Wednesday, 21 May 2014

#Beware!! 'AIB' around us!

Assalamualaikum =)

Listening IkimFM @JodohBerdua while writing a blog >_<
Dah kenapa tibe2 nak speaking haha >_<

ok!serius ...
Allah..

Kalaulah bukan kerana Allah yang menutup AIB kita =(
Dapatkah kita berjalan keluar dari rumah...

Baiknya Allah..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, malu yang teramat.. =( 
Tapi dengan rahmatNya di tutup aib. Sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 .Bila  taubat  di terima, akan padam segala keaiban tersebut.
Alhamdulillah, syukur padaMU YA ALLAH =) 

*******************

Jom kita ambil ikhtibar dari kisah dahulu..

Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan.  Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil  athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”


********************
Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.InshaAllah =) 

Allah tahu setiap apa yang kita lakukan..#beware #behave your self =)
Sama2 kita doakan kebaikan bersama..

kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam jela jika "ternampak" keburukan orang lain..
Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu..Jangan kita perkecil kan perbuatan orang lain depan khayalak ramai.
 
Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.
 
"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." - (Imam Syafie)


   ~MaYrA HAyFa~
perkongsian bersama...
      Ana asif =)








No comments:

Post a Comment