daripada kita,.teguran.,nasihat daripada kalian sangat saya perlukan untuk memperbaiki kelemahan saya..ok lahh..chill k..:0-)

~notanotahatiku~
"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"

~MaYrA hAyFa~
-Dunia tempat ‘bekerja’.,
Di Akhirat nanti kita berehat-

0 comments