Friday, 31 May 2013

cita-cita untuk suka-suka??? :)




Assalamualaikum..:)

Huuuiiiii~~ sekarang sangat dalam dilema..hohoo..

Cakap pasal cita2 memang takkan habis..dari kecil lagi dah banyak cita2..salah satu cara membangkitkan semangat untuk belajar..nak capai cita2 kan...huhuu..
Ok la..dipendekkan cerita..lepas spm..ada apply SPA8..tak nak la cerita apply kos apa kan..hee..(malu~~) :p nak tunggu spa8 tu kan lambat!! Dan la masuk KIST dulu..dekat setahun jugak..dapat temuduga SPA8..kos nursing!(ok..tak minat kos tu..tapi apply jugak) ntah la kenapa..dalam 2 tahun tu..ada 3 kali dapat panggilan interview...tapi sebab dah masuk tahun ke2..tak pergi la interview uh..lagi pun agak bz di kolej!~

Huh..dah masuk tahun ke 3...baru2 nie..haa...dapat pulak interview polis!!kena tunggu 5 tahun kot pengambilan untuk wanita dibuka.. Dari dulu kot minat..ntah la kenapa.atok dulu polis...mewarisi cita2 atok dulu kot..mungkin~~ hahaa..:p Ehemm..ble kwn2 dapat tau yg i nie minat n ada apply polis..dyeorang gelak je! Dyeorang ingt i main2 kott..haha..bak kata mereka..i nie nampak lembut..tak sesuai langsung! Huhh,,(hilang jap perasaan mse tu) hahaha

Tapi da rasa sayang kott nak tinggal kos nursing..lagipun dah tahun last! Tapi keinginan nak pergi interview untuk ujian fizikal tu membuak-buak..hahaha..minat kot lasak2..kalau betol2 nak pergi interview uh untuk cari pengalaman..persediaan fizikal dan mental kena mantopp la!~ dengar2 nye..ujian yang biasa dibuat..kena lari tanpa henti selama 45minit..huh! (yang tu kne pk semula) hahaa..test suara..kawad..hurmm..yg nie xbpe minat sangat! We are women right!! Huh~~Kawan2 ramai jugak nasihat..'takpayah pergi' look not suitable with you! ok..i know what u means~~ :D

Hehe..Alahamdulillah...dengan tenang nye..saya dah decide!Degree nanti..mungkinnn??~~ haha...Dah tau apa nak buat sekarang..heee..InsyaAllah..Allah dah atur dan semua perancangan Allah tu teramat la cantik..:) Cuma kita yang kerdil nie je selalu je rasa tak pernah cukup kan..jarang kita rasa bersyukur..huhuu..UPDATE DIRI..UPDATE NIAT~~ ^_^
Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)
Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


 ok..itu jee!!! 

~notanotabulan~
Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah menaruh sangkaan baik kepada Allah s.w.t. kerana Dialah Tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hamba-Nya.
Sudah tentu ada hikmah yang tidak diketahui oleh manusia di sebalik setiap kejadian.

       ~MaYrA HaYfA~
Seorang manusia yang kerdil dan
lemah yang masih diperjalanan
mencari REDHA dan RAHMAT dari Allah

Monday, 13 May 2013

~sTuDy???.........~



Alhamdulillah...done study for today!! Bersyukur sangat..Allah bagi sedikit kekuatan untuk study walaupun tak berapa sihat..kene kuatkan diri jugak..tak boleh nak manjakan diri sangat..sakit sikit dah tunjuk lembik..asyik nak tidur je...haha.:P (talk to myself)

Tadi buat revision  sikit untuk final exam nanti...study tentang saraf2..saraf tulang belakang (spinal cord) n ada la tajuk2 lain..ingatan tak berapa nak ‘on’ sangat malam nie..hehee.. seronok study tajuk nie..banyak kita boleh tau.semua berkaitan dengan diri sendiri...contoh nye setiap funtion saraf  tulang belakang kita...kalau berlaku kecederaan kat  spinal cord ..boleh jadi lumpuh (paralys)..banyak kott kalau nak cerita..sampai esok pun tak habis..hehee..(nak tau boleh search mr.GOOGLE) =-=


study2 !!! 
memang ske conteng buku..
tulisan mcm ap je..xpe
janji faham =_=


perlukan banyak kesabaran 
dalam menuntut ilmu..
don't too stress..
take it easy..
just cool~ :)


Ok la..saya nak selitkan sedikit pengisian..Pernah tak kita terfikir..kita nie study sebab apa ye..?sebab nak menunjuk-nunjuk ke? Nak bangga diri? Nak tunjuk pandai? Tunjuk bagus? Haa..jom kitaa muhasabah diri semula..renew semula niat kita..tak salah kita nak perbetulkan..masih tak terlambat kan..Sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..:)
Jom renew niat!! Kita menuntut ilmu nie supaya kita boleh menyampaikan kepada orang lain..yang paling penting untuk mendapatkan keredhaan Allah..Ingatlah..Allah lebih suka kepada orang yang menuntut ilmu..berbanding ahli ibadah yang melakukan ibadat sepanjang masa tanpa melakukan kerja lain..

                      mengaji Quran pulang belajar,                  
anak remaja menuntut ilmu,
tetapkan haluan usah tersasa,r
arahkan kepada niat yang satu.

