~Sepuluh wasiat Imam Hassan Al-Banna~
.Jom kita
amalkan..Perlahan-lahan dalam perubahan tapi tetaplah dengan istiqamah =)
1. Bangunlah segera
untuk melaksanakan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan
dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang
menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh
untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan
bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia
ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana
ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan
memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan
kebaikan.
5. Jangan banyak
tertawa kerana hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya
aman dan tenteram.
6. Jangan suka
bergurau kerana umat yang berjihad akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan
suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu
dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah
(mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah
berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah
dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling
kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama
kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk
memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah
dan cepatlah diselesaikan.
~MaYra haYfA~
As-Syahid
Imam Hassa Al-Banna
Aku ingin turuti
Langkahmu,
Ya Allah permudahkanlah
0 comments