~SeDiKIt YaNg MemBahAgIaKaN~ =)



  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

   Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, dipinjamkan nyawa diberi kesempatan untuk terus mengejar redha Allah ,untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta. Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda...=)

Dah pukul 10 malam..selalu time nie da guling2 atas katil hehe, tapi disebabkan penangan minum nescafe tadi, memang segar bugar la mata nie =p
Mood pulak plus2 ok malam nie hohho
Lepas study sikit tadi..bace majalah @genQ (majalah favourite tu)
Ok..dlm tu banyak info, memang sesuai sangat untuk remaja2 sebagai motivasi =)

Sedikit yang membahagiakan, mula2 tertanya2 jugak what it’s mean!~ hmmm..Banyak maksud tu kalau fikir banyak kali...cuba spesifik kan sikit yee...
That’s mean kita mesti! Harus! Must! Bersyukur walaupun sedikit (ehh..tak sama ke maksud semua tu)..kerana itulah yang terbaik..Ingatlah yang banyak itu tak menjamin kebahagiaan..Siapa tahu andai  sedikit yang membahagiakan itu tak pernah dirasai oleh orang yang memiliki bermacam2 pemberian..nak semua dapat je.. @sekadarRenungan “lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNYA”

Bahagia pada syukur~ Bukan ke bahagia tu apabila memiliki hati yang bersyukur? Ok la..sedikit itu bukan tandanya lemah, mungkin yang sedikit itu akan mendekatkan diri kita dengan Maha Pemberi @Muhasabah Diri Kita
Jangan kita sesekali pertikaikan pemberianNYA.Kita akan dibantu jika betul2 kita berada pada LandasanNYA =) think positive ye..

FirmanNYA “ Jika Allah menolongmu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah?” (surah Al-Imran 3:160)

Jap2!! Ada cerita laaa...jom baca dulu =_=
Story 1
Sekawan semut A gembira tak terkata walaupun hanya bertemu sebutir gula. Sedikit tetapi masih bermanfaat buat mereka, Mereka berusaha untuk mengusung gula tersebut.Tiada yang culas bekerja, semuanya satu hati dan setia bersama. Walaupun berbekalkan secubit nikmat,namun ia pemberian terindah.Nikmat yang masih boleh dikongsi dab diraikan bersama-sama setelah berusaha..

Story 2
Sekawan semut B pula ditakdirkan bertemu sebalang gula. Wahh, ‘rezeki besar ni’! Mesti habiskan semua,” mereka bersorak keriangan tanda puas hati!..
Semut2 B bermain dalam timbunan gula yang dijumpai. Namun nampaknya mereka lupa diri. Masing2 sibuk buat hal sendiri.Tiada lagi kesepakatan.Kerjasa hilang dalam keseronokan. Ada semut cuba mengheret dua, tiga dan sebanyak mungkin butir gula. Ada juga yang masih leka meghempap2 badan di atas longgokan nikmat makanan. Mungkin terlalu bahagia. Dan lebih malang, ada yang sudah mati gara2 tertimbus dalam timbunan gula!.

Jom muhasabah diri kita semua..Dimanakah kita tergolong dalam adakah kumpulan semut A ?? atau B..tepuk dada tanya iman =)
Bersyukurlah kita pada sedikit kurniaan ..


~SecebisNasihatBuatHambaNYA~
Syukur dan bahagia bukan menunggu masa dan situasi.Allah berjanji untuk meluaskan nikmatNYA bagi hamba yang bersyukur. Ayuhh! Rebutlah janji Allah =)
Kita terlupa dengan 1001 pemberian dan nikmat lain yang diberi percuma! Kita menafikan yang sudah ada, meminta pula yang tidak ada. Kononya yang tidak ada itulah yang sepatutnya dimiliki untuk mengecap kebahagian~ @MuhasabahDiri
      

     ~MaYrA HaYfA~
-Syukur yang Menambat
         Redha Allah




1 comments