Kekuatan disebalik kelembutan ☺️

Assalamualaikum!
Kopi pekat tadi, menyeru rasa nak update blog hikhik =) 
Idea? Common sense! Bila datang rasa itu, tulis je, luah semua dalam penulisan jika tak mampu berkata-kata *ok skema je* =_= 

Luaran mungkin kamu nampak lembut.
Kekuatan disimpan, gunakan pada masa tertentu! Yeke? Haha =_=

Time tolak katil patient!
Bantu angkat patient!
Buat CPR! 

Tipu kalau cakap tak penat! Tak sakit badan! Katil patient yang sangat berat, cpr kami buat sampai rasa nak collapse (pengsan), sangat- sangat mencabar. Tapi demi menjaga amanah dan tanggungjawab, Allah salurkan kekuatan yang kamu tiba-tiba mampu buat walaupun kamu rasa mustahil yang kamu boleh lakukan. ☺️

Hanya ingat satu perkara. InshaAllah Penat dunia yang sementara, ganjaran besar yang sedang menanti 'disana' ☺️ 

Sentiasa senyum, walaupun hari-hari dimarahi, kadang dihina kerana pekerjaan kami tidak memuaskan hati pesakit. Teruskan senyum. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Kamu pilih, keadilan dunia yang sentiasa buat kamu menang dengan manusia atau keadilan akhirat yang sedang menanti kamu. 😊


Kamu tak akan dapat memuaskan hati semua orang melainkan kamu akan dapat melihat 'lakonan' mereka didepan kamu. Yang didepan mereka mengiyakan semua perkataan kamu, dibelakang mereka mengata kamu. Itu biasa. Lakonan dunia yang sangat menjadi-jadi 😅😁

Hari-hari pesanan buat diri yang hampir setiap masa lalai dibuai keseronokan dunia. Jadikan pekerjaan kamu sebagai ibadah. Ladang syurga kamu. Ingat. Up mind set, setiap urusan kamu dengan sesuatu, kamu tengah berurusan dengan Allah. 

~bloggermayranotakakiakubuatkamu~
    Hidup itu penuh dengan 'lakonan'.    
    Samaada kamu mampu bangun        
      apabila  jatuh, atau kamu jatuh 
      tanpa mampu bangkit kembali. 

0 comments