#Hidup untuk Berjuang#



Have a good moment =)
Alhamdulillah, dapat join program kem kepimpinan sebagai fasi! Allah bagi kekuatan dan dipermudahkan  untuk pergi walaupun agak takut sebab tak ada kawan yang kenal join sekali. Hehe
Dah lama tak pergi program ilmu. Masa cuti masa terbaik nak join program-program macam tu. Bila dah start kelas nanti, jarang sangat dapat join..haa masa tu nanti menyesal tak sudah , bila tengok kawan2 lain join program =(  huhu

Bila teringat ayat nie, mesti diri ini akan rasa apa yang aku telah buat untuk islam, untuk ummat saudara seislamku. Adakah aku ke arah menegakkan syiar islam?!  “Ibu bapa berniat dan berdoa anak yang bakal dilahirkan nanti hendak diwakafkan untuk ummat” Allah! Ayat tu sangat-sangat mendalam maksud nya buat diri ini.
Ibu bapa yang berdoa sedemikian kerana mereka tahu anak mereka itu hanya pinjaman buat mereka didunia ini. Bila anak itu dilahirkan, mereka akan berusaha membesarkan anak mereka dengan ilmu-ilmu Allah dan mendidik dengan cara islam, berjihad untuk islam.Mereka tahu anak yang bakal mereka besarkan itu aset  yang Allah pinjamkan didunia ini untuk memperoleh kebahagiaan dan kesenangan diakhirat kelak.

Berfikir, berfikir dan terus berfikir..
Dimana penghujung jalan kehidupanku..
Adakah aku akan berjaya membawa kedua ibu bapaku,
Untuk merasakan kebahagiaan dan kesenangan diakhirat kelak?
Adakah aku akan membawa sekali adik-beradik serta sahabat
Ke syurga yang aku sebut-sebutkan didunia dulu?
Apa yang aku telah lakukan untuk islam?
Adakah aku akan berjaya mati syahid dijalan Allah.,
Seperti yang aku impikan selama ini..
Allah...=(
Permudahkan jalan dakwahku.,
Permudahkan segala urusanku.,
Aku hanya insan lalai yang sentiasa melakukan kesilapan.,
Dan sentiasa berusaha perbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Menjadi hamba yang terbaik disisiMU InsyaAllah~
~mayra hayfa~
 Jihad FiSabilillah!!
   Moga Syahid
    dijalanMU
     ALLAH.

0 comments