Pernah dengar ayat nie..
“ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati
akan menjadi tenang” (Ar-Rad:28)
OK la..nak share sikit..gelisah tu kita dapat jauhi dengan beberapa
cara..haa..dah tau kena selalu praktik la...InsyaAllah..ketenangan milik kita >_<
Antaranya
-
Pergi ke tempat2 yang menenangkan
jiwa (bukan nya pergi ke tingkat paling atas/tinggi lepas tu terjun! haha Mana iman kita??
:P )
-
Duduk bersama orang2 yang baik
(time nie la perlunya sahabat2 until jannah kita tu *tak gitu hehe)
LOVE BECAUSE OF ALLAH
Sedikit pengisian yang dapat tadi,,pada zaman rasulullah dulu, ada
seorang lelaki, Abdullah ibn.Mas’ud
bertemu dengan Rasulullah S.A.W, beliau ada bertanya tentang cara-cara nak
hindar daripada rasa gelisah,..Nabi menyarankan :=
“Bawalah hatimu
mengunjungi tiga tempat”
-0- pertama ke tempat orang membaca Al-Quran,
tidak kira kita yang turut membacanya atau
mendengarnya sahaja...
-0- kedua menghadiri majlis
ilmu yang mengingatkan kita pada Allah
-0- Ketiga mencari waktu yang
sunyi, contohnya sepertiga malam dan ketika itu kita bangun, dan melakukan
ibadah kepada Allah..
~jika
selepas kamu melakukan kesemuanya tapi hati kamu masih tidak tenteram, mintalah
kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana sesungguhnya
hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu~
Nampak tak betapa pentingnya
hati yang tenang..not just say, serabutnya! Kenapa aku?! Err....jom buang semua
rasa tu..Tadi kan dah kongsi cara nak hindar rasa gelisah tu, soo for the next
plak apa kata kita cuba buat *OK!? hehe...
~storymehhhh~
Ada yang bercerita.dulu,time dia pergi menunaikan ibadah
haji, ada sorang makcik nie tanya kepada seorang ustaz dalam jemaah haji tu...
“ Ustaz, saya sudah melihat kaabah, tetapi hati saya
macam tak de apa2..saya melaksanakan ibadah yang sukar orang lakukan (ibadah
haji), tetapi hati saya tak bergetar sedikit pun.malah gelisah saya tak juga
hilang. Apa yang saya perlu lakukan?
Ustaz tu jawab:
“Mak cik, sekarang mak cik berada di rumah Allah.
Baitullah yang paling mulia. Dialah pemilik hati. Mak cik mintalah agar hati mak
cik tu digantikan dengan hati yang lembut, yang boleh bergetar dengan ayat
Allah dan ibadah, yang terhindar daripada kegelisahan dan sebagainya”.
Allahu~ sehingga memohon ditukarkan hati?
Jelas la kan gelisah tu perkara yang sangat2 tak disenangi! Sekarang barulah
sedar ketenangan tu suatu nikmat yang kita perlu syukuri =(
Tapi bersyukur ke kita selama nie?? Bila rasa
happy, tenang je..kita mudah lupa pada NYA..hmm...jom muhasabah diri kita
semula!
Reflection!
~ Adakah kita sedang berusaha hindarkan diri
dari rasa gelisah?? Ke patut biarkan je?
~kita yakin kita selalu tenang??
~tenang tanpa minta pertolongan Allah??
Semoga perkongsian nie bermanfaat buat semua!
Perlukan pertukaran hati??Mintalah pada Allah =) InsyaAllah..kerana Allah sentiasa mendengar
doa hamba2NYA ~
~MaYrA HayFa~