Friday, 16 August 2013

~JoM pUaSa 6 syAWal~



 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puasa 6 syawal!!! Sudah memanggil2..dah2 la beraya nye..jom..kita puasa 6 dulu lepas tu nak sambung raya boleh go on =) (kalau yang ada puasa ganti tu, boleh la nak ganti dulu hihii) ehh..jap2..mesti ramai yang tertanya-tanya dan bersependapat yang puasa ganti tu boleh digabungkan dengan puasa sunat 6 syawal kan..lama dah sebenarnye dengar orang ramai berbahas tentang hal nie..ok la..secara ringkasnya, bila kita fikir2 semula secara logiknye kan, boleh tak kita niatkan sekali niat solat sunat dengan niat solat yang wajib, contoh nye niat solat sunat hajat kita gabungkan dengan niat solat fardu zohor..cuba try gabungkan niat tu hmmm *take time and think about it* kita sebenarnya tak boleh gabungkan puasa ganti dan puasa sunat..sebab puasa ganti tu wajib, and puasa 6 syawal adalah puasa sunat..

Ok la..jom kita abaikan dulu beraya..sekejap jee tak lama, jangan kita terlalu taksub mengejar kesenangan didunia, kerana Allah telah menjanjikan sesuatu yang pasti buat mereka yang mengejar akhirat =) puasa 6 kita boleh buat direct tapi kalau tak mampu selang-seli pun boleh, islam itu memudahkan. Tapi kalau dilakukan secara berturutan lebih afdhal  ^_^  Nabi saw. bersabda, "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

Memang tak dapat nak dinafikan lagi la, selagi tak habis sebulan ‘beraya’ pastinya selalu menerima jemputan rumah terbuka kan2..:P  Apa salahnya, kita korbankan sekejap je pun,Allah nak bagi ganjaran (hadiah) tak kan kita nak tolak kan..untuk kesenangan kita juga nanti (diakhirat) jangan disebabkan puasa sunat 6 kita menolak jemputan..berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma ,beliau tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.


مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Bila kita fikir2 semula, apa2 yang kita lakukan semua nya berhikmah, sama jugak dengan puasa 6. Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan...=)

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

**InsyaAllah.,minggu depan start puasa 6, minggu nie hmm..hmm.. mungkin Allah tak izinkan lagi..hehee :p  jom la join sekali =) ** abaikan la sekejap nafsu makan tu  T_T
Mohon maaf ada salah silap,
selamat berpuasa!! =)
 
=UPDATE DIRI, CHECK HATI, IKHLASKAN NIAT=

  ~MaYrA hAyFa~
  HambaMU datang
 mengejar RedhaMU
         YA ALLAH



Wednesday, 14 August 2013

~HaNyA cAtAtAn BiaSa~



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين
, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya tidaklah sehebat dalam beragama. Tetapi alhamdulillah Allah masih beri peluang untukku menilai dan mengambil iktibar dari semua perjalanan hidup yang ku tempuh.. Bilamana  dewasa mengunjung.,maka mengenal lah erti cinta kan..opssss~~ =_=   Tapi yang silapnya cinta itu terlalu taksub kepada manusia bukan kepada penciptaNya...:( ( tibe2 guna ayat sastera haha)
Tipu la..kalau tak pernah jatuh ‘hati’ ..korang pun sama kan..hehee  Rasa cinta memang fitrah, tapi keadaan lah yang merubah fitrah itu... menjadi sebuah fitnah
Ok..Bukan nye malu untuk bercerita tentang pengalaman sendiri...tapi bila fikir2 semula..saya juga tak nak orang lain bermain dengan perasaan dan mengelakkan benda2 yang tidak diingini berlaku..saya ambil keputusan untuk tidak bercerita disini...biarlah  tersimpan (telah kukuburkan di ******* hahaa..(ntah pape je)!

Ohhh,,,,saya pun tak tahu bila rasa nie muncul.Rasa apa?? #ntah =p .mungkin Allah ‘menyentuh’ hati saya supaya sentiasa bermuhasabah diri..banyak yang perlu dikorbankan..yang paling penting..hati mestilah bersih!~ ‘’cinta yang tak halal’’ selalu bermain dibenakku~~ ingin saja berterus terang tapi kurasa sangat lemah L  semoga Allah memberiku kekuatan...^0^ Jika dirinya bukan untukku, Redhakanlah hatiku dgn ketentuanMu
Melupakan orang yang pernah di cintai memang bukan perkara mudah, betol kan..kadang2 ada yang samapai menangis..meraung2..sampai jadi gila pun ada...hanya disebabkan cinta?? Seorang lelaki?? Ohhh...tapi saya tidak! Allah sentiasa bersama denganku~~ =) @Alhamdulillah

~IlMUtAuTaNhaTi~
♥♥Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda; “Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.
-      Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”
-      Beliau bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”.
-      Allah berfirman, ertinya, “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS/Qur'an Surat Az-Zukhruf : 67)

p/s : berharap agar si dia tidak mudah/pernah mengungkapkan perkataan ‘syg’ selagi diri ini belum halal untuknya..kerana Hadirmu adalah anugerah terindah buatku. =_+ (oke jiwang!~~ hahaa

~ungkapanyangterbuku~
Tujuanku berterus terang bukan untuk menyakiti..tetapi untuk kebaikan kita bersama..aku memerlukan cinta yang halal begitu juga dirimu..tetapi cara yang kita pilih terpesong jauh..tidak seperti yang diharapkan..berterus terang begini bukan bermakna aku tidak suka tapi indah bukan jika memiliki dengan cara yang halal..walaupun kita memilih dengan jarang berhubung demi menjaga hubungan..wali kan ada..manfaatkan kedua ibubapa ketika mereka masih ada..wali akan terasa dihormati.aku juga turut rasa dihormati...itu yangku mahukan..~~~ ( tak habis lagi kalau nak tulis ikutkan perasaan nie haha opssss~~)

FORGIVE & FORGET =) REDHA ALLAH BERSAMA KITA



       ~MaYrA HaYfA~
    Mencintai itu satu jihad!
        Jihad itu perlu..
  tinggalkan yang haram..
   kejarlah yang Halal..:)