Thursday, 8 October 2015

Relax je 0_O

Time off day ni...

" pulangkan bekas-bekas makanan yang kawan-kawan bagi. Dah lama dalam almari tu " -umi-

Hmm.. Terfikir jugak. Takkan nak pulangkan bekas kosong  =_=

Oklaa, gunakan " kepakaran" yang tak berapa nak ada tu, haha then decide nak buat kek! 

Kenapa kek?
Haa kenapa ek? o_O
Sebab kek ni ada something yang agak 'unik'. Bila tengok kek, boleh hilang stress tau! Haha
 *okay gurau 😆
Buat kek jela, sebab mana pandai nak masak benda lain =P


Dah siap mix semua. Masuk oven. Sementara tunggu tu pergi solat zohor dulu.
*sambil tu doa2 la semoga kek menjadi =P haha 


Kalau jenis kek yang ceria warna warni tu family memang dah dapat agak sape yang buat.
*anak yang paling banyak main hikhik


       Tunggu lagiii.. Hampir nak siap >~<

Ok dah siap! Letak dalam bekas siap-siap. sebab ada adik-adik yang jenis suka makan kek, nanti habis tak sempat nak pulangkan bekas orang =P haha 

* sebenarnya tak ingat pun resipi nak buat kek ni! Buat ikut pandai je. Asalkan yakin! Haha Tak ingat letak mana resepi. hampir je masukkan semula mentega dalam peti, konon tak nak buat hihii >O<

p/s : Awak tau kan saya tak suka masak.        
         Suka makan je haha =P 

    ~mayrahayfa~
     08/10/2015

No comments:

Post a Comment