~MampuKaH KitA mEnJaWAb sOaLaN dAlAm KubUR kELak~
Setiap
muslim yang hidup di dunia ini perlu tahu apa soalan-soalan cepumas yang akan
ditanya dan semua jawapan tersebut telah kita ketahui. Yang kita tidak ketahui
adalah dapatkah kita menjawab semua persoalan yang ditanya oleh Malaikat
Mungkar dan Nakir.
Rasulullah
s.a.w bersabda: ”Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat
hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama
“Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya
mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian
mereka menyoalnya: Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?
Dan pada
satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya
kepadanya: Apa yang engkau pernah sembah?
Maka kalau
Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: Aku
menyembah Allah!
Kemudian ia
ditanya lagi: Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?
Dan pada
satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga:
Mereka
menyoalnya dengan berkata: Siapa Tuhanmu?
Ia menjawab:
Tuhanku ialah Allah!
Mereka
bertanya lagi: Apa agama mu?
Ia menjawab:
Agamaku ialah Islam!
Mereka
bertanya lagi: Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu?
Maka kalau
si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata:Orang itu
(Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!
Mereka
berkata kepadanya: Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian.
Dan pada
satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: ”Lalu diseru oleh
penyeru dari langit katanya: Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga,
serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga.”
Rasulullah
s.a.w bersabda lagi: ”Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan
keharumannya; kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi,
dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya:
Tidurlah! Lalu ia berkata: Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku
ceritakan kebaikan halku?
Dua Malaikat
itu berkata kepadanya: Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak
dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya
sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.
Jika si mati
itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: Aku
dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu
benarkah atau tidak.
Lalu dua
Malaikat itu berkata: Memang kami tahu engkau berkata demikian.
Dan menurut
satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari
Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka, serta bukakanlah baginya
sebuah pintu ke Neraka.
Rasulullah
s.a.w. bersabda lagi: ”Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan
udara panasnya; kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi
mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia
dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” (Abu
Hurairah r.a)
#sumber:
Atiqsalleh (MAMPUKAH kita JAWAB 5 SOALAN di dalam KUBUR nanti?#
~MaYrA hAyFa~
*MuhasabahDiri*
`Semoga Allah
redha`
0 comments