O0opsS >=<

Malam ni dengan entry yang syok sendiri. Baru permulaan hidup, lima tahun lagi mesti akan gelak sorang-sorang bila baca entry ni. Ehh! Gelak sorang-sorang lagi ke? Atau akan gelak bersama? 
#TemanHidup mungkin haha  =P

Kalau dah kahwin memang tak boleh nak 'hangout' dengan kawan-kawan ye? Memang syarat macam tu ke? 😂😐#OkSayaPilihUntukSingle haha kbaii! 

Bukan apa, cuma tertanya-tanya je. Jangan salah faham ye =)
Sebab sepanjang pemerhatian kebanyakannya macam tu.  *nampak kan terlalu caring sampai memerhati 😝 haha

Dah lama kot tak jumpa, whatsapp pun jarang dah reply sekarang. And i know, you have someone special in your life. Tapi bukan dulu awak pernah cakap saya juga 'sahabat special' ?

Pernah dengar. 
'Dalam hak kita ada juga hak orang lain'. Contoh la duit dalam purse kita tu ada rm100. Kamu yakin rm100 tu semua hak kamu? =)

Apa kaitan??? Haha >'_'<

Ye! Syurga dibawah tapak kaki suami. Perlu patuh, taat pada suami. Tapi jika silaturrahim dengan orang lain makin menjauh, apa maknanya? 

Dulu...
Syurga dibawah tapak kaki ibu..
Kita taat dan patuh juga pada ibu..
Dalam kepatuhan itu kita masih dapat keluar sama-sama. Selalu contact. 

Pandai kan kita pujuk parent masa tu nak keluar sekejap dengan kawan-kawan. Takut la kawan terasa kita tak join hangout sama-sama kan. =)>

Sejak dah berumahtangga, reunion pun jarang dah join. Payahnye nak jumpa. Apa lagi berborak. Ye, sekali lagi saya faham sebab awak dah berumahtangga. =_=

Adakah sebab suami terlalu 'strict'.
Atau sebab pemikiran sendiri?
" Bila dah berumahtangga aku dah tak boleh macam ni, tak boleh buat ni.. Ni tak boleh tu tak boleh..bla, blaa "

Okla, tak habis ni kalau nak tulis sampai esok haha.tak ada sikit pun rasa tak puas hati, jeles. Cuma dari segi pemerhatian sendiri, setakat ni jela boleh bagi tahu =P 

Ehhh...sekejap! 

Kenapa tulis pasal ni ek? Haha 
Sebenarnya rindu kawan-kawan lama. Semoga kamu berbahagia ye. Sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian sehingga ke syurga. In Shaa Allah =)

P/S : kepada awak! dan juga awak! 😜
         Kembali kepada niat. Sama-sama 
         kita persiapkan diri. Wakafkan diri 
         kita bersama untuk agama, untuk 
         ummah. Jarak itu sebenarnya    
         lebih mendekatkan kita. Redha             
        Allah yang kita sama-sama cari 
        kan? Tak apa, kat syurga nanti kita 
        bersama. In Shaa Allah. =)
     
      *terlebih gula* ^~^


     ~mayraHayfa~
       Redha Allah
    Redha bersama
      Tuju Bahagia
       10/10/2015
         

0 comments