~JoM bErsAnGKa BaIk~



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

OK!! serius mengantok...dah nak dekat pukul 4 ptg, memang tak la kalau nak tidur kan.Dah petang sangat.. Balik tadi rehat jap and terus mandi, basuh baju n solat..haaa,,last2 laptop la jadi peneman! puas2 on9 akhir nye buka blog! terasa nak kongsi sesuatu je..

Jom biasakan diri kita supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain. that's mean kita bersangka baik sesuai dengan situasi dan berhati-hati..Tak logik jugak kan kalau kita sentiasa fikir positif  walaupun tahu ada orang berniat jahat dengan kita..itu penting nya kita berfikir dulu sebelum buat apa2 kan..Minta Allah selalu lindungi kita daripada benda2 yang tak baik =) 

Bersangka baik nie lebih kepada menjaga hati la... kita pun tahu kan, segala apa yang kita buat semua bermula dengan niat, baik niat kita baiklah perbuatan kita.. (tak gitu???) hehe..ok la..nie ada sikit nak kongsi! Tak rugi pun curi masa sikit..nak kongsi2 benda baik kan =)


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hati)

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hati)

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hati)

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hati)

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

muhasabah diri kita semula!!
Agak-agak apa yang korang fahamkan? bila kita bersangka buruk automatik kita akan cuba mengintip cuba mencari kesalahan orang tu, dah jumpa kesalahan orang tu yang kita sendiri pun tak tahu betul ke tak kita akan mula menyebarkan dari seorang kepada dua orang, disitu kita dah dapat DOSA FREE + kesalahan yang kita cari tu ntah betul ntah tidak ( JATUH KEPADA PERBUATAN FITNAH ) umpama memakan daging saudaranya yang telah mati. Nauzubillahiminzalik..   
 
~YaNgBaIKpAsTidiBaLaSbAiK~
Pernah kita terfikir, kalau hati kita bersih pasti kita akan sentiasa bersangka baik kan..Hati pun tenang je..korang ada rasa macam tu?? kalau ada Alhamdulillah..kalau tak ada xpe..jangan cepat down..tak payah la nak rasa kita nie jahat sangat...jom kita cek balik hati and niat kita selama nie..ikhlas ke???
Ingatlah, kita nie tak kan pernah sempurna..Semua rasa yang Allah hadirkan tu semua ujian buat kita..Allah nak uji sekuat mana kita beriman kepadaNYA..Allah uji  sebab Allah ingat kita!! wahhh..untung nye kita~sooo chill okay! =>=

 P/s : Lagi-lagi zaman sekarang nie banyak betul orang yang suka bersangka buruk, celik je mata dari tidur terus cari kesalahan orang lain. Kalau guna ayat yang baik-baik tak pe lah jugak.. nie seakan-akan mengejek mengutuk pula. Tak sedar ke korang kutuk ejek tu pun saudara Islam korang jugak. haih. Jauhkanlah kita semua dari melakukan perbuatan sebegini. =( 
 


     ~MaYrA HaYfA~
    Ketika Allah masih
 memberikan kita waktu
        untuk hidup
  masih belum terlambat
 bagi kita untuk berubah
    & berhijrah kepada
       yang lebih baik
                 =)
              





0 comments