~Demi Kesempatan~


Berapa orang ambil kesempatan untuk solat tahajud, setelah terjaga dari tidur untuk ke tandas, Walaupun jam dah menunjukkan pukul 5 pagi?
 #Deep question i had right now 😷

*********
Seorang sahabat tergesa-gesa mendapatkan saya pada suatu pagi apabila beliau ternampak saya di pasar.

~Bertanyakan masalah~

" aku dah dua malam tak tidur. Anak aku asyik menangis tengah malam, macam sakit sangat. Macam-macam dah aku cuba tapi tak berkesan ".

'Engkau jumpa aku, buat apa? Aku bukan bomoh' . (Sambil riak muka kehairanan)

"Engkau beri petua, apa aku patut buat."

Rakannya menasihati supaya beliau pergi jumpa dengan yang lebih arif dan berpengalaman.

" Aku tahu engkau boleh buat. Bagi je apa aku patut buat. ( sambil merayu)

Rakanya setuju dan berkata ' ok boleh, tapi syaratnya engkau mesti perlu ikut!'

"Ok,Apa petuanya? ( sambil tersenyum lega)

'Apabila anak engkau menangis tengah malam, kucup dahinya sambil berkata, "terima kasih sayang sebab kejutkan ayah untuk solat tahajud". Selepas itu, engkau ambil wuduk dan solat. InshaAllah anak engkau tak akan menangis lagi.'

Sambil merenung tajam ke arah rakannya sambil berkata " engkau biar betul! Petua apa pula ni?"

'Kalau engkau nak, engkau amalkan. Kalau tak jangan tanya aku lagi', (berlalu pergi)

Tiga hari lepas tu sahabat tersebut datang ke rumah mengucapkan terima kasih.

"Mujarab betul petua engkau. Anak aku tak menangis lagi".katanya girang.


#rasa macam "terkena" sangattt =( .
Kadang tersedar tengah malam,dengan hanya bersahaja 'kosong' tanpa rasa bersalah.
Allah dan tolong kejut kot! tapi kita sombong, buat tak tahu tu teguran daripada Allah #

                                                #NotaSisiUntukAkuDanKamu#
        Teruskan amalkan. Jangan berhenti setakat ini sahaja. Gunakan kesempatan terjaga 
         untuk bertahajud. Allah dah tolong kita, jangan kita lupa DIA. Teruskan berdoa 😊

      ~BloggerMH~
  Manfaat kesempatan 
         "Tahajud"
 Dengan memohon
           "Doa" 

0 comments