~sEmOgA tErUS BerBaKtI~



Assalamualaikum... =-=

Alhamdulillah..masih diberi kekuatan untuk terus  menulis dan berkongsi ilmu walaupun sedikit kan..yang penting kena selalu istiqamah dan tak cepat putus asa... Saya juga tidak mahu menulis sesuatu yang sia sia, tanpa menyentuh hati pembaca mendekati ALLAH...:)

Teringat pula time dalam kuliah hari tu..lectr bagi kata2 semangat  suruh belajar elok2..jangan main2..sebab study 3 tahun nie bukan lame pun..tup..tup,,da habis..lectr cakap pulak tentang alam pekerjaan..’’kalau dapat pinter bagus..kerja pn ok..blh pergi kerja di Arab Saudi , luar negara’”..wahhh..(fikiran jauh dah melayang nie) hahaa :D  memang syok la dengar..heheee...ok la..terus terang cakap..dulu memang tak minat langsung nak jadi jururawat..sikit pun tak ‘terniat’ hahaa..tup2..sekarang..haaa..nie la jadi nye...hehee..

  

Alhamdulillah..sekarang dah nak masuk tahun ke3 study..tak sabar nak habis..InsyaAllah..bulan 6 2014 berakhir la perjuangan untuk mengenggam segulung diploma..:) ..dengan usaha dan doa sebagai peneman..semoga diri ini sentiasa bersabar dan istiqamah dalam hidup..Usahaku.,ibadatku semua kerana Allah..:) InsyaAllah..:) kadangkala terfikir jugak.. macam mana nak dapat kan kekuatan menjadi seorang jururawat muslimah yang ditarbiyah. Saya hanya mampu mengatakan, kekuatan datang dari ALLAH, tetapi jangan sekali kali putus asa.. Terus terusan berdoa dan mencuba untuk bersama insan insan yang soleh dan menyertai program program bermanfaat seperti usrah dan sebagainya...
Sebelum berkongsi, ingin sekali saya mengingatkan diri saya dan sahabat  yang berkaitan dengan kejururawatan, untuk mengimbau kembali bumi Madinah adalah bumi kelahiran jururawat pertama di dunia Islam.. Dalam pada itu, marilah kita bekerja dengan kefahaman bahawasanya Allah lah yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.

Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya...(kena sentiasa muhasabah diri kan) .. Teruskan usaha, jadikan pekerjaan sebagai jururawat sebagai kerja dakwah, kerana kita paling dekat dengan masyarakat. Bersama mereka tatkala saat sedih dan gembira...Mungkin disebabkan pekerjaan ini tak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan...jom kita tukar perspektif kita..cuba kita lihat pada sudut Agama ..tentu ia lagi mudah kan..=-=
Mungkin ramai yang masih tidak mengenali atau tidak pernah sama sekali mendengar nama nie kan..
Srikandi ini banyak menyumbang jasa baktinya di zaman Rasullah S.A.W.  Kepakaran beliau dalam bidang kejururawatan yang diwarisi daripada ayahnya memang tidak boleh disangkal. Beliau banyak menyertai peperangan dimana  tugasnya adalah sebagai jururawat dalam peperangan tersebut.

~`~ 

Dilahirkan di Yathrib, Madinah, Rufaidah Binti Sa’ad merupakan seorang jururawat pertama dalam dunia Islam dan perubatan. Ramai yang menyangka bahawa Florence Nightingle merupakan jururawat pertama dalam dunia perubatan. Namun demikian, Rufaidah Binti Sa’ad terlebih dahulu mempamerkan kemahiran dan kesungguhannya dalam bidang ini. Buktinya, beliau melibatkan diri dalam peperangan seperti Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar. Kebanyakan tentera Islam yang cedera dan luka dalam peperangan tersebut, Rasullah S.A.W sendiri meminta Rufaidah untuk merawat sehingga sembuh...

Dalam perang Khandaq, Rufaidah menyerlahkan kepakarannya dalam bidang ini dengan merawat panglima Sa’ad bin Mu’adz yang tercedera. Rufaidah sendiri yang mencabut anak panah yang terkena pada lengan panglima tentera tersebut. Manakala, ketika Islam mula meluaskan empayarnya di Madinah, Rufaidah tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan. Beliau sanggup mengabdikan dirinya untuk membantu dalam memberi rawatan kepada umat Islam di Madinah dengan membina khemah-khemah perubatan di luar Masjid Nabawi.

Dengan memiliki kemahiran dan kepakaran yang sangat hebat dalam bidang kejururawatan, mana mungkin Rufaidah tidak memiliki sifat-sifat peribadi yang unggul dalam pandangan sejarah Islam. Beliau dikatakan sangat prihatin dengan masalah masyarakat dan sanggup turun padang demi menyelesaikan masalah tersebut. Beliau bukan sahaja merawat pesakit malahan beliau banyak membantu pesakit dari sudut kebajikan dan tanggungjawab sosial. Antara sifat yang sangat dikagumi , beliau merupakan seorang pengurus dan ketua yang sangat berdedikasi yang mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik. Beliau juga berkongsi ilmu dengan jururawat-jururawat yang bekerja bersama-sama dengannya  seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind.

Sempena dengan Hari Jururawat sedunia yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun, Rufaidah Binti Sa’ad  adalah tokoh sahabiah yang selayaknya diraikan, bukan Florence Nightingale yang selalu digembar-gemburkan  - oleh media Barat – sebagai perintis ilmu kejururawatan. Sumbangan yang tidak terkira penat lelahnya, dihulurkan untuk kesejahteraan umat Islam ketika itu. Walaupun hanya dengan merawat tentera Islam dalam peperangan, tetapi sumbangan itu amat bermakna sekali untuk pembinaan tamadun. Oleh itu, mari kita sama-sama fikirkan, apakah sumbangan daripada tulang empat kerat kita untuk pembinaan tamadun Islam yang gemilang??? Terus berfikir~~~~


~notaluahandarilubukhati~
Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"



     MaYrA HaYfA
~Meneladani Sejarah,
Menggenggam Tarbiyah,
Menuju Kebangkitan Ummah~
         InsyaAllah..:)
 


0 comments