~MeMaAfKaN~



Assalamualaikum =)

   Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri,
Hidup terlalu singkat untuk membenci,
Sucikanlah hati mencari redha ILAHI

Entry kali nie nak story skit pasal memaafkan. Macam yang korang tau kan, kita nie jenis susah sangat nak terapkan sifat memaafkan dalam diri. Tu salah satu punca hidup kita tidak bahagia.
Selagi kita tidak bahagia dengan kebahagian orang lain,itu petanda kita sendiri tak bahagia.Ingatlah segala gerak geri, kelakuan kita dengan izin Allah juga.Jika ada orang datang ‘menghadiahkan’ kita air ia, mata..ALLAH  sedang mendidik kita tentang sifat sabar. Jika kita juga disakiti oleh dia, maka DIA sedang mengajar kita erti redha.
Kita juga bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik jika terus disakiti.Ada ketika kita kena bertahan dan katakan ‘tak ada keadilan yang mutlak didunia ini’.Berbahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Hakikatnya kita bukan Tuhan yang mengatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA.

Jom kita belajar dari Nabi Yahya a.s dan Zakaria a.s yang degergaji mati tanpa melibat kemenangan.Belajarlah dari Sumayyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiyah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak  dapat kemenangan,
Tetapi mereka tak hilang ketenangan!

Mereka (salafussoleh) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar.Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa.Tapi kita?? Terlalu kecil yang hanya dipertaruhkan Cuma ‘harga diri’! yang sentiasa rasa diri ditipu, dipersenda dan tidak dihargai. Patutkah kita meminta diberikan nikmat yang ‘besar’ olehNYA ?? @MuhasabahDiri

Jom mulakan langkah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahgiaan orang lain.Langkah pertama itu ialah dengan memberi MAAF. Terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf, Bahkan lebih sukar dari meminta maaf.Adakah dengan meminta maaf kita bagaikan seolah-olah kita mengadaikan harga diri?..Allahu =(

Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudaramu
Surah fussilat :34

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.Memaafkan orang lain juga bererti memaafkan diri sendiri =)

Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’

~TaNyADiRi~
Siapa aku yang terlalu sukar memaafkan? Tuan?? TUHAN?? Aku hanyalah hamba!
 Sedang kan DIA sang pencipta Maha Pemaaf, Maha Pengampun..
Muhasabah diri semula dimana kita..*deeP
  

  ~mAyRa HaYfA~
     Memaafkan ITU
         menjemput
    datangnya ‘syurga’


0 comments