🌀 Hidup dalam keseronokan 🌀

Biar perlahan, tetaplah istiqamah..
Bila lalai kuasai diri, benda pertama yang terlintas difikiran 'apa tujuan hidupku'.


Sering kita tunggu orang lain yang 'memulakan' kebaikan. Kenapa tidak kita yang mulakan? Malu? Takut diejek dan dicop sebagai "ustaz" "ustazah". Ye! Itu masalah utama kita. 

Kita terlalu dekat dengan dunia sehingga dunia mengaburi akhirat. Tapi kenapa kita  tak gunakan dunia untuk mendapat tempat terbaik diakhirat? 

Mudah untuk kita katakan, 'hidup aku untuk mendapat redha Allah'. Bergerakah (usaha) kita, dalam mendapatkan redha Allah? 

Persoalan membuatkan diri berfikir, jawablah dan jujur dengan diri sendiri.Allah itu MAha Mengetahui =)

Letakkan dunia ditangan, jihadlah selagi Allah memberi ruang masa..Tetapkan akhirat dihati supaya kita dapat berehat selamanya disyurga Tertinggi 😉

Jom muhasabah diri. Reflexkan pada diri dulu dan bukan kepada orang lain.kita semua tidak sempurna. Harus sentiasa mencari jalan supaya dapat jadi yang terbaik =)

Ya Allah, aku memohon ampun kepadaMU..Aku terlalu lalai, seronok dengan dunia yang sementara ini. Engkau permudahkanlah, tetapkan dan luruskanlah jalanku untuk ke SyurgaMu

      ~mayra hayfa~
     Nukilan dari hati,
   Pelbagai persoalan, 
 tanpa jawapan yang pasti

0 comments