~KeNaNgAn TeRinDaH dAlAm HiDuP~
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah... Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, dipinjamkan nyawa
diberi kesempatan untuk terus mengejar redha Allah ,untuk memohon keampunan
Allah
untuk menegakkan Islam tercinta. Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda...=)
Rasa macam dah lame je xupdate blog..Alhamdulillah..hari nie
berkesempatan alang2 cuti kan...niatnye
buka laptop nk buat assigment, aihhh..mengantok sangat. Bila buka blog je..haa
segar buga mata nie haha ;p ok la..dah seminggu pulang dari mengerjakan
umrah..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik je..Cuma tak berapa sihat,
mungkin perbezaan faktor cuaca.
~Pengalaman Mematangkan Diri~
Pengalaman kat sana, membuatkan diri sentiasa bermuhasabah, lagi2 dugaan
pergi bulan puasa (mmg dah lama impikan nk pergi bulan puasa hehe)
@AlhamdulillahAllah Memperkenankan .Orang yang pernah pergi kesana je yang
dapat gambarkan perasaan betapa seronoknya!!! Seriusly rasa macam tak nak balik
haha :D
Memang banyak dugaan pergi bulan puasa.tapi tak patah risau la..berdoa
je kat sana iNSYAaLLAH Allah pasti perkenankan..semua rasa mudah je =) .Siang
kat sana panjang daripada malam..cuaca agak panas suhu dlm 49-50`C ..Semua pengalaman
dan kenangan tak habis kalau nak cerita semua kat sini hikhikk =_+
Berdoalah kerana janji Allah itu pasti..YAKIN!! =)
Allah berfirman (maksudnya):
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah
al-Mu’min, 40: 60)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)
Ya Allah aku manusia fakir dan tidak
berilmu
Banyak dosa2ku ya allah.
Ya allah aku takut ya Allah bantulah aku ya Allah..
Aku ingin menunaikan ibadat umrah semata-mata
Keranamu ya Allah...
Di madinah..masjid nabawi..=)
berbuka kat sana xpayah beli makanan..
masuk je pintu masjid, orang2 kat situ
berebut nak bagi makanan
semoga murah rezeki mereka=)
bersama mutawwif, dan family~
Jalan2 pergi beli kurma, jabal rahmah =)
seronok jalan2 time puasa..balik tu zzzZZZ :p
Alhamdulillah..dah kat makkah =_+
Teman sebilik..rindunye!!~~~
~pengirimnotahati~
semoga diri ini
terus istiQamah dalam usaha mencari kebaikn ~ mncari redha Ilahi.
“Muhasabah diri
itu penting bagi menilai kesilapan kita. Jika kita berasakan diri ini teruk
dilanda masalah, kita perlu fikir masih terdapat individu lain yang lebih hebat
diuji Allah,”
*** Ya Allah terimalah kami sebagai tetamu yang
istimewa..... Tetamu yang mendapat pelindungan dan rahmatmu... Dalam kembara
Suci kami menuju pada kerinduan hakiki
Geram~ <0>
COMELL!! nyee budak neyy..
nak je bawak lari balik Malaysia~~
:P
Yang baik datangnya dari Allah, yang kekurangan itu datangnya
dari diri saya sendiri =_+
dari diri saya sendiri =_+
p/s= ok..akhir nye nie gmbr terpilih untuk dipost! gambar hak kepunyaan sendiri..samasekali tak boleh dicopy paste tanpa izin!!harap maklum =)
~MaYrA HaYfA~
PESAN PADA HATI,
BILA SUDAH MEMILIH
UNTUK
BERUBAH,
JANGAN PERNAH REBAH"
=)
0 comments