Monday, 30 September 2013

Sunday, 29 September 2013

~JoM bErsAnGKa BaIk~



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

OK!! serius mengantok...dah nak dekat pukul 4 ptg, memang tak la kalau nak tidur kan.Dah petang sangat.. Balik tadi rehat jap and terus mandi, basuh baju n solat..haaa,,last2 laptop la jadi peneman! puas2 on9 akhir nye buka blog! terasa nak kongsi sesuatu je..

Jom biasakan diri kita supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain. that's mean kita bersangka baik sesuai dengan situasi dan berhati-hati..Tak logik jugak kan kalau kita sentiasa fikir positif  walaupun tahu ada orang berniat jahat dengan kita..itu penting nya kita berfikir dulu sebelum buat apa2 kan..Minta Allah selalu lindungi kita daripada benda2 yang tak baik =) 

Bersangka baik nie lebih kepada menjaga hati la... kita pun tahu kan, segala apa yang kita buat semua bermula dengan niat, baik niat kita baiklah perbuatan kita.. (tak gitu???) hehe..ok la..nie ada sikit nak kongsi! Tak rugi pun curi masa sikit..nak kongsi2 benda baik kan =)


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hati)

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hati)

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hati)

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hati)

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

muhasabah diri kita semula!!
Agak-agak apa yang korang fahamkan? bila kita bersangka buruk automatik kita akan cuba mengintip cuba mencari kesalahan orang tu, dah jumpa kesalahan orang tu yang kita sendiri pun tak tahu betul ke tak kita akan mula menyebarkan dari seorang kepada dua orang, disitu kita dah dapat DOSA FREE + kesalahan yang kita cari tu ntah betul ntah tidak ( JATUH KEPADA PERBUATAN FITNAH ) umpama memakan daging saudaranya yang telah mati. Nauzubillahiminzalik..   
 
~YaNgBaIKpAsTidiBaLaSbAiK~
Pernah kita terfikir, kalau hati kita bersih pasti kita akan sentiasa bersangka baik kan..Hati pun tenang je..korang ada rasa macam tu?? kalau ada Alhamdulillah..kalau tak ada xpe..jangan cepat down..tak payah la nak rasa kita nie jahat sangat...jom kita cek balik hati and niat kita selama nie..ikhlas ke???
Ingatlah, kita nie tak kan pernah sempurna..Semua rasa yang Allah hadirkan tu semua ujian buat kita..Allah nak uji sekuat mana kita beriman kepadaNYA..Allah uji  sebab Allah ingat kita!! wahhh..untung nye kita~sooo chill okay! =>=

 P/s : Lagi-lagi zaman sekarang nie banyak betul orang yang suka bersangka buruk, celik je mata dari tidur terus cari kesalahan orang lain. Kalau guna ayat yang baik-baik tak pe lah jugak.. nie seakan-akan mengejek mengutuk pula. Tak sedar ke korang kutuk ejek tu pun saudara Islam korang jugak. haih. Jauhkanlah kita semua dari melakukan perbuatan sebegini. =( 
 


     ~MaYrA HaYfA~
    Ketika Allah masih
 memberikan kita waktu
        untuk hidup
  masih belum terlambat
 bagi kita untuk berubah
    & berhijrah kepada
       yang lebih baik
                 =)
              





Thursday, 26 September 2013

~MeNgApA oRaNg BUkAn isLaM DiGeLaR kAfIr~

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
  Bismillahirrahmanirrahim.. =_+
 
Mulakan hari dengan senyuman, supaya dapat elakkan kedut2 kat muka tu...haha
Niat tu penting, kerana Allah..senyum tu sedekah, =)   Dah pukul 10 malam, baru balik dari praktikal, kepenatan, nak tidur tapi awal lagi,.lagipun esok cutiii macam xde nikmat plak nak tidur awal2 hihii  :P
tibe2 rasa bertenaga je (lepas minum nescafe haha) sebab tu ada mood nak berblogger~
 
okayy la..hari nie just nak berkongsi tentang kenapa orang bukan islam digelar kafir ye?? Sebelum nie kita cuma tahu cakap 'orang kafir' je..tapi tak tau sebab apa orang bukan islam digelar kafir! kenapa tak dipanggil dengan gelaran lain, Haa..mesti ada sebab kan..jom!! kita rajin kan diri mengkaji dan membaca, sebab ilmu tu tak datang sendiri, kalau bukan kita yang pergi mencari nya..kan2?? =D

Mengapa orang Islam menghina orang bukan Islam dengan panggilan "kafir'? Bukankah mereka juga ada agama? Sedangkan orang-orang bukan Islam hanya menggelar orang yang tak beragama sahaja sebagai kafir?
Kafir berasal daripada bahasa Arab "kafara' bermakna menyembunyikan atau ingkar. Dalam Islam, kafir bermakna seseorang yang menyembunyikan atau ingkar terhadap kebenaran Islam. Umat Islam hanya menggelar kafir kepada orang yang sudah sampai berita kebenaran Islam tetapi menolaknya, orang bukan Islam yang belum sampai kebenaran Islam dan mereka tidak beriman dengan Islam maka mereka tidak layak digelar sebagai kafir sebab Allah telah menghantar utusan atau nabi kepada setiap kaumnya seperti tersebut dalam ayat di bawah :

"Dan tidak ada satu umatpun melainkan telah dihantar seorang utusan yang memberi peringatan kepadanya (Fathir 35;24)".

