Masih Mencari =)


Masih belum masanya untuk pergi IV kerja..Sangat berbeza dengan perancanganku, Tetapi tetap yakin perancangan Allah terdapat 1001 hikmah yang terbaik buat hidupku..

Walaupun hati sendiri rasakan 'kursus pra' ini mungkin tidak diperlukan lagi, sebab tak sampai masanya lagi. Serius! Rasa belum bersedia..Tapi bila fikirkan semula.. " ILMU "

Ini jugak ilmu akhirat. Tak perlu tunggu ada calon atau rasa bila perlu berkahwin sahaja baru pergi. Tajdid niat, Ilmu Allah itu luas, Niat kerana Allah =)

Persepsi dahulu ketika orang tanya 'bila nak pergi kursus kahwin'??
'Tak sedia lagi la' .. 'Awal lagi nanti la,bukannya nak kahwin lagi ' ... 😁

Okay, walaupun memang rasa sekarang bukan masanya lagi.. Sudah terlambat! Sudah pun mendaftar . Terfikir juga, bila sudah masuk alam pekerjaan mungkin tiada masa untuk menuntut ilmu Allah dalam kursus ini 😉

Habiskan cuti dengan sesuatu yang bermanfaat, kerana pada setiap jarak waktu itu harus diisi dengan ilmu-ilmu Allah.. Amat rugi bagi mereka yang menagguhkan sesuatu, dan mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi..

Tajdid Niat, Perancangan Allah itu Hebat, Alhamdulillah, Bersyukur dengan nikmat dan peluang yang Allah bagi. Sentiasa positif dengan setiap perancangan Allah. Allah Maha Mengetahui 😊☺️

        - Mayra Hayfa -
    • Ilmu Allah itu Luas •
   

0 comments