Tuesday, 28 July 2015

Take your time =)

Hari ni happy sangat sebab dapat assist delivery! Aku jenis excited sikit kalau dengan baby 😂. Dulu pernah tengok patient deliver tapi time student la. Sekarang dah kerja Alhamdulillah masih diberi ditempatkan dan berpeluang untuk tengok kelahiran baby. Dua minggu ditempatkan di O&G, harap dapat manfaatkan sebaiknya. Minggu depan mungkin akan ditransfer ke department lain =) 

Time study dan kerja sangat berbeza. Time student kita diajar, ada cikgu yang iring. Sekarang dah kerja, kau tak tahu kena la tanya. Senyap tak tahu apa memang kena marah. Tak ada orang nak backup kau kat situ. *Sob,Sob*

Memang kena kuat bila dah kerja ni. Lagi-lagi emosi sendiri. Tak ada orang nak jaga perasaan kau kat situ. So behave la. Aku ambik pendekatan dengan banyakkan bertanya soal kerja, tak tahu tanya! even akan kena marah lepas tu! Haha biasalah manusia ada la perangai masing-masing. "Sabar" sangatlah perlu. Bercakap elok dengan semua orang, sebab kata-kata tu sendiri melambangkan peribadi kita. =)

Sebenarya nak cerita pasal assist delivery tadi, banyak pulak melencong! Haha 
**********
Time patient dalam wad 'jalan' dah buka 3cm. Mengadu sakit lebih kerap. So doc suruh bawa patient masuk dalam labour (wad bersalin). Salin baju patient, prepare apa yang patut, buat CTG (perkembangan jantung bayi) . 

Ok dah tiba phase yang agak berat untuk aku sendiri.  Kesian tengok patient tu tahan sakit sorang-sorang. Sangat sakit sebab contraction yang terlalu kuat dan kerap. Dapat bagi sokongan emosi je. Suami dia tak masuk teman sebab mabuk darah. 
Lastly! Lepas berjuang lahirnya seorang mujahidah. Allah! Aku yang nak menangis  *Sob..Sob* 😭 

Kuatnya perempuan. Sangat tersentuh! I need time, masih tidak sekuat mereka. Terima kasih umi. Lahirkan kami 8 beradik 😘

    *NoteNoteNoteNoteNoteNote*
                     O&G
Patient yang dalam status labour (menunggu kelahiran) dan yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan perempuan. Banyak kalau nak cerita dekat sini 😁 best sebab banyak boleh belajar tentang diri sendiri =) 

          Belanja gambar. 
      Teka la mana satu! 😝

Panjang 'karangan' sebab dah lama tinggal blog. Nasib blog xmerajuk kalau tak lupa semua password haha kbaii 😝

  ~MedicLife~
    Bright day

1 comment:

  1. interesting yunk... cute la baby tersebut... ;-) (dlm gambar)... stay sabar... tu "baucer" dr Allah...klu nk hadiah... pndai2 ar tggu akhrat nnt... (jgn bace dlm intonasi marah)... :'D

    ReplyDelete