~SekaDaRnyA~



Sebenarnya, aku tidak  tahu apa yang bermain difikirannya,
Aku hanya mahu bersangka baik dengan semua orang,
Walaupun hatiku sakit, aku akan terus untuk bersangka baik,
Mungkin suatu hari kita dengan keputusan kita,
Allah itu Maha Kaya,

Janji-janji yang pernah diungkapkan, akan dimakan masa,
Hati kita akan berbolak-balik,
Pasti suatu hari janji bersama dahulu akan berguguran,
Diiringi titis-titis jernih dikelopakmu,
Berjanjilah setinggi gunung Everast,
Jika Allah tidak mengizinkan, pasti tidak akan terjadi..

Aku tidak minta harta beribu-ribu,
Aku tidak pandang kemewahan dunia yang kamu miliki,
Aku hanya mahu  elok Agamamu,
yang penuh iman didada, 
Agama yang ada padamu,
Bakal menjadi penolong jalanku untuk ke syurga,
Tidak akan kunilai pada rupamu,
Kerana aku tahu rupa itu tak akan pernah kekal.

Aku mahu seorang yang memahami,
Yang boleh menerima kekurangan diriku,
Kerana aku tidak akan pernah sempurna,
Allah telah mengatur sebaiknya,
Aku terima segala ujian yang diberikan,
Kerana Allah itu Maha Adil,
Dia tidak akan beri  ujian padaku,
Melebihi batasanku...
Ujian buatku tanda Allah menyanyangiku..

Aku pasrah...
Apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz,
Qada’ dan Qadar yang Allah telah Tetapkan,
Allah telah menyediakan yang terbaik buat aku,
Aku perlu bersabar kerana masanya pasti hadir.
Cinta kerana Allah akan kekal,
Cinta kerana nafsu dan manusia semata,
Hanyalah mainan dunia sementara.

Pilihlah yang kekal atau sementara,
Pasti dengan janji-janji Allah,
Doamu pasti akan diperkenankan,
InsyaAllah..

  ~MaYrA hAYfA~
  *my own writing*
    #deeply #heart

     Apa yang telah ditetapkan oleh Allah,
  Aku redha,terima setiap ketentuan dariNYA..
      Allah sebaik-baik penunjuk jalan =)

0 comments