Bernafas Dengan Ilmu Allah =)


Assalamualaikum! ^_^
Malam ni awal pulak siap kemas rumah, package dengan layan cerita Setitis Kasih Damia! terpengaruh! haha. now, layan blog~


Terjumpa satu entry yang sangat bermanfaat. 
PEMIMPIN!
Dalam kehidupan kita kena pandai mengatur langkah memimpin dan dipimpin. Harus dibezakan dari segi sikap dan kelakuan.

Pilihlah pemimpin yang takut dengan Allah..
Yang minta dibantu untuk menegakkan kebenaran dan minta ditegur kalau dia bersalah. 
Dia tidak menyebut jasanya dan tidak banyak membuat janji-janji manis.

Lebih Cantik..
Jika pemimpin itu bertaqwa, segala urusannya dibantu dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Sangat penting para pemimpin dibantu oleh Allah SWT, kerana dengan demikian itu akan terjamin segala urusannya tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya.

Sebagai Penguat Diri..
Mengapa Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a berupaya memimpin dan mentadbir empayar yang luasnya 3/4 (tiga suku) dunia? Kerana urusan Sayidina Umar dibantu oleh Allah SWT dan melaksanakan dua prinsip asas ini iaitu taqwa dan kepintaran. Tidak terpisah antara keduanya.

Sayidina Umar tidak tidur malam kerana menyelesaikan segala urusan dengan Allah SWT. Dan tidak tidur siang untuk menyelesaikan urusan umat. Sayidina Umar Ibnu Aziz pula menangis hampir setiap malam sepanjang kekhalifahan beliau. Rintihan beliau ialah; "Urusan diri pun belum tentu selamat, ini pula hendak memikul urusan umat."
 
Mendalami Sejarah..

Pentingnya pemimpin memiliki sifat taqwa dan cerdik, digambarkan dalam pertanyaan Rasulullah ï·º ketika melepaskan Sayidina Muaz menjadi gabenor di Yaman, 
 
Rasulullah ï·º bertanya:
“Dengan apa nanti engkau menghukum?”
"Dengan Kitabullah,”  jawab Muaz.
“Kalau tidak  ada?”
“Dengan Sunnah Rasul-Nya. ”
"Jika tidak ada dalam Sunnahnya?”
Muaz menjawab, “Aku akan berijtihad dengan fikiranku. ”
Rasulullah  ï·º berkata, “Segala puji bagi  Alllah yang menyelaraskan fahaman urusan Rasulullah dengan apa yang diredhai Rasulullah. ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tarmizi)

Kata Sayidina Umar: 

"Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa ketaqwaan kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat.

Aku juga sangat kecewa terhadap orang yang bertaqwa tetapi dungu. Kerana orang itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna."

p/s :Wanita terutamanya,jangan menganggap kita tidak layak untuk memimpin!
         belajarlah untuk memimpin sebelum kita dipimpin. Tanggungjawab dalam 
         bekeluarga jangan dianggap mudah, akan dipersoal kelak.

          ~mAyRa haYfA~
  Hidup dengan Agama Allah,
   teladani sejarah membentuk
             Sahsiah Diri.
                    =)


0 comments