"...Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan, dan bagi setiap kaum terdapat utusan yang memberi petunjuk (Ar-Ra'd 13;7)

Orang yang menolak Islam dalam bahasa Melayu dipanggil juga sebagai Orang Bukan Islam. Sekiranya orang bukan Islam merasa dihina dengan panggilan kafir maka dia harus menerima Islam supaya tidak dipanggil lagi "kafir" atau 'orang bukan Islam'.

Orang-orang kafir daripada ahli kitab dan orang-orang musyrik tidak menginginkan diturunkan sesuatu kebaikan daripada Tuhan mu kepada mu (Al-Baqarah 2;105).

... Dan sesiapa yang menukar iman dengan kekafiran, sungguh telah sesat daripada jalan yang lurus (Al-Baqarah 2;108).

Sebetulnya siapa orang kafir?
Dan kami menampakkan Neraka Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan Jelas. Iaitu Orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup untuk melihat tanda-tanda kekuasaan-Ku, dan mereka tidak mendengar ayat-ayat Allah (Al-Kahfi 18;100-101).

Ayat di atas menerangkan bahawa orang kafir adalah orang-orang yang tidak menggunakan mata untuk melihat kekuasaan Allah dan telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah ketika disampaikan
                                            
~AyatayatAllah~
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang cukup berat (Al-Baqarah 2;6).
 
      ~MaYrA hAyFa~
    Ilmu Allah itu luas,
Tanpa ilmu kita diibaratkan 
 berjalan sambil tutup mata
      Tiada arah tuju
 

Tuesday, 24 September 2013

~TuHaN LeBiH saiNTiFiK~



   اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

  Bismillahirrahmanirrahim..

Hebatnya Kuasa Allah. Bila baca buku nie,sambil membandingkan dengan situasi zaman sekarang, YE!! Memang betul2 terjadi..Alhamdulillah..kalau Allah nak tunjuk kat mana2 pun boleh, cepat atau lambat itu masa yang menentukan dengan izinNYA..

Ada orang menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya. Ada orang menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka.Banyak soalan yang sy tertanya2 selama nie terjawab bila baca buku nie~

True storyyy~~tp story ni bukan pengalan sendiri, cerita dari sahabat dan pengalaman dia sendiri.. Kisahnya mula dihospital, time posting..meets someone who works as a doctor...general looking maybe indian’s person, because he have a mix face..(ok! xpandai sngt nk speaking  =_+ )  they meets and had a conversation.. Doc tu mulakan perbualan dengan pertanyaan biasa2 dulu..biasa la baru nak kenal kan..tibe2 doc tu cakap yang “i like you very much,and i’am willing change my religion if you want to be with me” (Errr,,,) ~Terfikir sekejap apa point dye sebenarnya~

Allah itu wujud! Seorang pensyarah muda yang tidak mempercayai Tuhan kembali kepada fitrahnya untuk beragama. Sains telah membawa dia kepada Penciptanya. Islam itu tidak menolak Sains kerana Sains itu juga daripada Allah.
Kisah dalam buku ini sangat menarik. Perdebatan antara seoarng ateis dan seorang doktor pakar Islam. Bagaimana mereka menyatakan hujah-hujah mereka tentang Sains dan Islam. Hebat! Sehebat mana pun Sains, Allah lebih hebat.  Sehebat mana pun kita, Allah lebih-lebih lagi hebat. Subhanallah!
@ Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik. (Al-'Ankabut:46)@

Memang best! Banyak pengajaran yang boleh kita ambil..InsyaAllah..semua hujah2 boleh kita guna pakai selagi ia menepati Al-Quran..sebab tu pentingnya kita kaji selepas membaca sesuatu, Kalau guna logik akal je mesti ramai yang akan mempertikaikan, kalau semua tu dari Al-Quran  InsyaAllah ramai yang boleh menerima dan tidak mempertikaikan.Kita patut kaji dulu dan tidak mudah untuk cakap nie “betul” and nie “salah” sebelum kita menghujahkan sesuatu =)
Ok..boleh la teruskan membaca tentang ‘sebab saintis menerima kewujudan Allah’.hmmm...Tak rugi kita habiskan duit untuk sesuatu yang bermanfaat., Serius buku nie best! Bukan nak promote ok! Just nak kongsi2 hehe, sesutu yang baik kita kongsi bersama, sharing2 right!~~ ^_^



~NoTanOtASeLaRi~
Hakikatnya, Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya..Yakinlah Allah sentiasa berpihak pada orang2 yang benar,
Selagi kita terus menuntut ilmu, semakin banyak yang kita dapat..menuntut ilmu nie tak ada had,,sepanjang hayat! Jadi gunakan umur dan masa kita yang ada sebaik mungkin~ 
 
     ~MaYrA HayFa~
  Mengkaji yang benar,
Menerusi Al-Quran bukan
  Logik akal semata=mata
                      =_+