Thursday, 20 August 2015

Sanggup tinggal solat?


Macam mana boleh hidup tenang, tanpa sujud kepadaNYA? 
Allah tengah uji kamu dengan ketenangan dunia yang sementara. 

Niat utama. Jadikan perkerjaan kamu itu ladang syurga.Yang penting halal, Biarpun hanya menjaja makanan ditepi jalan. Jadikan pekerjaan kamu sebagai ibadah, yang banyaknya untuk agama dan ummah ☺️

Pekerjaan kamu yang sangat mulia, jika tidak disatukan dengan redha Allah, kamu tak akan merasakan apa itu 'keikhlasan' yang sebenar. 

Walaupun gaji kamu besar, redha Allah kamu tak mampu raih. Kehidupan kamu hanya sia-sia. Sangat rugi. 

Pesanan buat diri yang ada kalanya lalai, rasa tak mampu sendiri! Masa tu kita lupa penolong kita yang kekal, Allah. Teramat ruginya diri ini.

p/s : Aku sendiri pernah rasa gagal untuk jadikan pekerjaanku sebagai ibadah, ladang syurgaku kelak. Kenapa? Aku lupa untuk letakkan Allah no 1. =(

Utamakan apa yang utama. Jadikan kejayaan dunia kamu kejayaan di akhirat jugak. Yang mampu memberi manfaat kepada diri dan orang lain =)


~MedicLife~

No comments:

Post a Comment