Friday, 13 March 2015

Blog Mula Bergerak =D

Assalamualaikum =)
Setelah sekian lama tak update blog , tak mampu lagi nak tapis sawang -sawang yang ada =D

* Story for future reminder *  hehe

Hari dapat Assist doc scan! Sambil2 borak dengan doc nampak nampak something bergedup2! Tanya doc apa yang hitam bergerak2 tu? Tu la dengupan jantung baby..Wahh Excited kot! ehh pada masa yang sama tu jugak something bergerak-gerak dalam perut, *cacing kelaparan, tak makan lagi! haha 😝

Doc :  Tahniah kandungan puan dah 7minggu lebih..

Puan : Alhamdulillah.. Hmm Rasa malu plak nak pergi klinik sebab dah mengandung
           umur dah tua  43 tahun..

Doc : Tak apa puan, rezeki Allah nak bagi.. Lepas ni boleh datang buat buku.. Berisiko sikit bila mengandung tahap umur 43 ni.. Bla..bla..bla...

Nurse : tahniah puan. Rezeki Allah nak bagi puan, Anak tu satu anugerah Allah bagi. InshaAllah doakan yang baik-baik ye..😊

Dalam bilik scan sempat borak sikit sambil kemas peralatan..

makcik risau mengandung bila umur da meningkat ke 43 tahun, lagi-lagi makcik ada darah tinggi dan kencing manis. Sangat berisiko..

Tak apa makcik, inshaAllah jaga kesihatan, kawal makan ye.. Banyakkan doa.. Semoga Allah permudahkan urusan makcik dan baby ye, semoga selamat semuanya =)

Ingat.apa yang Allah bagi nikmat mahupun ujian semua ada hikmahnya. Ujian Allah bagi tanda Allah ssayang hambaNYA. Kadang kita alpa dengan semua 'peringatan' daripada Allah.

Peluang sangat terbuka dalam berdakwah, lagi-lagi ketika berborak. Setidakkan menyampaikan sesuatu walaupun sedikit daripada tiada manfaat langsung "borak kosong" .

#I love my job  #May Allah bless  #Need strenght #

    _MedicLife_
Dakwah Itu Mudah
 Jika kita Mudahkan
               =)

No comments:

Post a Comment