~notanotadimalamhari~
Bagaimana ingin belajar kerana Allah?
· Niat IKHLAS kerana Allah
“ seseungguhnya solatku,
ibadahku, hidup dan matiku
hanyalah kerana Allah s.w.t.

~MaYrA HaYfA~
Siapa Kita Pada
Pandangan Kita'
       ??????

Saturday, 11 May 2013

~AmAlAn MeNCaNtIkKAn HaTi~ :)



Assalamualaikum...:)

Kecantikan melambangkan keperibadian..~~Nak bercerita tentang cantik...mesti semua orang nak dan sangat nampak cantik kan??..tapi sayang nye..lebih ramai yang mementingkan kecantikan luaran sahaja....ingatlah sahabat2..cantik luaran tu tak akan kekal..marilah kita muhasabah diri..bukan kah cantik luar dan dalam tu lebih menampakkan kecantikan peribadi kamu..:)  percaya tak..kecantikan pada luaran kadangkala menbuatkan peribadi kamu nampak  ‘terjejas’..bila kita fikir semula kan..kecantikan luaran tu membuatkan kita penuh sifat mazmumah,,,riak..bangga dengan diri sendiri cantik..kagum dengan pujian orang lain...nauzubillah...
Ok la..intipati nye kan...bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan..kerana Allah yang Maha Lebih Mengetahui..walaupun kita tak nampak cantik dimata manusia..tapi cukup dan bersyukurlah kita kerana  sentiasa nampak cantik dimata Allah..jom kita praktikkan amalan mencantikkan hati ..sentiasa update diri.. baru Allah sayang~~~
Perkongsian amalan mencantikkan hati khas buat diri dan kalian...semoga kita sentiasa istiqamah..dan sentiasa dibawah mardhatillahNYA...semoga bermanfaat..^_^

~Solat~
Solat adalah tiang agama dan kunci segala kebaikkan. Ia wajib dilakukan dan dipelajari. Dengan melakukan solat, kita akan lebih terasa dekat dengan Allah. InsyaAllah...

~Membaca Al-Quran~
Al-Quran adalah kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk menjadi panduan dan ikutan seluruh umat Islam.
Kalau kita rajin membacanya dan menjadikan ia sebagai teman sejati, InsyaAllah...kita dapat menghindarkan kita dari perasaan gelisah, sakit  malah dari pelbagai masalah..Hati pun tenang..:)

~Berdoa ~
 Selalulah berdoa kepada Allah swt. Mohon kepada Allah supaya kita dikurniakan sifat-sifat yang baik dan menjauhkan kita dari segala kemungkaran yang mampu merosakkan dan mengotorkan hati...
  
~Taat Kepada Ibu Bapa ~
  Kita juga harus sentiasa mendengar dan taat kepada ibu bapa, selagi ianya tidak bertentangan dengan agama kita wajib menurutinya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana ia amat dimurkai Allah swt.
  
~ Ikhlas~
 Ini lagi satu, untuk mendapat hati yang cantik, kita harus bersikap ikhlas dalam setiap perbuatan. Jangan melakukan semata-mata kerana ganjaran atau pujian. Klau tidak semua itu hanyalah sia-sia belaka dan tidak mendapat ganjaran dan pahala dari Allah swt...

~Tidak Berdendam~
  Sifat ini yang patut kita jauhi. Dendam ini akan membuatkan hati kita gelap dan mudah dihasut syaitan. Apa yang kita perlu lakukan bersabar dengan apa yan terjadi dan terima dengan hari yang terbuka. Dengan itu kita akan kelihatan lebih tenang, cantik dan dihormati. Boleh kita lakukan? InsyaAllah.. ..pasti ada hikmah dengan apa yang terjadi..

~ Elakkan Mengumpat ~
 Orang cakap, kerana mulut badan binasakan? Berhati-hatilah bila bercakap, keran tersilap cakap ia akan menjadi fitnah. Ianya juga boleh mengeruhkan hubungan kita antara sesama. Kalau kita nak tegur seseorang , gunalah cara berhemah, seperti lemah lembut agar tidak menyinggung hati orang tu..

~ Pemaaf~
 Walaupun sukar, kita harus belajar menjadi pemaaf. Sesungguhnya kemaafan yan diberi mampu mencuci hati, membersihkan wajah dan diberi kemuliaan oleh Allah swt...InsyaAlllah..

Ok la...banyak kesan positif yang akan kita dapat daripada amalam mencantikikan hati tu...ha..nak tau tak?? Hehee =-=

<3<3 lebih dekat dengan Allah
<3<3 disenangi dan disukai orang
<3<3 mendapat lebih ketenangan
<3<3 dimurahkan rezeki
<3<3 mempunyai ramai kawan
<3<3 sentiasa ceria dan gembira


~Notanotaperjuangan~
untuk berubah ke arah yang lebih baik bukanlah perkara yang mudah.
Ia menuntut kesabaran, kecekalan dan istiqamah dalam diri ...
~kawal diri Didik hati ~
^_^
 

  ~mAyRa HyfA~
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras
         dan harta kamu tetapi
DIA melihat hati dan amalan kamu...