MEH LA BACA JAP! =(
Teringat pada
perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta
kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi
yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah
hati".
Minta maaf kalau
kenyataan ini persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita
kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan
semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu
yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya.
Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri
pada Allah.
Namun, kadang-kadang
dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat.
Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku
bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku
ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu
bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar
ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan
biarkan nafsu menguasai iman kita.
Teringat pada sebuah
kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda
ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki
akhlaknya, menambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui
gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat
hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai
dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan
keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.".
Mendengar kenyataan
itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan,
ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut,
sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya
seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan
tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di
awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut.
Setelah sampai ke
destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan
mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan
dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi dengan
niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita
ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara.
Pada kamu terdapat
keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan
bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan
selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan
yang ditunggangi nafsu...
Terasa?? sentap?? Tersentuh?? @_@
Mohon maaf jika terkasar bahasa =)
#KisahYang
Menarik
Semoga kita
dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini
~MaYrA hAyFa~
Saham akhirat
Teruskan berzikir
dan
mencari
redhaNYA
2 comments