~ Melamar Idaman Hati ~

Suka dengan penulisan hilal asyraf #antara novelis yang diminati 😊😊


Melamar Idaman Hati

Mungkin rakan-rakan pembaca ada yang tertanya bila sebenarnya waktu paling sesuai untuk melamar seseorang?

Saya berpendapat bahawa, selepas kita telah berusaha mengenali serba sedikit orang yang kita sukai, sudah berbincang dengan keluarga dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT, pergilah kita melamar dengan yakin dan tawakkal.

Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan melamar. Berikan satu tempoh yang dirasakan tidak begitu panjang. Mengapa?

Agar kita tidak terlalu memendam perasaan terhadap orang yang kita sukai tersebut. Sebagai manusia biasa, pastilah apabila kita menyukai seseorang, kadang kita teringatkan dia, kadang kita akan ter’angau’kan dia dan sebagainya. Namun kita kadang terlupa yang kita masih bertepuk sebelah tangan. Orangnya masih belum menyatakan ya atau tidak kepada kita.

Sebelum kita ‘melabur’ terlalu banyak akan emosi kita terhadapnya, baiklah kiranya kita segera pastikan apakah dia sudi menerima perasaan kita terhadapnya, sudi menjadi pasangan hidup kita, ataupun tidak.

Jika jawapannya ya, maka proses taaruf, proses mengeratkan hubungan, boleh disambung pada fasa pertunangan dan perkahwinan. Jika jawapannya tidak, selesai, kita tidak terlalu memendam perasaan, jiwa pun takkan rasa terluka(sangat) bila ditolak, dan kita boleh mula mencari orang lain sebagai pasangan hidup kita insyaAllah.

Jadi tidak perlu memendam perasaan, berangan-angan seorang diri, memeriksa latar belakangnya, berdoa bagai seorang diri terlalu lama.

Jodoh di tangan Tuhan, itu kata orang ramai. Ada jodoh, ada la. Tak payah tergesa-gesa. Itulah yang biasa kedengaran.

Saya setuju bahawa jodoh kita di tangan Allah SWT. Dia Maha Tahu akan takdir kita. Dan benar, tidak perlu tergesa-gesa, tergopoh gapah. Sebab itu kita tak perlu susah payah sampai nak mengorat atau menggoda manusia idaman kita.

Tetapi kita perlulah bergerak dengan bijak untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu.

Dan melamar dengan baik selepas mengambil sedikit masa cuba mengetahui latar belakangnya, berbincang dengan keluarga, bermunajat memohon petunjuk, dan tidak mengambil masa terlalu lama memendam perasaan dengan semua itu, adalah apa yang terbaik untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu sebenarnya.

Apakah kita akan memperolehinya?

Belum tentu.

Tetapi selagi tidak cuba, kita tidak tahu bukan?

Ini adalah usaha kita, insyaAllah. Sangat terkesan,harap diri ni sentiasa sabar dengan ujianNYA.
#CopyPaste

   ~mayra hayfa~
     Contact with 
          Allah
       Than him

0 comments