Wednesday, 22 January 2014

*Perjalanan Seorang Hamba* =)



Julaibib...
 


 Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin,
 satu nama yang begitu asing di kalangan sahabat Nabi. Beliau tidak begitu dikenali berbanding dengan nama-nama besar yang lain di kalangan para sahabat Rasulullah saw. Dilahirkan ke dunia tanpa mengetahui siapa ibu dan bapanya. Hidupnya seolah-olah tidak bernasab. Bertubuh kerdil, berwajah buruk,berkulit hitam, pakaiannya lusuh dan kakinya pecah-pecah kerana tak beralas.

Hidupnya tersisih, tidak ada rumah untuk berteduh,tidurnya berbantalkan lengan sehinggakan Abu Barzah pemimpin Bani Aslam pernah berkata "Jangan sesiapa yang membenarkan Julaibib duduk bersama-sama kamu..demi Allah aku akan menyakiti dirinya"

Allah memberikan hidayah Islam padanya. Julaibib sentiasa berada di soff paling hadapan ketika solat dan jihad biarpun para sahabat yg lain tidak menyedari akan kehadirannya. Namun Rasulullah saw sentiasa menegurnya.

Rumahnya hanyalah suffah (serambi) Masjid Nabawi di Madinah. Suatu hari Nabi menegurnya dgn suara yg lembut. 'wahai Julaibib.. adakah tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga..?"Siapakah yg mahu bersuamikan diriku ini dan mahu menikahkan putrinya dengan manusia hina seperti diriku ini..." Jawab Julaibib.

Rasulullah tersenyum dan berlalu pergi. Besoknya Nabi mengulangi pertanyaan yg sama dan Julaibib juga menjawab dgn jawapan yang sama. Sehinggalah pada hari ketiga Rasulullah saw memanggil Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansor. Lalu Rasulullah menjelaskan tentang kedatangannya untuk meminang puterinya.

Alangkah gembiranya pemimpin Ansor tersebut yg beranggapan bahawa Rasulullah ingin mengahwini putrinya tetapi apabila Nabi menjelaskan bahawa ia datang untuk meminang bagi pihak Julaibib.

Berubah air muka pemimpin Ansor tersebut dan mencari alasan untuk menolak pinangan Rasulullah kerana baginya Julaibib tidak layak untuk putrinya. Isterinya sendiri mengeluarkan kata-kata apakah pemuda yang tidak bernasab tidak berharta dan berwajah buruk sepadan dengan puterinya yang cantik jelita.

Allah mencampakkan cahaya dalam hati si anak yang tiba-tiba meluru keluar dengan tegasnya menyatakan. "Demi Allah...aku bersedia menerima Julaibib sebagai suamiku kerana ini adalah pilihan Rasulullah. Apakah layak bagi kita untuk menolak sesuatu yg datang dari Rasulullah sendiri?

Mendengar pengakuan itu Rasulullah saw terus berdoa "ya Allah limpahkanlah kebaikan dan keberkatan dalam hidup anak gadis yg solehah ini.."

Perkahwinan diatur, Berbahagialah Julaibib hanya satu malam,namun pada awal paginya gendang perang dipalu. Bingkas Julaibib bangun dan berpesan pada isteri yg dikasihi bahawa ia akan pergi berjihad dan doakanlah pemergiannya. Isterinya melepaskan Julaibib dgn penuh redha suami yg baru dikahwininya.

Di medan perang Rasulullah sendiri melihat Julaibib menghayun pedang, gemerincing mata pedang dihayun membunuh musuh. Akhirnya nabi tidak lagi melihat kelibat Julaibib. Selesai peperangan Nabi bertanya pada para sahabat apakah kamu kehilangan sesuatu..? Tidak Ya Rasulullah" Jawab Para Sahabat. Nabi bertanya lagi "Adakah kamu tidak terasa kehilangan sesuatu...? Para sahabat terus menjawab "tidak Ya Nabi Allah"

Lalu dgn tegasnya Rasulullah bersabda 'Aku kehilangan Julaibib pemuda yg kamu tak kenali,dipandang rendah tetapi amat mulia di sisi Allah. Carilah ia sama ada hidup atau syahid..."

