Saling Melengkapi =)

Terkesan dengan perbualan tadi...

"Perkahwinan kerana Allah"
Sungguh! Memang aku harapkan perkahwinan kerana Allah. Tapi kenapa selepas berkahwin itu tidak mengambarkan "berkahwin kerana Allah"

Allah! Sedang menguji tahap keimananku. Adakah aku benar-benar memahami istilah "berkahwin kerana Allah". Mungkin hanya terlalu bermain dengan istilah itu tanpa aku memahami maksudnya. 


Berkahwin kerana Allah, bukanlah kerana nafsu dan bukan juga untuk keseronokan semata-mata. Manfaatkanlah perkahwinan untuk capai redha Allah, untuk islam, untuk ummah! 
Ya! Itu sebenarnya membina keluarga kerana Allah.

 Perkahwinan diatas nama Allah tidak perlu sampai ada rasa "terkongkong". Itu yang diharapkan. Bukan bererti perlu bebas seperti sebelumnya,berilah ruang untuk memanfaatkan perkahwinan selari dengan apa yang kita niatkan.

Buat kamu, saling fahamilah kerjaya masing-masing. Manfaatkan bersama, hidup bukan untuk sehari dua. Segala kekurangan kita terima bersama, kerana tiada apa yang sempurna kecuali Allah. 


Redha Allah menjemput kita ke syurgaNYA InshaAllah.😊

#bukan luahan semata-mata, peringatan     buat diri yang sering alpa dan terlalu seronok dengan dunia.. 

      ~mayra hayfa~
 Sesuatu bersama redha 
     Allah, pasti menemui
            Kebahagiaan
                   =)

0 comments