*Perjalanan Seorang Hamba* =)
Julaibib...
Julaibib ni, sebenarnya ialah
seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang
mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin,
satu nama yang
begitu asing di kalangan sahabat Nabi. Beliau tidak begitu dikenali berbanding
dengan nama-nama besar yang lain di kalangan para sahabat Rasulullah saw.
Dilahirkan ke dunia tanpa mengetahui siapa ibu dan bapanya. Hidupnya seolah-olah
tidak bernasab. Bertubuh kerdil, berwajah buruk,berkulit hitam, pakaiannya
lusuh dan kakinya pecah-pecah kerana tak beralas.
Hidupnya tersisih, tidak
ada rumah untuk berteduh,tidurnya berbantalkan lengan sehinggakan Abu Barzah
pemimpin Bani Aslam pernah berkata "Jangan sesiapa yang membenarkan Julaibib
duduk bersama-sama kamu..demi Allah aku akan menyakiti dirinya"
Allah memberikan hidayah
Islam padanya. Julaibib sentiasa berada di soff paling hadapan ketika solat dan
jihad biarpun para sahabat yg lain tidak menyedari akan kehadirannya. Namun
Rasulullah saw sentiasa menegurnya.
Rumahnya hanyalah suffah
(serambi) Masjid Nabawi di Madinah. Suatu hari Nabi menegurnya dgn suara yg
lembut. 'wahai Julaibib.. adakah tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga..?"Siapakah
yg mahu bersuamikan diriku ini dan mahu menikahkan putrinya dengan manusia hina
seperti diriku ini..." Jawab Julaibib.
Rasulullah tersenyum dan
berlalu pergi. Besoknya Nabi mengulangi pertanyaan yg sama dan Julaibib juga
menjawab dgn jawapan yang sama. Sehinggalah pada hari ketiga Rasulullah saw
memanggil Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansor.
Lalu Rasulullah menjelaskan tentang kedatangannya untuk meminang puterinya.
Alangkah gembiranya
pemimpin Ansor tersebut yg beranggapan bahawa Rasulullah ingin mengahwini
putrinya tetapi apabila Nabi menjelaskan bahawa ia datang untuk meminang bagi
pihak Julaibib.
Berubah air muka pemimpin
Ansor tersebut dan mencari alasan untuk menolak pinangan Rasulullah kerana
baginya Julaibib tidak layak untuk putrinya. Isterinya sendiri mengeluarkan
kata-kata apakah pemuda yang tidak bernasab tidak berharta dan berwajah buruk
sepadan dengan puterinya yang cantik jelita.
Allah mencampakkan cahaya
dalam hati si anak yang tiba-tiba meluru keluar dengan tegasnya menyatakan.
"Demi Allah...aku bersedia menerima Julaibib sebagai suamiku kerana ini
adalah pilihan Rasulullah. Apakah layak bagi kita untuk menolak sesuatu yg
datang dari Rasulullah sendiri?
Mendengar pengakuan itu
Rasulullah saw terus berdoa "ya Allah limpahkanlah kebaikan dan keberkatan
dalam hidup anak gadis yg solehah ini.."
Perkahwinan diatur,
Berbahagialah Julaibib hanya satu malam,namun pada awal paginya gendang perang
dipalu. Bingkas Julaibib bangun dan berpesan pada isteri yg dikasihi bahawa ia
akan pergi berjihad dan doakanlah pemergiannya. Isterinya melepaskan Julaibib
dgn penuh redha suami yg baru dikahwininya.
Di medan perang Rasulullah
sendiri melihat Julaibib menghayun pedang, gemerincing mata pedang dihayun
membunuh musuh. Akhirnya nabi tidak lagi melihat kelibat Julaibib. Selesai
peperangan Nabi bertanya pada para sahabat apakah kamu kehilangan sesuatu..?
Tidak Ya Rasulullah" Jawab Para Sahabat. Nabi bertanya lagi "Adakah
kamu tidak terasa kehilangan sesuatu...? Para sahabat terus menjawab
"tidak Ya Nabi Allah"
Lalu dgn tegasnya
Rasulullah bersabda 'Aku kehilangan Julaibib pemuda yg kamu tak
kenali,dipandang rendah tetapi amat mulia di sisi Allah. Carilah ia sama ada
hidup atau syahid..."
Benarlah janji Allah, Julaibib
gugur syahid, di kelilingnya musuh bergelimpangan. wajahnya dipenuhi luka.
Rasulullah berpaling mengadap para sahabat dan menyatakan sesungguhnya Julaibib
adalah sebahagian dari diriku dan aku adalah sebahagian daripadanya. Air mata
Rasulullah saw menitis melihat jenazah yg begitu mulia pada sisi Allah swt...
Allahu =(
Bayangkan kehidupan kita.
memiliki isteri yg cantik. Sanggupkah kita tinggalkan isteri kita untuk pergi
berjihad. Kalau boleh 24 jam kita nak bersama isteri begitulah sebaliknya. Kita
tak mahu siapapun mengganggu kebahagian kita dalam tempoh berbulan madu.
Alangkah lemahnya iman kita berbanding dengan para sahabat Rasulullah saw #Renungan
*Khas BuAt Kamu*
“Apalah ertinya rupa yang
cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang
terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami.
Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati
tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana
pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat.
Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat
memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.”
~mAyRa hAyFa~
Hamba yang sangat hina dan kerdil.
sentiasa mengejar redhaNYA...
InsyaAllah =)
3 comments