Benarlah janji Allah, Julaibib gugur syahid, di kelilingnya musuh bergelimpangan. wajahnya dipenuhi luka. Rasulullah berpaling mengadap para sahabat dan menyatakan sesungguhnya Julaibib adalah sebahagian dari diriku dan aku adalah sebahagian daripadanya. Air mata Rasulullah saw menitis melihat jenazah yg begitu mulia pada sisi Allah swt...
Allahu =(

Bayangkan kehidupan kita. memiliki isteri yg cantik. Sanggupkah kita tinggalkan isteri kita untuk pergi berjihad. Kalau boleh 24 jam kita nak bersama isteri begitulah sebaliknya. Kita tak mahu siapapun mengganggu kebahagian kita dalam tempoh berbulan madu. Alangkah lemahnya iman kita berbanding dengan para sahabat Rasulullah saw  #Renungan

  *Khas BuAt Kamu*

“Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.”

            ~mAyRa hAyFa~
Hamba yang sangat hina dan kerdil.
    sentiasa mengejar redhaNYA...
                    InsyaAllah  =)
 


                                                      

Tuesday, 14 January 2014

The End!



Mungkin aku tak dapat luah apa yang aku rasakan,
Tapi ini lah hakikat sebenar bila aku rasa!
Hari-hari kita memang tak akan sama seperti semalam
Dan hari-hari yang lepas...
Kita tak  akan pernah melalui benda yang sama


again..again..and  again!
Hmmm...
Forget your trouble for a moment..
And look at the sky!! 

wOrSt FeEling @_@
       k.baiii!

Monday, 13 January 2014

~Salam Maulidur Rasul~





Update sikit! =)
Salam maulidur Rasul..
Rindu sangat2 nak menziarahi maqam Baginda Rasulullah S.A.W
#BanyakkanSelawat



                                                                #umrah2013 <3

Sampaikan rindu kita melalui Doa Dan Selawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W
Hari ni  hari yang sangat2 mulia dan istimewa  buat kita umat islam iaitu hari kelahiran Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w..
Hmmm.. hari ini ramai diantara umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bukan datang dari perasaan kasih sayang yang sangat mencintai Rasulullah tetapi mereka hanya menyambut sekadar adat sahaja..sebagai contoh  mengikut situasi sekarang, kebanyakan yang menyambut Maulidur Rasul ada kalangan manusia yang buka aurat, tutup aurat pun masih lagi tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk Islam, pemimpin Islam tetapi masih lagi menolak hukum Allah dan masih tidak melaksanakan..#SekadarRenungan


~kisah Abu Lahab menyambut hari kelahiran Nabi ~
Abu Lahab, bapa saudara Nabi s.a.w. yang pada mula kelahiran Nabi s.a.w., dialah antara orang yang paling gembira dengan menyembelih beratus-ratus ekor unta? Dengan erti kata lain Abu Jahal menyambut Maulidur Rasul (kelahiran) pada ketika itu.
Abu Lahab sangat mencintai Nabi s.a.w. tetapi apabila Nabi s.a.w. mula menyampaikan risalah Islam, Abu Lahab mula membenci Nabi s.a.w. Sedangkan dahulunya dialah antara orang yang paling gembira menyambut Maulidur Rasul.
*Jangan kita sambut maulidur Rasul seperti Abu Lahab*


Semoga ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w. ini adalah untuk kita semakin kuat mengingati Rasulullah sebagai penyelamat umat. Bukan hanya sekadar berarak ketika Maulidur Rasul tetapi kita perlu menghayati peritnya perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam..

Persoalan nye??
-          Benarkah umat Islam Islam benar-benar mencintai Rasulullah  s.a.w.?

-          Kalau benar mereka mencintai Rasulullah, kenapa masih ada yang menyambut Maulidur Rasul dalam keadaan mereka tidak menepati ciri-ciri aurat yang ditentukan oleh Islam? 

-          Kenapa yang menyambut Maulidur Rasul yang dikatakan mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi masih lagi tidak menjalankan hukum-hukum Allah?


~MaYrA hAyFa~
*mengisi Kekosongan*


Saturday, 11 January 2014

MEH LA BACA JAP! =(



Teringat pada perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah hati".

Minta maaf kalau kenyataan ini persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya. Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri pada Allah.

Namun, kadang-kadang dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat. Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan biarkan nafsu menguasai iman kita.

Teringat pada sebuah kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki akhlaknya, menambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.".

Mendengar kenyataan itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan, ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut, sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut.

Setelah sampai ke destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi  dengan niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara.

Pada kamu terdapat keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan yang ditunggangi nafsu...

Terasa?? sentap?? Tersentuh?? @_@
Mohon maaf jika terkasar bahasa =)

#KisahYang Menarik
Semoga kita dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini


  ~MaYrA hAyFa~
    Saham akhirat
  Teruskan berzikir
           dan
mencari redhaNYA