CreaTe AboUT >3 =)

Bismillahhirrahmanirrahim =)

Petang semalam pergi melawat adik di madrasah, rindu terubat =)
Dah lama tak jumpa, rindu nak ajak gaduh!
Rindu nak buli! haha :P

Semoga menjadi seorang  hafizah yang berjaya di Dunia dan akhirat..Doakan kakak kamu nie jadi wanita solehah dan jadi kakak yang baik! :D Semoga ikhlas dan utamakan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan..InsyaAllah redha Allah dan redha ibu bapa bersama kita.Semoga kita sekeluarga bertemu disyurga kelak..Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian,maka tolonglah bertanya kepada Allah tentangku =(


#love my Family until jannah

Untuk tatapan, khas nya buat keluarga..Jika diri ini  dijemput awal oleh pemilikNYA, jangan pernah lupa selitkan doa untukku supaya tenang disana.. =(
*Adik pesan jgn letak gambar dia dalam Fb..ok! tak letak pun dlm fb..Letak dalam instag dengan blog      je..hehe >_<

Sambil baca buku kebangkitan pencetus ummah 'Ahmad Ammar'..menjadi inspirasi buat diriku yang terlalu   lalai dengan dunia..bergerak sebagai da'ie untuk agama islam dan ummah..Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan ikhlas dan niat kerana Allah dalam menegakkan islam..Syahid dijalan Allah itu menjadi impianku, memang nampak sukar,tapi tak mustahil bukan, Jangan cepat berputus asa sebelum pernah mencuba. Niat yang baik insyaAllah Allah permudahkan =)
Berdakwahlah! Lebih baik jika kita tidak dikenali ramai ketika didunia, Cukuplah Allah dan malaikat yang mengenali dan sentiasa mengiringi kita dalam setiap apa yang kita lakukan..=)
Sentiasa lafazkan dalam doa..Ya Allah, matikan aku dalam keadaan khusnulkhatimah dalam kesudahan yang baik, yang mati syahid dijalanMu.Makbulkan la permintaanku...
Permudahkan lah segala urusanku..
Amin..

   ~MaYrA HaYfA~
          misi, visi 
           dalam
  menegakkan Islam
       teruskan!!




0 comments