Bahagia AKU..
Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap kali menyebut namaMU,hatiku tenang.. Alhamdulillah, Terima
kasih Ya Allah kerana sentiasa meminjamkan ketenangan buat diriku.
Aku tak mampu memberi kebahagian buat orang lain tanpa
izinNYA. Mungkin selama ini aku terlalu hina kerana sering melupakanMU. =(
Bahagiaku dengan adanya Penciptaku, Rasul dan Nabi, kedua
Ibu Bapa, serta Sahabat yang sentiasa ada ketika aku senang dan susah.
Alhamdulillah dengan nikmat kebahagiaan yang diberi.
Namun, aku diuji dengan perasaan. Kadangkala tidak dapat
menahan emosi ketika berhadapan dengan orang lain.
_MayraHayfa_
Hidup hanya
Pinjaman
Ingatlahh..
Kita nak buat apa-apa biar semua kerana Allah..Biarpun 'percubaan' kita sering gagal, kita tetap tak berputus asa sebab kita sentiasa yakin dengan adanya Allah..
Kadang juga kita jadi tak kuat sebab kita tak yakin dengan adanya Allah.. Sebab itu kita selalu je mudah rasa tertekan~ #Think #Deep
Yakin.. Yakin.. Yakin.. Allah ada =)
~mayra hayfa~
Jalan ini
Yang ku
Pilih??
Kenapa???
Kita tak dapat apa yang kita nak, kita rasa benda tu baik untuk kita..tapi Allah tak izinkan lagi, sebab Allah tahu dan Allah dah merancang sesuatu yang sangat baik untuk kita kan?
So, knp perlu menyesal? Tak dapat apa yang kita nak!?
Kita menyesal sebab kita tak yakin dan percaya dengan Allah kan?
* tgh pujuk hati sendiri.. Setelah sekian lama tanya ' knp aku tak dapat apa yang aku nak'. InshaAllah, Dan sekarang blh terima..Semoga Allah buka dengan lebih luas pintu ruang-ruang taubat 😊☺️😉
•MayraHayfa•
Malam Sunyi
TanpaNYA
Alhamdulillah, gembira dengan kerjaya yang dipilih sekarang, semoga kerjaya untuk ummah ini membawa keberkatan dan memudahkan perjalanan hidup untuk bertemu Allah kelak. Dengan menanamkan cita-cita untuk menduduki syurga tertinggi 'Syurga Firdaus'. InshaAllah☺️
Tak pandai tak apa.. Usah malu bertanya. Bertanya kunci kejayaan. Jangan rasa diri dilahirkan tidak pandai, kerana Allah itu Maha Adil. Usaha itu yang mengambarkan kepandaian diri sendiri. Jangan cepat berputus asa..Allah sentiasa ada.
_Always Typing_