PeMbaNgKit SeMaNgAt JiHaD =)
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian =)
Cerita yang mempu membangkitkan semangat jihadku, Yang elok kita jadikan ikutan.Semoga Allah permudahkan segala urusan dan niat baik kita. InshaAllah
Pada kali
pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople,
timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih
memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya,
"Siapa
di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak
seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda
bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat
ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda
tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud
sejak baligh...
Subhanaallah..
hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh.
Mampukah kita bersama-sama beliau disyurga kelak? Sahabat, istiqamahlah dalam melakukan ibadah.Kuatkan iman,percayalah Allah sentiasa bersama hamba-hambaNYA.Ingatlah Allah dalam setiap gerak gerimu.Allah juga mengingatimu =)
~MaYrA HaYfA~
Berjuang terus
hingga
dipanggil kembali
ke sisi
Pencipta
1 comments