~AmAlAn MeNCaNtIkKAn HaTi~ :)



Assalamualaikum...:)

Kecantikan melambangkan keperibadian..~~Nak bercerita tentang cantik...mesti semua orang nak dan sangat nampak cantik kan??..tapi sayang nye..lebih ramai yang mementingkan kecantikan luaran sahaja....ingatlah sahabat2..cantik luaran tu tak akan kekal..marilah kita muhasabah diri..bukan kah cantik luar dan dalam tu lebih menampakkan kecantikan peribadi kamu..:)  percaya tak..kecantikan pada luaran kadangkala menbuatkan peribadi kamu nampak  ‘terjejas’..bila kita fikir semula kan..kecantikan luaran tu membuatkan kita penuh sifat mazmumah,,,riak..bangga dengan diri sendiri cantik..kagum dengan pujian orang lain...nauzubillah...
Ok la..intipati nye kan...bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan..kerana Allah yang Maha Lebih Mengetahui..walaupun kita tak nampak cantik dimata manusia..tapi cukup dan bersyukurlah kita kerana  sentiasa nampak cantik dimata Allah..jom kita praktikkan amalan mencantikkan hati ..sentiasa update diri.. baru Allah sayang~~~
Perkongsian amalan mencantikkan hati khas buat diri dan kalian...semoga kita sentiasa istiqamah..dan sentiasa dibawah mardhatillahNYA...semoga bermanfaat..^_^

~Solat~
Solat adalah tiang agama dan kunci segala kebaikkan. Ia wajib dilakukan dan dipelajari. Dengan melakukan solat, kita akan lebih terasa dekat dengan Allah. InsyaAllah...

~Membaca Al-Quran~
Al-Quran adalah kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk menjadi panduan dan ikutan seluruh umat Islam.
Kalau kita rajin membacanya dan menjadikan ia sebagai teman sejati, InsyaAllah...kita dapat menghindarkan kita dari perasaan gelisah, sakit  malah dari pelbagai masalah..Hati pun tenang..:)

~Berdoa ~
 Selalulah berdoa kepada Allah swt. Mohon kepada Allah supaya kita dikurniakan sifat-sifat yang baik dan menjauhkan kita dari segala kemungkaran yang mampu merosakkan dan mengotorkan hati...
  
~Taat Kepada Ibu Bapa ~
  Kita juga harus sentiasa mendengar dan taat kepada ibu bapa, selagi ianya tidak bertentangan dengan agama kita wajib menurutinya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana ia amat dimurkai Allah swt.
  
~ Ikhlas~
 Ini lagi satu, untuk mendapat hati yang cantik, kita harus bersikap ikhlas dalam setiap perbuatan. Jangan melakukan semata-mata kerana ganjaran atau pujian. Klau tidak semua itu hanyalah sia-sia belaka dan tidak mendapat ganjaran dan pahala dari Allah swt...

~Tidak Berdendam~
  Sifat ini yang patut kita jauhi. Dendam ini akan membuatkan hati kita gelap dan mudah dihasut syaitan. Apa yang kita perlu lakukan bersabar dengan apa yan terjadi dan terima dengan hari yang terbuka. Dengan itu kita akan kelihatan lebih tenang, cantik dan dihormati. Boleh kita lakukan? InsyaAllah.. ..pasti ada hikmah dengan apa yang terjadi..

~ Elakkan Mengumpat ~
 Orang cakap, kerana mulut badan binasakan? Berhati-hatilah bila bercakap, keran tersilap cakap ia akan menjadi fitnah. Ianya juga boleh mengeruhkan hubungan kita antara sesama. Kalau kita nak tegur seseorang , gunalah cara berhemah, seperti lemah lembut agar tidak menyinggung hati orang tu..

~ Pemaaf~
 Walaupun sukar, kita harus belajar menjadi pemaaf. Sesungguhnya kemaafan yan diberi mampu mencuci hati, membersihkan wajah dan diberi kemuliaan oleh Allah swt...InsyaAlllah..

Ok la...banyak kesan positif yang akan kita dapat daripada amalam mencantikikan hati tu...ha..nak tau tak?? Hehee =-=

<3<3 lebih dekat dengan Allah
<3<3 disenangi dan disukai orang
<3<3 mendapat lebih ketenangan
<3<3 dimurahkan rezeki
<3<3 mempunyai ramai kawan
<3<3 sentiasa ceria dan gembira


~Notanotaperjuangan~
untuk berubah ke arah yang lebih baik bukanlah perkara yang mudah.
Ia menuntut kesabaran, kecekalan dan istiqamah dalam diri ...
~kawal diri Didik hati ~
^_^
 

  ~mAyRa HyfA~
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras
         dan harta kamu tetapi
DIA melihat hati dan amalan kamu...
 



0 comments