~DiMaNa DIA DihAtiKu~


Assalamualaikum...=)

Allah! Tiba2 rasa sangat terkesan * * bila terbaca ayat nie.. “adakah  DIA dihatiku”??
Termenung sejenak~  apa jawapan yang bakalku jawab jika diterjah dengan soalan sebegini..=(
Allahu…
Aku seorang hambaNya yang sedang bermujahadah agar DIA ada dihatiku, aku sedar aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya..tapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya.. InsyaAllah…semoga dengan  jawapan ini akan sentiasa membawa kakiku melangkah untuk mencari mardhatillah-Nya..Amin =)

Antara ‘hobi’ baru suka sangat tanya sahabat2 lain untuk dapat feedback..Biasa la..setiap pada kita mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza-beza …so tak salah kan kita  kongsi =)


’Adakah DIA dihatimu??

That’s my best  friend feedback! =)
Soalan yang sangat terkesan dan memberi impak yang besar kat hati nie...
Dia memang sentiasa ada di hati,
 tapi hati yang masih dipenuhi dengan kegembiraan duniawi,
iaitu lagha yang berpanjangan..
hati yang belum semuanya diberi untuk berjuang,
Hasbiyallah..
Aku dapat rasakan jawapan ini yang cukup memalukan dan
 rasa hina kerana tak standing dengan semua kurniaan
 yang Allah berikan pada aku selama 20tahun nie.
Jzzkllh khrn kathiro sebab buka mata hati
manusia yang bernama sahabat yang setiap saat alpa nie..

Another feedback!
Secara fitrahnya manusia rasa cinta akan tuhanya..
macam tu jugak kita,
dan setiap hari mesti rasa nak buat
something untukrasa cinta kat tuhan =)

Ada lagiiii
Hakikatnya DIA selalu ada.Kita tau tu.
Bahkan dalam hati nie pun DIA ada.
Kalau DIA takde dalam hati nie,macam mana kita nak jadi manusia beriman,kan?
Tapi kadang2 kita je tak sedar kewujudan DIA
dalam hati nie sebab kita dah letakkan benda- benda
yang tak penting dalam hati nie sekali.
 Macam laptop kalau banyak sangat fail tak penting,
payah nak cari fail yang kita nak, kan?
 So kena delete yang tak penting dalam hati nie.
Jadikan Allah no 1, pin kan Allah dalam hati.
Kesimpulanya, DIA memang ada dalam hati hambanya yang beriman.
Cuma kadang2 kita terleka dan ingat DIA hilang.
Padahal kita Cuma perlu cari balik DIA tanda kita nie hambaNya.Wallahualam =)

                                            Ok!, Ada lagi laaaa…..=)
OK…walaupun seorang manusia yang beragama islam..
mmg percayakan akan kewujudan tuhan (Allah)..ttp tidak semua mempunyai rasa cinta yang mendalam kepadaNya..
Tergerak dihati untuk berubah..tetapi tiada usaha
untuknya dan beralasan tidak sampai seru lagi..
Tetapi seharusnya bila terdetik untuk berubah..
yakinlah bahawa Allah akan merapatkan kita dengan
orang yang beriman dan percayalah bahawa Allah
sentiasa untuk membantu..
dan kita hanya perlu berdoa + bertaubat + muhasabah diri =
 kesenangan hidup didunia dan akhirat ^^

*not edited answer! =)



Thanks a lot sebab sanggup luangkan masa tulis msg panjang2 *terharu huhu.Panjang atau pendek jawapan korang,semua ada maksud yang tersendiri.sebab pemikiran manusia tu sememangnya berbeza...Apa2  pun ramai yang bagi feedback..tapi tak semua publish kat sini…jawapan korang semua super2 hihii.Semoga Allah redha..Semoga dengan semua jawapan yang korang bagi kita dapat muhasabah diri semula..apa kelemahan kita yang patut diperbaiki,dan apa yang patut ditambah!.=)
                                                                                                                       
Alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian pendapat dan jawapan dari sahabat2 semua..jangan sesekali berputus asa dalam pencarian ini...Semoga setiap langkah kita seiring dengan niat dihati..Bersyukur sangat kerana Allah telah mengurniakanku sahabat2 yang semakin mendekatku kepada-Nya..

P/S : Selamat bermujahadah dan persiapkan diri untuk menelan kepahitan hidup.. Sentiasa yakin..
          Allah sentiasa bersama kita  =) *keepSmiling

~SELAMAT BERJUANG~


          ~MaYrA hAyFa~
     bermujahadah itu pahit,
     kerana syurga itu manis,
   yang pahit itu pengalaman,
yang manis itu  ganjaran buat kita
           di akhirat kelak

2 comments