~JoM pUaSa 6 syAWal~



 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puasa 6 syawal!!! Sudah memanggil2..dah2 la beraya nye..jom..kita puasa 6 dulu lepas tu nak sambung raya boleh go on =) (kalau yang ada puasa ganti tu, boleh la nak ganti dulu hihii) ehh..jap2..mesti ramai yang tertanya-tanya dan bersependapat yang puasa ganti tu boleh digabungkan dengan puasa sunat 6 syawal kan..lama dah sebenarnye dengar orang ramai berbahas tentang hal nie..ok la..secara ringkasnya, bila kita fikir2 semula secara logiknye kan, boleh tak kita niatkan sekali niat solat sunat dengan niat solat yang wajib, contoh nye niat solat sunat hajat kita gabungkan dengan niat solat fardu zohor..cuba try gabungkan niat tu hmmm *take time and think about it* kita sebenarnya tak boleh gabungkan puasa ganti dan puasa sunat..sebab puasa ganti tu wajib, and puasa 6 syawal adalah puasa sunat..

Ok la..jom kita abaikan dulu beraya..sekejap jee tak lama, jangan kita terlalu taksub mengejar kesenangan didunia, kerana Allah telah menjanjikan sesuatu yang pasti buat mereka yang mengejar akhirat =) puasa 6 kita boleh buat direct tapi kalau tak mampu selang-seli pun boleh, islam itu memudahkan. Tapi kalau dilakukan secara berturutan lebih afdhal  ^_^  Nabi saw. bersabda, "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

Memang tak dapat nak dinafikan lagi la, selagi tak habis sebulan ‘beraya’ pastinya selalu menerima jemputan rumah terbuka kan2..:P  Apa salahnya, kita korbankan sekejap je pun,Allah nak bagi ganjaran (hadiah) tak kan kita nak tolak kan..untuk kesenangan kita juga nanti (diakhirat) jangan disebabkan puasa sunat 6 kita menolak jemputan..berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma ,beliau tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.


مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Bila kita fikir2 semula, apa2 yang kita lakukan semua nya berhikmah, sama jugak dengan puasa 6. Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan...=)

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

**InsyaAllah.,minggu depan start puasa 6, minggu nie hmm..hmm.. mungkin Allah tak izinkan lagi..hehee :p  jom la join sekali =) ** abaikan la sekejap nafsu makan tu  T_T
Mohon maaf ada salah silap,
selamat berpuasa!! =)
 
=UPDATE DIRI, CHECK HATI, IKHLASKAN NIAT=

  ~MaYrA hAyFa~
  HambaMU datang
 mengejar RedhaMU
         YA ALLAH



0 comments